TOK ! TOK !"Ariana bangun ! Dah pukul berapa ni," jerit Puan Hawa dari luar pintu bilik Ariana. Tangannya ligat mengetuk-ngetuk pintu bilik itu, hish anak dara apa ni bangun lambat.
Ariana masih lagi diulit mimpi, dia langsung tidak dengar akan panggilan ibunya. Tidur mati kut ? Kalau letak bom tepi telinga belum tentu bangun.
"Nur Ariana Fatinah ! Bangun, kawan kamu datang ni Arissa dengan Siti, kata nak pergi kedai buku sama-sama." Panggil ibunya lagi tapi masih tiada respon, pintu biliknya dikunci. Puan Hawa pergi mencari kunci pendua, memang nak kena budak ni.
"Ariana, this is last warning kalau kamu tak bangun siap kamu." Kunci pendua telah berada di dalam pegangan tangannya, habis la kau Ariana.
Dengar je perkataan terakhir Puan Hawa, Ariana terus terjaga. Dia bangun lalu terus masuk ke dalam bilik mandi. Lajunya macam pelesit, adui macam mana aku boleh lupa ni.
"Ariana !" jerit Puan Hawa, suaranya memenuhi ruang bilik Ariana. Mampuslah kau Ariana ibu dah jadi godzilla, wuish seram siaa.
"Ibu, Ariana dah bangun. Tak payah lah nak marah-marah nanti cepat tua," sempat dia memerli ibunya yang tengah tunggu masa mahu bertukar menjadi 'Hulk' itu.
"Banyaklah kamu. Cepat, kesian dekat Siti dengan Arissa tunggu kamu." Anak siapa la ni dengan bilik bersepahnya hadui nasib badan. Diambil baju yang berada di atas lantai dan dimasukkan ke dalam bakul.
Ariana hanya memasang telinga. Lepas ibunya beredar, dia pun sambung mandi. Haa nyaman. Selesai mandi Ariana mencari pakaiannya di dalam almari. Nak pakai baju apa ya ? Diambilnya kemeja pink dan jeans biru lalu Ariana memakai pakaian tersebut. Kemudian, shawl soft pink bercorak dililitkan di kepalanya, cantik Ariana hari ni.
Kakinya laju menuruni anak tangga, kalaulah jatuh hmm padanlah muka. Senyuman manisnya terukir apabila terlibat kelibat 2 sahabat baiknya itu. Member susah senang kena sentiasa bersama.
"Sorry lambat. Jom la gerak, karang lambat pulak," eleh dia yang lambat nak cepat-cepat pulak.
"Ibu kitorang gerak dulu."
"Tak nak breakfast dulu ke ?" tanya Puan Hawa, sekarang pun dia tengah bersarapan dengan suaminya. Alang-alang kawan Ariana ada nak la juga dia pelawa sarapan bersama.
"Takpa lah ibu, kitorang breakfast dekat luar. Ariana pergi dulu ye." Ariana menyalami Puan Hawa, begitu juga Arissa dan Siti. Alhamdulillah, anak solehah gumamnya dalam hati.
Ayah Ariana, Encik Yusof yang menghantar mereka bertiga. Selalunya diorang naik bas tapi dah sehala jalan nak ke pejabatnya hantar la sekali. Balik diorang boleh naik taxi or bas, tak pun call Puan Hawa.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...