LISA berjalan ke sana dan ke mari di dalam bilik tidurnya. Setiap malam dia mengalami mimpi yang sama tapi seksaan yang dia terima makin lama makin berat dan amat menyakitkan.Hatinya diselubungi dengan pelbagai rasa. Rasa takut, bersalah dan pada masa yang sama sejak dari hari dia melanggar Ariana hidupnya rasa tidak tenteram.
Apa sahaja yang Lisa lakukan pasti tidak akan menjadi. Sejak dari itu dia sudah tidak merayau pada waktu malam untuk berfoya-foya lagi.
'Apa aku nak buat ni ?'
Perbuatannya yang berjalan ke sana dan ke mari itu terhenti lantas dia mencapai handphone dan kunci kereta kemudian Lisa meluru keluar dari bilik.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, tersembul wajah Puan Sri Halida sambil membawa dulang yang berisi sarapan pagi untuknya.
"Eh Lisa, kamu nak ke mana ?" tanya Puan Sri Halida.
Pertanyaan itu tidak dijawab malah Lisa terus meninggalkan Puan Sri Halida yang masih terpinga di hadapan pintu.
"Lisa, mummy tanya kamu ni."
Tan Sri Kamal yang berada di ruang tamu terus sahaja naik ke atas apabila mendengar bunyi riuh dari bilik anak perempuannya.
"Nak ke mana anak perempuan awak tu ? Dah sihat ke dia ?" tanya Tan Sri Kamal.
"Mana la saya nak tahu. Ni saya naik ni pun nak hantarkan sarapan untuk dia dah berapa hari Lisa tu tak makan. Saya tak faham la dengan Lisa tu macam ada sesuatu yang dia dah buat tapi bila kita tanya, tak nak jawab. Saya takut Lisa ada buat benda yang luar dari jangkaan kita bang," adu Puan Sri Halida.
Ibu mana yang tak risau dengan keadaan anak yang 360 darjah berubah. Berkurung dalam bilik, tak makan tambah lagi baru-baru ni pengsan.
"Sabar, nanti Lisa balik kita tanya dia apa masalah dia sebenarnya. Abang bukan tak sayang dekat Lisa tu tapi bila abang nak nasihat mula la melenting cakap orang tak sayang dia la apa la. Dah sabar jangan sedih macam ni lagi," pujuk Tan Sri Kamal. Kedua belah bahu isterinya dipeluk manja apa ingat orang dah tua-tua ni tak boleh nak sweet ke.
Kesemua ahli keluarga Ariana menunggu di luar wad untuk memberi laluan kepada doktor bagi memeriksa keadaan Ariana.
Selepas doktor keluar mereka berganti-ganti masuk untuk melawat Ariana. Yang tinggal di luar hanya ibu bapa Ariana dan mertuanya. Isyhad, Arif dan Ariz pula pergi mengisi perut di kantin.
"Maaf ganggu, ini wad Ariana ke ?"
"Ya, ni wad Ariana," jawab Puan Hawa. Dia memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. Siapa perempuan ni ?
Lisa rasa gugup apabila Puan Hawa tidak lekang dari memerhati dirinya. Aduh pahal pulak makcik ni pandang aku macam tu.
"Lisa ? Kamu buat apa dekat sini ?" Lisa menoleh ke arah suara yang menyapanya.
"A-aunty...ermm Lisa nak jumpa Ariana la aunty. Lagi satu Lisa ada benda nak bagitau and benda tu ada kaitan dengan kemalangan Ariana," jantung Lisa mula berdegup kencang.
Puan Aminah memandang Lisa pelik, Lisa kenal Ariana ke ? Dia turut memberi isyarat mata kepada suaminya.
"Bagitau apa Lisa ?" giliran Encik Azman pula yang bertanya.
Lisa gugup, dia takut ! Tangannya mula menggeletar dan peluh mula merinik di dahi. Jantung berdegup dengan rancak rasa macam nak terkeluar sahaja rasanya.
"Se-sebenarnya Li-Lisa yang langgar Ariana aunty. Lisa yang buat, Lisa minta maaf aunty tolong maafkan Lisa."
Membulat mata Puan Aminah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Lisa. Seketul-seketul perkataan itu masuk ke dalam telinganya.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...