ARIANA mengemaskan buku dan notanya lalu dimasukkan ke dalam beg. Kelas Ariana sudah start beberapa minggu selepas dia menjalani orientasi selama 2 hari.Ariana masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan yang baru. Menjadi seorang pelajar universiti suatu benda yang agak mencabar bagi Ariana.
Isyhad sedang bercuti tapi bukannya berehat dekat rumah sibuk berjalan nak buat macam mana bini takda dekat rumah tapi bila Ariana balik dari U, Isyhad mesti dah ada di rumah sebab nak sambut Ariana balik.
Selalu sarapan pagi Ariana akan siapkan dan makan malam Isyhad yang masak atau mereka masak bersama ini baru namanya pasangan bahagia.
Ariana berjalan pantas untuk ke kafe tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Habis kertas dan fail yang dibawa oleh orang itu terjatuh. Ariana mula panik dan membantu mengutip kesemua barang itu.
'Apa kau dah buat ni Ariana !!'
"Ariana, Ariana kan ?" lembut sekali nada suara itu.
Ariana pantas memandang wajah yang memanggilnya tadi.
"Kak Umi ! Akak buat apa dekat sini ?" kertas yang dikutip tadi dihulur kepada Umi Syakila. Terukir senyuman di bibirnya.
"Akak....akak mengajar dekat sini eh jom kita borak dekat sana takkan nak berdiri dekat sini je," ajak Umi Syakila ke arah kerusi panjang yang berdekatan.
Sebelum duduk Umi Syakila menyapu permukaan bangku itu menggunakan tapak tangan bukan apa takut ada habuk.
Ariana hanya memerhati setiap kelakuan Umi Syakila. Ya Allah ayunya bisik hati Ariana dan senyumannya juga tidak lekang dari bibir.
"Okay kita sambung. Akak lecturer dekat sini bidang sains ermm Ariana ambil course apa ?" tanya Umi Syakila kepada gadis cun di sebelahnya.
"Ouh akak lecturer wah keciknya dunia. Ariana tak sangka dapat jumpa akak dekat sini. Ariana ambil course business sebab Ariana nak sambung legasi ayah. And this is my first semester."
Umi Syakila mengangguk faham tapi bila dengar first semester tu macam rasa pelik.
"Baru first semester and Ariana dah kahwin ?"
Ariana ketawa sebelum membalas dia tau mesti soalan itu yang akan ditanya.
"Haah. Ariana kahwin umur muda, umur suami Ariana sama dengan umur abang kedua Ariana. Kami kahwin sebelum Ariana SPM lagi, nak buat macam mana jodoh sampai awal kak." Digaru kepala yang tidak gatal itu malu wei !
"Laa ye ke akak mati-mati ingat Ariana dah habis belajar sebab dah ada suami kan. By the way tahniah akak doakan perkahwinan Ariana kekal hingga jannah," doanya.
"Aminn."
Tawa mereka pecah, niat hati Umi Syakila mahu bertanyakan tentang si dia yang terlanggar tanpa sengaja sewaktu di mall tapi nanti-nanti lah bukannya dia tidak boleh berjumpa dengan Ariana lagi.
Ariana mempercepatkan langkahnya ke arah parking kereta. Jam di tangan dipandang sekilas alamak dah 5.45 petang lambat la aku sampai rumah ni nanti Isyhad mesti membebel.
Bukannya sengaja Ariana pulang lambat tapi sebab nak berjumpa dengan lecturer mahu bertanya tentang assignment yang bakal di buat nanti terpaksa la balik lambat dari biasa.
Kunci kereta dikeluarkan dari beg dan butang kunci ditekan apabila sudah menghampiri kereta Axia merah miliknya.
Nak cepat punya pasal Ariana terlanggar orang lagi.
"Allahuakbar !" tercampak failnya ke tanah.
'Again ! Apa masalah kau ni Ariana asyik langgar orang je, hari ni hari langgar orang sedunia ke apa.'
"Ouh my god, i'm sorry sa-saya tak sengaja awak okay ?"
Fail yang terjatuh tadi Ariana ambil dan dia melihat orang yang dilanggar tadi. Bunyi suara garau semacam, saat dia terpandang wajah itu Ariana seperti terpana seketika. Handsome nya aip Ariana apa ni kau tu dah bersuami.
"It's okay, saya tak apa-apa," balas Ariana. Dia mula rasa tak selesa apabila lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.
"Erm saya minta diri dulu saya dah lambat ni." Ariana baru berkira-kira mahu beredar namun lelaki itu memanggilnya lagi.
"Awak, saya Hadif and you ?" tangan dihulur kepada Ariana.
Ariana berfikir lama nak bagitau ke tak nama aku kalau tak bagitau nanti apa pulak. Bagitau je la nama je pun bukannya nombor telefon.
"Saya Ariana," huluran dibalas dengan senyuman. Hadif terus menarik tangannya dan mengusap perlahan di belakang leher.
"Saya minta diri dulu," Ariana meminta diri untuk pulang.
Hadif hanya memandang Ariana sehingga gadis itu masuk ke dalam kereta dan bayang kereta itu hilang dari mata.
'Baby you dah kembali, I miss you so much.'
New chap guys🚀 keep vote, comment and enjoy.
Selamat Berpuasa Semua😊
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...