ARIANA berjalan ke hulu dan ke hilir memikirkan kejadian yang berlaku beberapa hari yang lepas. Isyhad akan fly ke New York esok jadi malam ini dia akan bertolak ke KLIA.Isyhad hanya memerhati tingkah laku isterinya. Berat hati mahu pergi dengan keadaan Ariana yang macam menyembunyikan sesuatu darinya. Banyak kali juga Ariana termenung sendiri mahu ditanya takut mengganggu privasi.
Isyhad melangkah masuk. Segala perbuatan Ariana terhenti dia pun takut nak berkongsi masalah itu dengan Isyhad.
"Eh abang, baju abang semua Ariana dah siap packing. Ada apa-apa lagi ke nak Ariana packing kan ?" pantas Isyhad mengeleng.
Isyhad mencapai tangan Ariana dibawa gadis itu duduk di atas katil. Dipandang wajah Ariana dan Isyhad mengeluh panjang.
"Sweetheart, are you okay ? Ada apa-apa nak bagitau dekat abang before abang pergi," kata-kata yang Isyhad ucapkan kedengaran agak risau.
Ariana senyum dia memegang pipi Isyhad lalu kepalanya dilabuh di bahu lelaki itu.
"I'm okay," balasnya.
"Betul ni ?" tanya Isyhad sekali lagi. Ariana mengangguk laju.
"Kalau macam tu let me ask you something can I ?" Isyhad mahu memandang muka Ariana pipinya berlaga dengan dahi isterinya.
"Sure, tanyalah." Jari Ariana bermain di jari Isyhad.
"Malam lepas kenduri, abang terserempak dengan Shima dia baru keluar dari bilik kita. Sebelum abang naik sweetheart ada tak dalam bilik means before sweetheart masuk reading room ? Ada tak ?"
Ariana mula tak keruan. Apa aku nak jawab ni takkan aku nak tipu suami aku sendiri kesian la dia tapi aku tak nak libatkan dia. Macam mana ni !
"Ada, Shima masuk bilik sebab nak pinjam charger then Ariana keluar sebab nak cari ubat so Ariana tinggal la dia dalam tu. Don't worry abang nothing happen by the way kenapa abang tanya ?" tipunya. Ya Allah ampunkan dosaku kerana membohongi suamiku sendiri.
"I'm just curious, ye la kan sweetheart dengan Shima tak berapa nak ngam."
Ariana melingkarkan tangan pada pinggang Isyhad.
"Hug me please. Esok dah tak boleh hug-hug dah," ucap Ariana manja lantas Isyhad terus memeluknya.
Encik Yusof sahaja yang menghantar Isyhad. Puan Hawa tidak mahu ikut kerana banyak kerja nak dibuat begitu juga Ariana katanya tak sedap badan.
"Pergi ikut ayah hantar Isyhad kesian dia." Puan Hawa mula membebel. Ariana jebik rasa macam nak nangis asyik kena marah dengan ibu.
"Takpa la ibu, kan Ariana tak sedap badan. Ayah ada teman Isyhad."
Isyhad menyalami Puan Hawa. Suka manjakan sangat Ariana tu kalau aku dah cubit-cubit dah.
"Abang pergi dulu. Dah sampai abang call, take care. Love you." Isyhad mencium pipi Ariana. Pipi gebu siapa yang tak nak cium.
"Okay love you too." Ariana melambai tangan. Isyhad lesap masuk ke dalam kereta, lama kelamaan kelibat kereta sudah tiada di pandangan mata.
***
Sudah genap 4 hari Isyhad pergi ke New York. Setiap hari Isyhad akan call atau mesej Ariana untuk lepaskan rindu. Sejak masing-masing dah confess ni makin melampau rindunya asyik nak call memanjang.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...