KERETA Audi A4 dipandu laju oleh Isyhad. Rasa sakit di hatinya usah dijangka memang perit dan sungguh pedih. Akal fikiran Isyhad bercelaru, dia cemburu ! Cemburu apabila ada orang lain menyukai isterinya.Pedal minyak ditekan, kelajuan kereta bertambah. Tiba-tiba ada sebuah kereta secara mengejut membrek keretanya. Malang tidak berbau mujur Isyhad sempat membrek keretanya daripada melanggar belakang kereta itu. Nasib baik hanya kereta mereka berdua sahaja alamatnya ada lori hmm arwah la jawabnya.
Isyhad seakan sesak nafas. Ya Allah ajal aku dah sampai ke ? Jantungnya berdegup kencang. Isyhad terkejut kalau dia tak membrek keretanya serta merta tadi memang akan mendatangkan keburukan.
Tangannya menggigil, Isyhad ketakutan. Isyhad tidak pernah alami kemalangan di jalan raya tetapi kali ini hampir tapi sempat dielak. Isyhad memandu keretanya semula seperti biasa.
Isyhad memberhentikan keretanya di suatu tempat. Air mata Isyhad mengalir keluar, kepalanya kusut memikirkan hal Ariana. Hatinya bercampur baur rasa sakit rasa simpati semua ada.
"Arghhhhhh !!!" jerit Isyhad kuat. Stereng kereta menjadi mangsa tempat Isyhad melepaskan amarah.
'Kenapa kau buat aku macam ni Ariana, kenapa ?!'
'Ariana aku benci kau.'
Benci !!!
Air mata Isyhad tidak henti mengalir. Ya Allah dugaan apakah ini ?
Azan berkumandang, Isyhad melihat jam di tangan sudah masuk waktu Zuhur. Tapi yang pelik dari mana datangnya azan radio dia tak pasang. Isyhad melihat ke luar rupa-rupanya dia berhenti di tepi masjid.
Enjin kereta dihidupkan, Isyhad memandu keretanya masuk ke dalam kawasan masjid itu. Isyhad mengambil air wuduk dengan teliti. Isyhad menunaikan solat Zuhur dengan penuh khusyuk.
Selesai solat, Isyhad berdoa.
"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa ku. Betul ke tindakan yang aku lakukan ini, hati aku kecewa Ya Allah sangat kecewa. Aku buntu kenapa Ariana sanggup mengkhianati aku. Kenapa seorang insan bergelar wanita begitu mudah menghancurkan hati aku Ya Allah. Tak layakkah aku untuk merasai rasa cinta yang sempurna dan rasa kasih dari seorang wanita. Berilah aku petunjuk ke arah yang benar aku tak sanggup lagi untuk menanggung semua ini. Aku tak sanggup Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin."
Tiba-tiba kepala Isyhad terasa sakit, dia merasakan dunia sedang berpusing. Isyhad pening dia memegang kepalanya. Matanya mula kabur dan tubuhnya ringan di awangan.
Isyhad rebah dunianya terus menjadi gelap gelita. Adakah masanya telah tiba ?
***
ISYHAD membuka matanya perlahan-lahan. Pancaran cahaya lampu pada siling menusuk ke dalam mata. Masih lagi terasa denyutan di kepala. Isyhad menoleh ke kanan terlihat sepasang mata melihat ke arahnya.
"Sedar pun kau," suara Aiman menyapanya.
"A-aku dekat mana ni ?"
Isyhad cuba untuk bangun tapi badannya sangat lemah dan tidak bertenaga. Tekaknya terasa amat perit apabila air liur ditelan.
"Kau dekat rumah aku tadi kau pengsan dekat masjid. Nasib ada orang call aku bagitau. Dah berehat, kejap lagi Ariana bawa bubur untuk kau."
Tidak lama kemudian, Ariana datang ke bilik sambil membawa dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong.
Walaupun muka Isyhad pucat, tapi masih lagi nampak perubahan riak wajahnya.
"Aku keluar dulu, please behave yourself," pesan Aiman sebelum dia keluar dari bilik.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...