CHAPTER 10

19.5K 620 2
                                    


HARI berganti hari, peperiksaan Ariana tiba di kemuncak. Masing-masing menunjukkan kesungguhan semasa peperiksaan. Ada yang sudah merancang selepas habis exam nak pergi holiday sama-sama hekeleh. Isyhad ? Malam tadi baru dia call cadang nak marah tapi nasib sayang. Apabila dengar sahaja pengawas memberi arahan untuk mengutip kertas semua start jadi cacing kepanasan. 

"Yeay freedom !" Arissa melambung begnya selepas kakinya melangkah keluar dari dewan.

"Kutip beg kau balik," arah Ariana. Cepat-cepat Arissa mengutip dia tersengih menayang gigi.

"Wei Ariana, jom kita pergi holiday." Arissa memberi cadangan beg sandangnya disangkut pada leher. Siti turut mengangguk setuju.

"Nak pergi mana ?"

"Pergi...entah aku pun tak tau," Ariana membaling botol airnya ke arah Arissa. Baik tak payah cadang kalau tak tau. Arissa mengekek ketawa.

"Kau kalau aku smackdown naya je," tawa Arissa pecah sekali lagi bukan selalu nak usik Ariana.

"Tapi kalau pergi holiday pun bukan kau boleh saja-saja pergi, kena mintak permision husband kau dulu." Siti mula bersuara. Betul jugak sejak aku kahwin susah sikit nak lepak dengan diorang Isyhad pulak sibuk nak ikut.

"Apa susah angkut je Isyhad tu sekali ye dak Ariana," disiku lengan Ariana. Ariana yang mula rimas mencubit pinggang Arissa dia mengaduh kesakitan.

Perbualan mereka makin rancak. Kali ni mereka bertiga pulang bersama parents masing-masing selalu balik naik bas. Siti sudah pulang dahulu tinggal la Ariana dan Arissa.

"Ariana macam mana life lepas kahwin best ?" tanya Arissa tangannya sibuk mengutil benang pada lengan bajunya.

"Nak kata best tu tak jugak. Kau kena rasa sendiri susah aku nak explain."

"Siapa yang nak kahwin dengan aku Ariana, aku bukan macam kau cantik." Keluhnya agak kecewa.

"Kau cantik apa, Imran kan ada haa kahwin la dengan dia." Arissa memang cantik ramai sebenarnya secret admire tapi dia buat tak layan.

"Imran si mat keping tu eii tak nak aku. Jangan la kau nak kenenkan aku dengan dia," laju tangan Arissa membuat tanda pangkah.

Imran ketua pengawas sekolah Ariana dan Arissa. So Arissa memang anti la dengan dia. Handsome apa Imran tu Ariana pernah minat dekat dia tapi tu dulu. Arissa memang kalau jumpa je gaduh kalau gaduh je mesti jumpa haih tak faham aku. Okay stop citer pasal Imran sebab dia tak penting.

Pin ! Pin !

Hon kereta ayah Arissa kedengaran, laju sahaja kereta Wira itu menuju ke bus stop. Cermin tingkap diturunkan nampak la wajah tenang Pak Cik Ahmad, senyuman manis diberikan kepada Ariana. Bukan dia tidak kenal dah macam ayah sendiri.

"Okay la aku balik dulu bye," dipeluk tubuh Ariana sebelum pulang.

"Tak nak tumpang sekali ke ?" pelawa Pak Cik Ahmad.

"Takpalah, kejap lagi ayah sampai. Hati-hati memandu."

Hon dibunyikan lagi dan kemudian kereta itu berlalu pergi.

Lama Ariana menunggu kehadiran Encik Yusof tetapi kelibatnya tidak kelihatan dari tadi. Hish mana ayah ni decitnya. Berulang kali Ariana menilik jam di tangan, lambat sangat dah ni. Di situ hanya tinggal dia seorang sahaja ada teman pun pak cik guard nak ke dia teman aku.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now