"ASSALAMUALAIKUM !"Ana berlari anak apabila terdengar laungan salam dari luar rumah. Siapa pulak datang malam-malam ni ?
"Waalaikumsalam, ouh aunty rupanya. Jemputlah masuk." Pelawa Ana kepada pasangan suami isteri itu.
"Siapa yang datang tu kak long ?" tanya Puan Aminah. Dia dan suaminya serta kaum keluarga yang lain berkumpul di ruang tamu.
Tiba-tiba riak wajah Puan Aminah berubah, apa lagi diorang nak ni. Tetamu itu adalah Tan Sri Kamal dan Puan Sri Halida, mereka ialah orang tua Lisa. Mesti diorang datang nak bincang pasal anak perempuan dia yang terlebih manja tu. Terjebik-jebik bibirnya, hish menyampah.
Encik Azman yang menyedari kelakuan isterinya itu pura-pura batuk lalu menyiku Puan Aminah. Ada ke buat muka macam tu, haih nasib sayang.
"Awak ni, kalau tak suka sekalipun cuba muka tu tunjukkan manisnya sikit. Ini tak jebik-jebik." Encik Azman hanya mampu gelengkan kepalanya sahaja. Puan Aminah apa lagi makin muncung la mulutnya itu, ni kalau ukur agak-agak berapa cm ?
"Ada apa yang nak dibincangkan Tan Sri dan Puan Sri sampai malam-malam macam ni datang ke rumah kami ?" tanya Encik Azman sopan. Puan Aminah diam sahaja dari tadi. Tunggu masa je nak meletup.
"Kami datang ni nak bincang tentang hal Isyhad dan Lisa," ujar Puan Sri Halida, dia tahu perbuatan anak daranya itu memang mengundang marah banyak pihak terutamanya keluarga Isyhad.
"Apa lagi yang nak dibincangkan. Semua dah jadi, dah terlambat lagipun bukan kita boleh undurkan masa." Potong Puan Aminah, tidak sempat Puan Sri Halida untuk meneruskan percakapannya.
Sudah lama dia menahan marah dan sakit hati dengan perbuatan Lisa terhadap Isyhad. Bukan sahaja dia memijak maruah anaknya malah telah mencemarkan nama keluarganya juga. Kalau Lisa yang datang dah lama aku sepak-sepak muka budak tu, hish geram !
"Kami nak minta maaf sangat-sangat atas segala perbuatan Lisa. Kami tak sangka dia akan bertindak sebegitu, kami sendiri pun tak boleh terima dengan apa yang telah Lisa lakukan. Maafkanlah kesilapan Lisa ya Inah. Mungkin salah kami sebab tak didik dia dengan baik dari dulu." Puan Sri Halida sedaya upaya cuba untuk memujuk Puan Aminah supaya memaafkan perbuatan Lisa.
Puan Aminah diam menyepi. Dia memang tak boleh menerima perbuatan yang Lisa lakukan memang sudah melampaui batas. Biasalah mak. Tapi hatinya berasa simpati terhadap mereka. Walaupun dia tegas tapi Puan Aminah masih mempunyai sifat perikemanusiaan. Disebabkan tindakan Lisa orang tuanya yang kena tempias. Sepatutnya dia yang datang sini ! Bukannya Tan Sri dan Puan Sri.
"Isyhad mana ? Kami nak jumpa dengan dia, nak minta maaf boleh ?" Tan Sri Kamal meminta izin untuk bertemu dengan Isyhad.
"Dia ada tapi, Isyhad tidak mahu diganggu buat masa sekarang ni. Harap Tan Sri dan Puan Sri boleh faham." Celah Ana, satu senyuman manis diberi.
"Ouh kalau macam tu takpalah. Erm ada apa-apa yang kami boleh lakukan untuk tebus kesalahan anak kami. Berapa harga semua persiapan ni ? Kami nak bayar ganti rugi," tak dapat kata maaf pun asalkan ada benda yang boleh menebus segalanya dia sanggup fikir Puan Sri Halida.
"Eh takpa, tak payah susah-susah kami pun tak nak panjangkan lagi masalah ni. Benda pun dah jadi, yang lepas tu kita biarkanlah ia berlalu. Anggap la anak kita tu tiada jodoh dan kita pulak takda rezeki untuk berbesan." Ucap Encik Azman.
Setelah selesai segala perbincangan, pasangan suami isteri itu meminta diri untuk pulang. Pemandu peribadi mereka sudah lama sampai dan menunggu di luar.
"Kami harap walaupun kita tak dapat berbesan, janganlah kita langsung tak bertegur sapa ya. Kami minta diri dulu, kirim salam dan kata maaf kami pada Isyhad ya ?" ujar Tan Sri Kamal sebelum dia dan isterinya masuk ke dalam kereta.
"Insha-allah saya akan sampaikan." jawab Encik Azman.
"Kami pergi dulu, assalamualaikum." pinta Tan Sri Kamal.
"Waalaikumsalam." kereta Marcedez Benz yang berwarna hitam yang mewah itu membunyikan hon dan berlalu pergi dari halaman rumah agam Encik Azman.
Isyhad yang dari tadi memerhati dari tingkat atas lalu turun ke bawah. Lapar agaknya duduk dalam bilik lama sangat.
"Siapa yang datang tadi mama? Macam gempak aje ceritanya." Isyhad sengaja bertanya, bukan dia tak tahu siapa yang datang. Dia sebenarnya nak turun tapi bila nampak kelibat suami isteri itu membuatkan niatnya tersentak.
"Orang tua Lisa datang bincangkan hal kamu dengan anak dia. Kamu tahukan bincang pasal apa. Haa diorang kirim salam and minta maaf dengan kamu bagi pihak Lisa." Jawab Puan Aminah, dia juga sampaikan pesanan mereka tadi. Amanah orang kenalah jujur.
"Ouh," balas Isyhad.
Isyhad bukan marahkan mak bapak Lisa, tapi Lisa. Perbuatan dia memang dah melampau. Dia tak malu ke, tak kesian dekat orang tua dia sendiri. Sanggup malam-malam datang sini semata-mata mahu minta maaf bagi pihak dia. Dasar anak tak kenang budi, memang sampai bila pun aku takkan maafkan kau Lisa. Takkan !
"Hantaran ni kamu nak buang atau simpan Isyhad ?" tanya mak long. Yelah dah tak jadi buat apa simpan.
"Buang jelah, tak pun bagilah siapa-siapa yang nak. Isyhad nak buat apa pun simpan," tak ingin aku simpan jijik, buat panas hati je. Barang branded sekali pun ada aku kesah.
"Okay lah Isyhad naik dulu."
***
ISYHAD masuk ke dalam bilik lalu dia merebahkan badan ke atas katil kesayangannya. Kepalanya teringat kata-kata mamanya petang tadi.
"Mama dah agak budak tu memang tak sesuai untuk kamu. Mama pun dari mula memang tak berkenan masa kamu bawa dia datang ke sini. Kamu dah suka, mama tak boleh buat apa-apa. Kamu yang nak kahwin bukannya mama." Bebel Puan Aminah, geram dalam hati jangan cakaplah.
Isyhad hanya mampu mendiamkan diri, kepalanya tunduk je dari tadi. Kesemua saudara maranya berpendapat yang sama seperti Puan Aminah. Ada yang memberi nasihat ada yang juga maki. Haih nasib kaulah Isyhad.
"Isyhad tak sangka dia sanggup buat macam tu. Isyhad ingat dia wanita yang cukup sempurna untuk Isyhad. Yang bakal jadi makmum dan ibu kepada anak-anak Isyhad." Isyhad sangat yakin dengan Lisa tapi punah semua harapannnya.
"Sempurna kamu kata ! Kalau dia perfect dia takkan buat kamu macam ni. Bukan pada kita je, family dia jugak !" makin tinggi suara Puan Aminah. Encik Azman hanya mendiamkan diri, papa bukan nak back up Isyhad ! Jeritnya dalam hati.
"Okay Isyhad salah," jebiknya, bukan dia tak kenal mamanya. Garang mengalahkan singa, sebab tu lah anak dia dua-dua berjaya. Kak long ada company sendiri, dia ikut jejak papa. Sekarang suami dia yang ambil alih and dia jadi PA. Aku pulak jadi pilot. Entah kenapa minat aku pun tak tahu. Maybe mama naik flight kot masa pregnant kan aku. Apa kau merepek ni Isyhad. Focus please ! Kang kena dengan mama menangis kau nanti.
"Dah lah mama malas nak bebel banyak-banyak. Kamu pun dah besar, dah boleh fikir. Mama cuma mampu untuk bagi nasihat je. Bunga bukan satu je, banyak. Mama harap kamu akan jumpa dengan jodoh kamu kelak."
Jodoh ? So aku kena kahwin jugak la ni. Peristiwa manis yang bakal berlaku esok yang Isyhad impikan bertukar menjadi peristiwa hitam.
No ! Aku takkan kahwin. Aku takkan jatuh cinta atau mencintai insan yang digelar wanita. Aku dah tak sanggup nak dilukai lagi. Aku tak nak ! Tekad Isyhad.
Tapi kalau aku ditakdirkan untuk hidup ada pasangan macam mana ? Isyhad keliru. 'Ya allah jikalau aku bakal berkahwin, kau jodohkanlah aku dengan wanita yang setia denganku, aminn' doanya dalam hati.
Ada ke perempuan yang setia ?
Ok this second chap. Enjoy!
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...