CHAPTER 58

19.3K 482 27
                                    


4 BULAN KEMUDIAN...

"Amiin Ya Rabbal Alamin."

Ariana menutup helaian surah Yasin dengan rapi. Air bacaan Yasin yang dibaca sebentar tadi disiram membasahi tanah yang bakal menutup seluruh umat manusia apabila mati kelak.

Selesai menyiram, Ariana memandang sayu ke arah nama yang terukir pada batu nisan. Adam Khalish, nama yang sepatutnya lahir ke dunia.

'Maafkan ibu sayang, ibu tak dapat nak bagi Adam melihat dunia. Ibu tak sempat nak kenalkan Adam dengan babah Adam. Ibu pun tak sempat bersua muka dengan Adam. Adam mesti tak kenal ibu lagi, kenal dengan family ibu and family babah. Ibu dengan babah tak menyangka selama ini Adam sudah bernyawa dalam kandungan ibu. Ibu harap Adam dapat maafkan ibu. Ibu sayangkan Adam, ibu amat beruntung sebab memiliki anak syurga seperti Adam. Terima kasih sayang, tunggu ibu dengan babah di syurga Allah nanti ye. Adam sentiasa dalam doa dan ingatan ibu dan babah. Kami takkan pernah melupakan Adam ye sayang. I love you forever and ever.'

Air mata Ariana hampir menitis namun Ariana cepat-cepat menyeka air matanya. Ariana mengusap batu nisan itu penuh kasih.

"Ibu rindukan Adam..."

Bahu Ariana terasa disentuh sesuatu. Isyhad memeluk bahu Ariana dari belakang.

"Dah, jangan sedih lagi. Adam mesti tak suka tengok ibu dia macam ni. Adam tau ibu dia kuat and abang percaya sweetheart bukan perempuan yang lemah kan ? Jom, kita balik nak masuk tengah hari ni," ajak Isyhad.

Ariana hanya patuh tanpa membantah. Apa gunanya dia menangis meratapi kalau anaknya itu tidak mungkin akan kembali.

"Ibu balik dulu. Nanti ibu datang lagi, Assalamualaikum."

Isyhad memimpin Ariana pergi ke arah kereta mereka. Langkah Ariana tiba-tiba terhenti, matanya tepat memandang dua orang insan yang dia kenali dan yang memutuskan hubungan kekeluargaannya sendiri.

"M-mak long ?"

"Haah, mak long dengan Shima. Diorang nak sangat jumpa dengan sweetheart. Come, kita pergi dekat sana." Isyhad membawa Ariana pergi ke arah mereka. Tanpa berlengah Mak long Sakinah memeluk tubuh Ariana erat.

Perasaan kesal menyelubungi diri. Air mata kekesalan dirembes keluar di bahu Ariana.

"Mak long minta maaf Ariana. Selama ni mak long tak dapat beza yang mana kaca dan yang mana permata. Mak long terlampau ikut perasaan. Mak long lupa diri, kalau bukan kerana pertolongan dari keluarga kamu mak long pasti mak long dengan Shima takkan dapat hidup senang sampai sekarang. Mak long sedar mak long dah buat kesilapan yang paling besar dalam hidup mak long. Maafkan mak long dengan Shima ye Ariana ?"

Ariana senyum nipis. Memang perbuatan mak long Sakinah terhadapnya dahulu amat tidak masuk akal. Sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan sendiri sebab nak membela anak yang selama ini menjadi racun tanpa disedari.

Tapi, Ariana adalah gadis yang mulia hatinya. Sudah lama dia memaafkan kesalahan mereka. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya takkan kita manusia biasa ni tak nak maafkan kesalahan orang lain.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now