CHAPTER 31

12.2K 403 8
                                    


HARI ini Isyhad pulang dari New York, penerbangannya dari sana pagi mungkin sampai di Malaysia malam atau lewat malam.

Jam di dinding tepat menunjukkan 10 malam. Mana Isyhad ni biasa kalau dah sampai KLIA call ni tak pula takkan flight delayed kut, sabar Ariana nanti dia call la tu pujuk hatinya yang mula kerisauan.

Puan Hawa yang lalu di hadapan pintu bilik Ariana terhenti kerana terlihat lampu biliknya masih terpasang, eh tak tidur lagi ke budak bertuah ni selalu time macam ni dah tidur.

Dikerling sekilas jam di dinding yang berdekatan dengan tangga. Rumah ni banyak jam dekat ruang tamu ada jam dekat dapur ada jam kalau boleh dekat luar rumah pun nak ada jam.

Dikuak perlahan pintu bilik Ariana sebelum dirinya masuk ke dalam.

"Kenapa kamu tak tidur lagi Ariana ?" tegurnya dan Puan Hawa mendekati Ariana yang duduk di birai katil.

"Ariana tunggu abang Isyhad, dah pukul berapa ni takkan tak sampai lagi. Ariana call pun dia tak jawab risaulah Ariana ibu," rintihnya kerisauan.

Isyhad tak pernah berkelakuan begini kalau dia tak telefon sekurang-kurangnya dia akan mesej. Aku ada buat salah ke ? Mula bermacam andaian bermain di fikiran Ariana.

"Kejap lagi dia call la tu kamu jangan risau insyaallah dia tak apa-apa. Dah tidur," pujuk Puan Hawa.

"No, Ariana nak tunggu jugak."

Diusap rambut Ariana dan dikemaskan sedikit. Dah besar anak ibu ni, ibu doakan kamu kekal dengan Isyhad sampai syurga. Terbit senyuman di bibir Puan Hawa.

"Hmm tunggu la tapi kalau ngantuk tidur jangan tahan faham ? Ibu keluar dulu good night."

Ariana mengangguk faham, sementara gigih menunggu Isyhad tanpa sedar Ariana tertidur. Niat untuk menunggu suaminya hilang kerana Ariana lena diulit mimpi.

Tengah malam, pintu bilik Ariana dibuka sekali lagi. Perlahan sahaja kaki melangkah masuk. Segala beg pakaian di letak ditepi katil jam di tangan dipandang 1.30 pagi lewat betul kali ni.

Jeans jacket dibuka dan dicampak ke dalam bakul. Malas mahu bersihkan diri terus sahaja Isyhad naik ke atas katil.

Ariana di sisi dipeluk kemas, gadis itu bergerak mungkin tidurnya terganggu. Terasa hangat tubuh Ariana dek haba yang disalurkan Isyhad. Lama kelamaan Isyhad terlelap dan lena dibuai mimpi.

***

ARIANA lengkap memakai pakaian kemas. Dalam surat tawaran pendaftar diminta untuk memakai pakaian yang kemas dan membawa sijil SPM, sijil berhenti sekolah serta borang pendaftaran.

Isyhad turut berpakaian kemas dia memakai baju kemeja kotak-kotak dan lengan disenteng hingga ke siku. Rambutnya disikat rapi dan perfume berjenama disembur sedikit ke tubuh tegapnya.

"Abang dah siap, semua barang yang surat minta dah ada ?"

"Beres, Ariana dah siapkan semuanya." Kesemua sijil dan borang dimasuk ke dalam tote beg bercorak kucing.

"Okay let's go !" Isyhad mengambil kunci kereta di atas meja solek.

Isyhad memakirkan keretanya di tempat parking kereta. Mereka tiba di MSU tepat pada waktunya hari ni daftar sudah tentu ramai ibu bapa yang datang bersama anak mereka ke sini.

Ariana memperbetulkan shawl yang terlilit cantik di kepalanya. Baju kurung cotton yang kedut sedikit itu pun diperkemaskan lagi.

"Sweetheart, cincin ?"

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now