ISYHAD mengatur langkah satu per satu. Kakinya yang tersadung pada kaki meja tempoh hari sakitnya masih lagi terasa."Sorry bro aku lambat sampai. Kau dah lama tunggu ke ?" sapa Isyhad.
"Baru je. Eh, kaki kau kenapa ? Aku tengok dari jauh dah macam orang OKU dah," ujar Aizat.
Isyhad jebik sebelum mengambil tempat duduk di hadapan Aizat. Kau tak merasa boleh la cakap desisnya.
"Kau nak minum apa ? Aku dah order tadi," wajah Isyhad dipandang.
"Nantilah aku order. Bagi aku hilangkan penat aku ni sekejap," tutur Isyhad. Dadanya turun naik mengambil nafas.
Buku menu mula diselak apabila penat mulai hilang. Mata Isyhad meliar melihat isi kandungan dalam buku menu itu.
"So kau buat apa sekarang. Aku dengar kau nak kahwin betul ke ?" Isyhad memulakan bicara.
Aizat mula tersipu malu. Perlahan sahaja dia menganggukkan kepalanya.
Satu sampul dihulur oleh Aizat kepada Isyhad. Terbit satu senyuman di bibirnya.
Punya tak sabar Isyhad terus membuka sampul surat itu. Dia membaca setiap baris ayat di dalam kad kahwin kawan karibnya.
"Intan Amira, wei ni bukan minah yang kau minat masa kita belajar dulu tu kan ?"
"Ya lah siapa lagi. Dia perempuan pertama yang buat aku rasa apa itu cinta. Lama kut aku nak tackle dia ni tapi semangat kena kuat bro," ujar Aizat sambil dia terbayang kembali kenangan lama sewaktu belajar dahulu.
Isyhad tumpang gembira. Mana taknya masa belajar dulu selalu broken sebab asyik kena reject tapi jodoh dari Allah itu kan indah. Ngorat punya ngorat akhirnya dapat juga,alhamdulillah.
"Tahniah, memang dah tertulis jodoh kau dengan dia."
"Thanks bro, jangan tak datang pulak. Bawak wife kau sekali nak juga aku kenal. Hari tu time wedding kau aku tak sempat nak kenal," Isyhad mengangguk pantas. Kenduri bestfriend takkan tak datang pulak.
Selepas bertemu dengan Aizat dan berborak panjang, niat hati Isyhad mahu terus pulang ke rumah.
Memandangkan kakinya masih belum pulih dan menyukarkannya untuk bergerak pantas terpaksa la Isyhad berkorban. Lain kali boleh jalan-jalan bukannya tak boleh langsung.
Ambil masa la jugak nak ke tempat parking kereta. Dah macam ulat gonggok lambatnya haih nasib kau lah Isyhad.
"Hai sayang."
Entah dari mana Lisa muncul di hadapan Isyhad. Lisa melemparkan senyuman yang amat manis kepadanya.
Senyum-senyum aku tampar jugak minah ni karang desis Isyhad. Isyhad memandang tanpa perasaan dan dia pantas berlalu pergi.
Lisa memaut lengan Isyhad untuk menghalang lelaki itu pergi. Isyhad pula menepis pegangan Lisa eii geli tangan banyak kuman.
"Isyhad, you nak pergi mana. I ada benda nak cakap dengan you ni."
Isyhad tersenyum sinis.
"Tau pulak kau jalan balik ke sini," sungguh sakit hatinya melihat wajah Lisa tika ini.
"You pernah cakap kan walau jauh mana pun kita pergi, kita akan tetap pulang ke tempat asal kita kan ? I tak pernah lupa kata-kata tu."
"Ouh really ? Aku ingat kau dah arwah dah," ucap Isyhad selamba.
Seperti kaca yang menusuk terasa amat pedih perkataan yang diluahkan oleh Isyhad.
"You ni kenapa ? I datang jumpa you ni elok-elok nak perbetulkan semua kesilapan I dulu tapi you maki hamun I, you ingat I takda perasaan ke ?"
Hekeleh perempuan ni nak acah suci konon.
"Kau ada perasaan ? Setahu aku orang macam kau ni memang takkan terasa tapi memang patut dimaki ! Kau nak perbetulkan balik ? Apa benda silap kau yang kau beria sangat nak betulkan tu ? Stop la Lisa naik bernanah tau telinga aku ni bernanah !"
Isyhad berlalu pergi meninggalkan Lisa tapi disebabkan kakinya dia sukar untuk bergerak dengan laju.
"Isyhad please, bagi I peluang I merayu pada you. I betul-betul nak kita kembali macam dulu I tau perbuatan I tu susah untuk you lupakan and I tau yang you tak boleh nak maafkan I. Tapi tak salahkan kalau you bagi I peluang I janji I akan bahagiakan you macam yang kita pernah janji dulu please sayang," rayu Lisa.
Bunyi macam simpati tapi pujuk rayu gadis itu sudah tidak bermakna lagi buat Isyhad.
"Enough Lisa ! Aku dah cukup bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku cukup bahagia dengan Ariana, hanya dia dalam hati aku takkan ada yang boleh ambil alih atau gantikan tempat dia terutama sekali kau Lisa. Tak payahlah kau nak beria offer or nak promote sebab aku tak ingin. Dah aku nak balik isteri tercinta aku dah tunggu dekat rumah."
Isyhad lesap masuk ke dalam kereta kemudian kereta itu meluncur laju keluar dari kawasan parking kereta. Cermin sisi dipandang sekilas, Lisa masih berada di tempat itu lagi maaf Lisa kau dah buat hati aku hancur.
"Eiiiiiiiii !!" jerit Lisa kegeraman.
Batu kecil disepak kuat. Api kemarahan mula membara Lisa meraup wajahnya kasar.
Tak guna !
'Tunggu kau Ariana aku akan pastikan kau menyesal.'
Menyesal !
Haluu sori guys author lambat update🙏. Enjoy for this chap, keep vote and comment okay ^.^
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...