CHAPTER 15

18.5K 609 25
                                    


ISYHAD menuruni anak tangga dan pergi ke luar rumah untuk membantu ayah mertua serta pakcik-pakciknya yang lain. Malam ini keluarga mertuanya hendak membuat kenduri kesyukuran. Ariana yang sedang mandi ditinggalkan.

Riuh rendah suasana di dalam rumah agam itu, adik-beradik semua berkumpu. Opah pun ada semalam sampai pak lang jemput dia dari Terengganu. Dengan ada budak-budak lagi la meriah.

"Isyhad, Ariana mana ?" sapa mak ngah.

"Ariana dia tengah mandi kejap lagi dia turun."

Isyhad terus berlalu keluar. Encik Yusof memanggil Isyhad untuk membantunya.

Ariana mengelap seluruh tubuh badan dan menyarung bathrobe kepalanya dibalut dengan tuala. Pelik ? Kenapa senyap je tadi bukan Isyhad ada ke. Dia membuka pintu bilik air kepalanya terjenguk-jenguk mencari kelibat Isyhad.

Dia tinggalkan aku kurang asam punya laki.

Ariana terus pergi ke almari t-shirt labuh berwarna kelabu dan seluar palazo bercorak belang dicapai. Kesemua baju diletak di atas katil kemudian Ariana menuju ke meja solek. Dia mengambil hair dryer untuk mengeringkan rambut.

Rambutnya yang ikal mayang disikat rapi kalau ada rambut kusut dia ada juga mengadu kesakitan kerana tertarik agak kuat. Ariana membelek-belek wajah di hadapan cermin diambil serum kemudian disapu pada muka untuk mengekalkan kesegaran. Tangannya mencapai botol losyen lalu dipicit.

Selesai mempercantikkan diri, shawl dililit di kepala. Laju kakinya melangkah menuruni anak tangga budak yang berusia dalam 3 tahun hampir dilanggar. Nama pun budak main lari-lari itu perkara biasa.

Ariana pergi ke ruang tamu matanya melilau mencari seseorang. 'Takda pulak mana dia pergi ni !' gumam hatinya. Puas di ruang tamu Ariana pergi ke dapur. Dekat dapur pulak ramai kaum hawa yang sibuk menyediakan bahan untuk memasak. Mak ngah yang ligat mengemas meja makan dihampiri.

"Mak ngah, Isyhad mana ? Ada nampak dia tak ?" jarinya mengetuk-ngetuk meja.

"Isyhad ? Ouh dia ada dekat luar sana nun tengah tolong pakcik-pakcik kamu." Bibirnya dimuncung menunjuk arah. Dulang yang ada cawan kotor diangkat.

Kepala Ariana mengikut arah bibir itu. Dia hembus nafas lega akut kita kalau husband kita hilang.

"Hai takkan tinggal kejap pun dah rindu," sakat mak lang.

Ariana mula tersipu-sipu malu. Gila kau tak rindu suami kacak macam tu kut kalau boleh nak ada depan mata je. Mak lang ketawa melihat Ariana.

"Hai pengantin baru la kata kan."

Dengar sahaja ayat itu lagi bertambah malu-malu kucingnya. Muka Ariana mula merah menahan malu yang tahap maksimum semaksimumnya.

Niatnya mahu naik ke dalam bilik semula nak tutup muka guna bantal sebab malu yang melampau tapi terbantut apabila Puan Hawa memanggilnya.

"Tak payah nak malu sangat lah. Ni tolong ibu belikan barang sikit pergi ajak Isyhad," list barang yang mahu dibeli dihulur kepada Ariana.

Ariana mengambil list barang itu. Sempat Puan Hawa mencucuk pinggangnya.

Ariana pergi ke luar rumah. Dia mencari Isyhad matanya kejap-kejap dibesar kejap-kejap dikecikkan. Muncul Isyhad dari belakang rumah sambil membawa peruik. Terserlah otot-otot dan urat-urat hijaunya uii seksi.

"Abang !"

Pantas lelaki itu berpaling ke arah suara selembut bak bidadari yang memanggil dirinya. Gadis yang memanggilnya tadi melambai-lambaikan tangan.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now