CHAPTER 52

10.8K 417 21
                                    


"ADA apa you nak jumpa dengan I ? Tak pernah-pernah you macam ni."

Riak wajah Isyhad dingin, dia sejujurnya tidak mahu bersua muka dengan gadis itu lagi tapi disebabkan Isyhad mahu Lisa berhenti mengganggu kehidupannya dia harus berdepan dengan Lisa demi rumah tangga dia dan Ariana.

Tiada satu pun senyuman diberikan kepada Lisa. Isyhad cuba untuk senyum tapi hatinya sakit apabila mengenangkan perbuatan yang telah Lisa lakukan.

"Stop kacau hidup aku."

"What ?"

"Stay away from my life !!" tengking Isyhad.

Terenjut bahu Lisa. Orang yang berada di situ memandang ke arah mereka berdua.

"You memang ajak jumpa ni untuk you marah-marah I macam ni ke ? I tak boleh kacau hidup you kenapa ? Takkan takda langsung rasa kasih dan cinta you tu pada I. Tak pun rasa simpati. I kenal you Isyhad, you takkan mudah untuk lupakan I," Lisa cuba untuk meraih tangan Isyhad.

Isyhad mendengus, kejadian sebuah kereta yang mahu melanggar Ariana tempoh hari Isyhad mengesyaki Lisa yang rancang. Siapa lagi yang sentiasa mengganggu dan mengacau kalau bukan gadis itu.

Tiap-tiap malam Lisa akan call tapi Isyhad tak pernah layan. Isyhad mahu membuat laporan tapi dia tidak mempunyai bukti yang kukuh kalau tersilap nanti akan menimbulkan masalah yang lain.

"Aku rasa bersyukur sebab kau tinggalkan aku, aku jumpa cinta aku yang sebenar. Aku jumpa kebahagiaan aku yang aku cari selama ni. Dulu mungkin benda tu semua ada bila aku bercinta dengan kau tapi sikap bodoh kau tu yang musnahkan segalanya Lisa. Aku nak ucap terima kasih because of you aku jumpa Ariana isteri yang aku sayang."

Lisa rasa marah apabila nama Ariana yang Isyhad sebut. Ariana Ariana Ariana apa istimewa sangat perempuan tu.

"Isyhad please jangan buat I macam ni. I baru sedar yang I tak boleh hidup tanpa you. I still love you and I miss you so bad. I rindukan semua kenangan kita I nak kita macam dulu, please Isyhad terima I balik."

Isyhad buat muka jelek rasa nak tampar je muka si Lisa ni.

"Stop it Lisa. Kau ni tak faham bahasa ke aku tak nak kau. Eh pergilah dekat Remy lelaki yang kau sanjung sangat selama ni. Mana dia ? Dia pun dah tinggalkan kau jugak ke ? Remember this please stay away from my life and my family kalau tak kau tau apa akibatnya."

Isyhad terus meninggalkan Lisa yang masih berdrama sedih. Maaf Isyhad tak layan semua tu, orang yang buat taktik tu hanya orang yang berfikiran cetek. Mana mungkin semudah itu Isyhad mahu menerima Lisa kembali lain la drama pukul 7 senang je percaya even dah kena tipu ceh ini semua duniawi !

Lisa meraup wajahnya. Apa aku kena buat ni Isyhad dah takda hati dengan aku lagi.

'Ini semua perempuan tu punya pasal !'

***

"ABANG, Ariana nak cakap sikit."

"Nak cakap apa ? Cakap je lah," balas Isyhad yang sedang membelek wajah di hadapan cermin.

"Meh duduk sini," Ariana memberi isyarat supaya Isyhad duduk di sebelahnya di atas katil.

Isyhad datang menghampiri Ariana. Muka dipalingkan ke arah muka Ariana. Isyhad memandang wajah cantik Ariana dengan teliti.

"Ariana nak minta maaf kalau Ariana ada buat salah," ucap Ariana tiba-tiba.

Isyhad pelik, takda angin takda ribut tiba-tiba Ariana meminta maaf kepadanya. Isyhad mula rasa tidak sedap hati.

"Kenapa nak minta maaf bagai ni ? Sweetheart takda buat salah apa-apa pun."

Anak mata Ariana menikam ke dalam mata Isyhad. Isyhad merasakan pandangan itu lain, rasa macam sedih dan sayu sahaja.

"No, I have to. Takut nanti jadi apa-apa dekat Ariana sekurangnya Ariana sempat minta maaf dengan abang."

"Ariana apa ni tak nak la macam ni."

Isyhad meraih tangan Ariana dan digenggam erat tangan itu.

"Semua yang hidup pasti akan mati jugak kan."

"Ye abang tau tapi abang tak bersedia lagi untuk hadapi semua tu. Ariana jangan macam ni please," dikucup tangan Ariana berkali-kali.

Tiba-tiba Ariana mengusap pipi Isyhad lembut. Memang lain, kelakuan Ariana tidak seperti yang biasa dia lakukan.

"Tapi abang tetap kena bersedia kita tak tau bila ajal kita. So, Ariana nak abang jaga diri abang elok-elok okay ?"

"Ariana stop. Abang tak nak sweetheart cakap benda macam ni lagi abang akan hidup dengan sweetheart sampai bila-bila. Promise me yang sweetheart takkan sebut pasal benda ni fullstop."

Ariana mengangguk dan dia memberikan senyuman manis kepada Isyhad.

"Dah, jom tidur."

Isyhad memeluk Ariana erat. Hatinya masih tidak tenang dengan kelakuan Ariana. Senyuman Ariana tadi pun macam pelik rasa macam Isyhad takkan dapat melihat senyuman itu lagi.

'Ya Allah aku tak bersedia.'

New chapter. Sori teman tk update minggu lepas😥. Sori sangat² ye🙏. Teman mencari idea btw enjoy for this chapter. Sebenarnya tk lama lgi Isteriku Form 5 ni bakal menutup tirainya so keep read and keep waiting update dri teman okay😍😍😍.

Dua tiga cat berlari,
Mana nk sama dgn si cat belang,
Ermm pandai² kome la nk sambung apa ye😂

-H.Munirah-


Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now