CHAPTER 56

11.6K 392 12
                                    


"ASSALAMUALAIKUM sweetheart, abang datang ni."

Pipi mulus Ariana dipegang dan bibir yang pucat dan kering itu diusap lembut. Sungguh dia merindukan celoteh dan bebelan dari mulut isterinya.

Hati mula dipagut rasa sayu, sedih melihat keadaan Ariana yang terlantar sendiri. Andai kata waktu boleh diputar mahu saja Isyhad yang berada di tempat Ariana tapi takdir Allah tidak siapa yang boleh menghalang atau mengubah.

"Sweetheart, bangun sayang. Tak penat ke tidur lama macam ni. Tak sakit badan ke baring aje macam ni. Sweetheart abang sunyi dekat rumah bila sweetheart takda. Abang kena masak sendiri kemas rumah sendiri semua benda abang buat sendiri. I miss you, tolong bangun sayang. Semua orang perlukan sweetheart, semua orang nak sweetheart bangun and sihat semula. Jangan buat abang macam ni, jangan buat abang rasa sedih macam ni...."

Air mata jatuh bercucuran kesedihan tidak dapat ditahan lagi. Isyhad menggenggam kuat tangan Ariana bahunya terenjut-enjut melepaskan tangisan.

Isyhad amat merindui gelak dan tawa Ariana. Bau wangiannya senang kata semua benda yang berkaitan dengan gadis itu sungguh dia rindui.

Isyhad mengucup dahi Ariana lama. Air matanya jatuh membasahi balutan di kepala gadis itu. Ya Allah peritnya rasa ini !

"Isyhad..."

Isyhad terkejut dek pegangan pada bahunya lantas dia memeluk dan menangis semahunya pada figura itu.

"Aku tak kuat...aku tak kuat..." adunya.

"Bawak bersabar Isyhad, jangan macam ni. Kau kena kuat untuk Ariana kau tak boleh lemah macam ni," pujuk Arif. Dia mengusap lembut pada bahagian belakang Isyhad untuk meredakan lelaki itu.

Selepas meredakan perasaan Isyhad, Arif datang menghampiri Ariana. Diusap kepala dan pipi Ariana dengan penuh kasih. Arif menunduk sedikit ke arah telinga Ariana untuk dia membisikkan sesuatu.

"Adik..ni along ni. Sorry along lambat datang jumpa adik. Angah esok dia datang malam ni dia baru balik sebab banyak kerja. Adik bangun la...tak kesian ke dekat Isyhad, ibu, ayah dengan mertua adik. Diorang semua nak adik bangun nak tengok adik sihat semula. Tak kesian ke dekat baby adik dekat syurga tu dia pun nak juga ibu dia bangun. Adik bangun ye, adik kena kuat lawan semua sakit ni okay ?"

Hampir menitis air mata dibuatnya. Arif tidak percaya bahawa adik perempuannya ditimpa dugaan yang berat sebegini. Ya Allah kuatkan la adikku Ariana doanya dalam hati.

"Kau cakap panjang lebar pun dia takkan dengar," ucap Isyhad tiba-tiba.

Arif memandang Isyhad pelik seperti Isyhad marah atau tidak boleh menerima dugaan yang mereka alami sekarang.

"Asal kau cakap macam tu ?"

"Haih, kalau Ariana dengar dah lama dia bangun. Ni ada dia bangun ? Berhabis air liur aku bercakap membazir air mata aku menangis tapi takda perubahan sama je. Aku penat Arif, aku buntu sekarang ni aku tak tau nak buat apa lagi dah. Aku ras-"

"Dah, kau keluar dulu tenangkan fikiran kau. Biar aku jaga Ariana sekejap dekat sini kau penat tu," potong Arif sebelum Isyhad meneruskan kata-katanya.

Isyhad mendengus kecil, pantas dia bangun dari duduk dan berlalu keluar.

Di luar pintu, Isyhad terfikir kembali. Ya Allah kenapa aku cakap macam tu ? Patutnya aku kena bagi semangat pada dia bukannya putus asa macam ni. Ya Allah ampunkan aku Ya Allah Amiin.

***

MATA dibuka perlahan, gelap ! Tiada satu cahaya yang menyinari di kawasan itu. Suhu di kawasan itu bukannya sejuk malah terasa panas dan semakin panas.

Lisa bangun dari tempat tidurnya dan berjalan dengan keadaan yang gelap dia pun tidak mahu ke mana. Setiap langkah dibuat, Lisa merasakan tapak kakinya pedih seperti ada kaca yang menusuk-nusuk.

Dia meneruskan langkah, tiba-tiba ada satu cahaya yang sangat terang turun di hadapannya. Muncul sesuatu iaitu seorang perempuan yang di dalam dakapannya ada seorang bayi kecil tersenyum riang.

"Kau langgar aku...kau bunuh anak aku...isk isk isk..."

Lisa kaget, langgar ? Bunuh ? Jangan-jangan..

"A-Ariana.." panggil Lisa.

Takut-takut dia mahu mendekati perempuan itu untuk melihat wajahnya.

"Kau langgar aku !! Kau bunuh anak aku !!! Kau akan dapat balasannya kelak !!" jerit perempuan itu tiba-tiba.
Suasana terus berubah serta merta menjadi tempat yang sangat panas. Lisa memandang ke bawah habis kakinya berlumuran darah kerana kawasan yang dipijak dipenuhi dengan serpihan kaca yang sangat tajam.

"Ariana a-aku minta maaf. Aku tau aku sa-salah," tergagap-gagap Lisa menuturkan kata-kata.

Perempuan itu memandangnya dengan tajam dan penuh perasaan benci. Ya memang perempuan itu Ariana tapi perwatakannya amat berlainan dari yang asal.

"A-Ariana p-please..."

"Kau akan terima balasannya," ucap Ariana sepatah.

Tiba-tiba kaki Lisa ditarik dengan tangan yang keluar daripada tanah. Tangan itu luka, berulat dan bernanah menariknya masuk ke lubang hitam yang di dalamnya ada api yang marak.

Lisa mula menggelupur mahu melepaskan diri tetapi makin lama dia makin masuk ke dalam lubang itu.

"Ariana !! Tolong aku Ariana !!" ronta Lisa. Kulit badannya mula melecur kerana haba dari api yang panas.

Ariana hanya memandang Lisa yang meronta-ronta meminta tolong dengan senyuman.

"No !! Ariana tolong !! Mummy !! Daddy tolong Lisa !!!" jeritnya kuat meminta tolong.

Lisa menjerit sekuat hati sehingga tiada suara yang keluar dari mulutnya.

"Ariana !!!"

Lisa tersedar dari tidur, nafasnya turun naik ketakutan habis seluruh tubuh badannya basah kerana peluh. Jantungnya berdegup kencang, mimpi apa tadi tu ?

Lisa mula rasa gelisah dia rasa sangat takut tika ini. Aku kena jumpa Ariana !

Halow kamu kamu kamu semua. Author muncul kembali yeayy. Rasa dh lama benor tk update, rindu tk? Ok new chapter for you guys 💓 mcm biasa keep vote, comment and enjoy!!

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now