CHAPTER 29

12.6K 409 20
                                    


3 BULAN KEMUDIAN...

"Ibu ! Ibu !" panggil Ariana dari luar rumah.

Puan Hawa dari dapur kelam kabut pergi ke luar rumah senduk nasi turut dibawa bersama.

"Kenapa Ariana, ada orang nak culik kamu ke ?!"

Pantas Ariana menggelengkan kepala sah ibu kuat tengok drama pukul 7 dekat tv3.

"Tak ibu ni tengok ni," sepucuk surat diberi kepada Puan Hawa.

Puan Hawa membaca isi dalam surat tersebut kemudian riak wajahnya berubah gembira lalu dipeluk Ariana erat.

"Alhamdulillah, ibu tumpang gembira congrats sayang !" dikucup pipi kanan Ariana berkali-kali sungguh dia bangga dengan Ariana.

"Tak sabarnya nak bagitau abang Isyhad okay la ibu Ariana masuk dulu." pinta Ariana kepada ibunya.

Puan Hawa menitiskan air mata gembira buat anaknya dia amat bersyukur. Malam ini Puan Hawa mahu masak masakan istimewa untuk sambut kejayaan Ariana.

Ariana
Abang !

Jejaka Pilot❤
Sweetheart ! Macam tau je abang tengah rindu dia. Asal excited sangat ni kenapa ?

Ariana
Guess what ?🙈

Jejaka Pilot❤
Apa dia abang mana tau. Just straight to the point.

Ariana
Ariana dapat tawaran masuk U ! Tadi baru surat sampai.

Jejaka Pilot❤
Ye ke, alhamdulillah bila daftar ?

Ariana
Next week.

Jejaka Pilot❤
Okay lusa abang balik so time sweetheart daftar abang teman alright sweetie. Abang ada hal ni malam nanti abang call bye baby😘

Ariana
Bye, love you more💕

Isyhad sekarang berada di New York sejak dua menjak ni Isyhad agak sibuk masuk kali ni sudah 2 kali dia fly ke New York.

Mesej terakhir Ariana dibaca berulang kali I miss you Ariana ! 'Isteriku Yg Dicintai😍' itulah nama yang disimpan Isyhad dalam contact list.

Tuala di kanannya diambil dan Isyhad membawa diri masuk ke dalam bilik mandi.

***

DUA orang anggota polis membuka kunci sel penjara.


"Remy there is someone who wants to see you," kata salah seorang anggota polis yang bermisai.

Remy hanya memandang sepi ke arah mereka dia duduk bersandar di dinding. Lambat-lambat dia bangun dari duduk dan menuju kepada mereka.

"Who ?" tanya Remy.

"I don't know but she's a girl. She told me that you know her well," kata anggota polis yang badannya agak besar. Kedua tangan Remy digari dengan rapi untuk keselamatan.

Apabila mendengar ayat terakhir dari anggota polis itu Remy sudah dapat menangkap siapa gelaran yang mahu bertemu dengannya. Dia jugalah penyebab Remy berada di dalam penjara dan membuat hidupnya musnah.

Remy dibawa ke bilik khas, di situ ramai ahli keluarga yang berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang telah menjadi banduan kerana melakukan kesalahan.

Gari di tangan Remy dibuka kemudian dia duduk bertentangan dengan figura yang mahu bertemu dengannya, ganggang telefon diletak di telinga.

Dinding lut sinar yang memisahkan antara mereka menampakkan jelas wajah jelita gadis itu dan terukir senyuman yang amat sinis di bibirnya.

"Baby ! How are you ? I miss you so bad, baby sihat tak duduk dalam ni ?" girang sekali suara Lisa.

Remy membalas dengan mengangkat jari tengah kepada Lisa.

"Aww garangnya, baby why nampak kurus tak cukup makan ke ala sian you. Niat I nak bawa makanan untuk you tapi tak perlu kut sebab you tak penting kan ? Macam mana life dalam ni okay ? Ada ramai kawan tak baju you pun cantik colour orange gitu hahahaha."

Remy kena tangkap sewaktu dia buat party dadah di rumah Lisa. Masa itu Lisa tiada di rumah tetapi dia sudah lama merancang supaya Remy meringkuk dalam penjara.

Lisa yang membuat laporan untuk polis membuat serbuan tapi Lisa bijak nama rumah itu telah ditukar dengan nama Remy jadi tiada bukti yang mengatakan dia bersubahat. Sekarang Lisa sudah bebas dan kini balasan kepada Remy pula.

"Aku tau kau yang buat semua ni kan Lisa. Kau jangan harap kau akan terlepas dari aku," mendatar suara Remy.

"Hahahaha kalau kau dah tau kenapa tanya lagi. Kau nak buat apa dengan aku nak bunuh aku ? Bunuhlah jangan harap kau dapat keluar dari sini," ucap Lisa.

"Okay la baby I gerak dulu maybe ni kali terakhir I jenguk you. Berbahagia la you duduk sini dengan kawan-kawan you. Bye muah !" Lisa menghadiahkan flying kiss kepada Remy.

"You son of bitch ! Jangan ingat kau boleh terlepas dari aku Lisa ! Dasar betina sial !" timbul semua urat Remy ketika melepaskan amarahnya.

Kau cari pasal dengan salah orang Lisa hari ni hari kau mungkin tiada lagi hari untuk kau Lisa just wait and see.

***

LISA menapak masuk dalam kapal terbang apabila penerbangannya telah lama diumum untuk berlepas selepas dia bertemu dengan Remy dia terus ke airport.

Sungguh dia rindu akan Tan Sri Kamal dan ibunya Puan Sri Halida lama dia tidak pulang ke tanah air selepas dia meninggalkan Isyhad.

Kali ni dia mahu pulang ke Malaysia untuk mendapatkan semula kekasih hati yang ditinggalkan. Lisa mahu menaruh kembali cinta Isyhad yang dia tidak hargai gara-gara Remy lelaki durjana.

'Malaysia here I come !'

New chap guys. Keep vote,comment and enjoys 🎈

Pliss read this novel. Novel ni best author suka yg amat sangat😘

Izinkan aku
surayamerul💕

Kebahagiaanku
AtirahAzimudin💕

Love you till jannah
AtikahAzimudin💕

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now