CHAPTER 20

16K 452 6
                                    


"KAU nak apa lagi Lisa ?"

Isyhad mahu beredar namun dihalang oleh Lisa. Mood untuk bersarapan pagi telah hilang. Rasa marah kepada Aiman yang kian surut telah melonjak naik apabila terpandang wajah Alisa Dahlia.

Gadis yang menghancurkan rasa untuk percaya dan mencintai wanita. Dia lah penyebab dirinya memasang tembok yang sangat besar di dalam hati. Namun, hadirnya bidadari yang berjaya memecahkan tembok dan mengajarnya erti cinta sejati iaitu isterinya sendiri.

"Tolong jangan halang laluan aku," ujar Isyhad agak keras.

"Isyhad please, I ada benda nak cakap dengan you," rayu Lisa.

Isyhad mulanya tidak mahu tapi apabila Lisa mula merayu timbul rasa simpati pada gadis itu. 2 tahun mereka menjalinkan hubungan bersama sudah pasti Lisa mahir dengan kelemahan dan keistimewaan Isyhad.

"Fine, 5 minutes."

Mereka berdua pergi duduk di kerusi panjang pada seberang jalan yang terletak di bawah pokok yang bertentangan dengan hotel.

"So kau nak cakap apa ? Please hurry aku takda masa," dingin sahaja kata-kata Isyhad. Sengaja dilihat jam pada pergelangan tangan untuk menampakkan dirinya seperti ada urusan penting yang mahu diuruskan.

"I-I sebenarnya nak minta maaf pada you. I tau selama ni I dah kecewakan you, sakitkan hati you. I know it's all my fault sebab tinggalkan you, I rasa menyesal sangat Isyhad. Please maafkan I sayang," cuba dicapai tangan Isyhad namun gagal.

"Apa kau cakap tadi, maaf ? Sorry aku tak berapa nak dengar. Kau ingat senang aku nak maafkan kau macam tu aje setelah apa yang kau dah buat pada aku. Baru sekarang kau nak rasa menyesal dah lah Lisa it's to late !"

"Isyhad tolong, I merayu pada you tolong maafkan I. I tinggalkan you sebab I terlampau ikutkan nafsu, masa tu I muda lagi I tak tau apa itu erti cinta please Isyhad." Mata Lisa mula berkaca.

Terasa loya tekak Isyhad dibuatnya seperti mahu mengeluarkan segala isi perutnya sekarang. Amat jijik apabila dia mendengar kata-kata ala baik dari Lisa. Mahu saja dirinya cepat-cepat beredar dari tempat itu.

"Pernah ke perempuan busuk yang mengalahkan bangkai ni tahu apa itu erti cinta. Aku tak rasa selama aku menjalinkan hubungan dengan kau perasaan cinta kau pada aku langsung tak pernah wujud ! Dah la aku nak balik, lagi aku tunggu dekat sini lagi meluat aku dibuatnya."

Isyhad terus meninggalkan Lisa sendirian. Dia terus melangkah tanpa melihat ke belakang. Sungguh dia amat membenci gadis itu.

Lisa mengesat air mata palsunya dengan kasar. Riak wajahnya berubah serta merta. Rayuan dan pengakuan penyesalannya tadi hanya lakonan semata-mata, itu semua dusta ! Lisa ingat kalau dia berbuat sebegitu menangis kononnya dah taubat akan membuatkan Isyhad kembali kepadanya. Benda tu tidak akan pernah terjadi.

Tak guna kau Isyhad, buang air mata aku je menangis dekat kau. Berani kau menghina aku dasar sialan ! Takpa hari ni hari kau mungkin hari lain bakal menjadi hari aku untuk selamanya. Kau ingat kau akan terlepas dari aku, kau takkan sentiasa bahagia dengan betina tu. Kalau aku tak dapat kau perempuan tu pun sama.

Tika ini hati Lisa dipenuhi dengan perasaan dendam, dia langsung tidak mengambil peduli balasan yang bakal diterimanya kelak. Allah Maha Kuasa bila-bila masa sahaja perbuatannya akan dibalas. Mungkin bukan sekarang tetapi mungkin di akhirat nanti.

Handphone Lisa berbunyi, terasa gegaran dari dalam beg sandang yang berjenama Channel. Harga beg itu mencecah puluhan ribu ringgit kalau lah disedekahkan pada anak yatim kan lebih afdal.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now