CHAPTER 48

10.9K 430 23
                                    


TOK ! TOK ! TOK !

"Assalamualaikum !"

"Waalaikumsalam," pintu utama rumah agam itu dibuka.

Tersembul wajah Puan Aminah ke luar pintu. Riak wajahnya serta merta berubah melihat figura yang dia dikenali berdiri tegak di hadapannya.

"Aunty."

Seperti mimpi betul ke apa yang dia lihat sekarang ini takkanlah.

"Li-Lisa," terpacul juga satu nama dari mulut Puan Aminah yang pernah melakukan hati anak terunanya Isyhad.

Mahu tidak mahu Puan Aminah menjemput Lisa masuk ke dalam rumah takkan dia nak halau pulak orang Melayu kan ada adab dan tatatertibnya.

"Aunty sihat, dah lama Lisa tak datang sini."

Puan Aminah hanya mengangguk dan tersenyum. Matanya dari tidak berhenti memerhatikan Lisa dari atas hingga ke bawah.

Mana tidaknya pakaian Lisa yang dulu agak kurang sopan bertukar kepada pakaian yang sopan dan bertutup. Yang lagi mengejutkan Puan Aminah, Lisa sekarang sudah memakai tudung. Nampak kecantikan Lisa apabila dia memakai pakaian itu.
Pelbagai soalan bermain di mindanya tika ini. Tapi kalau benar gadis itu mahu berubah Puan Aminah amat bersyukur kerana Lisa telah menemui jalan yang benar.

"Apa tujuan kamu datang ke sini Lisa ?" tanya Puan Aminah malas dia mahu berkias bagai berterus terang kan lagi senang.

"Erm Lisa datang ke sini sebab Lisa nak minta tolong aunty. Boleh tak Lisa nak dapatkan alamat rumah Isyhad dengan wife dia ?"

Membulat mata Puan Aminah. Mahu saja dia sembur Lisa tapi dia cuba berfikiran positif.

"Kamu nak apa lagi, nak kacau rumah tangga Isyhad. Kalau itu niat sebenar kamu minta maaf aunty tak boleh bagi," ucap Puan Aminah tegas.

"Tak aunty tak, Lisa bukan nak kacau Isyhad. Lisa dah menyesal dengan perbuatan Lisa. Lisa nak jumpa dia sebab Lisa nak minta maaf pada dia mungkin Lisa takkan dapat jumpa Isyhad lagi lepas ni."

Tak dapat jumpa ? Macam pelik je bunyinya.

"Kamu nak ke mana ?"

Banyak tanya pulak orang tua ni bagi je la alamat tu bukan susah pun.

"Lisa nak pergi umrah lepas tu Lisa akan ke London and stay terus dekat sana. Please aunty bagi Lisa alamat rumah Isyhad lusa Lisa akan berangkat ke Makkah. Lisa bersumpah Lisa takkan kacau Isyhad lagi please aunty," rayu Lisa.

Pada mulanya memang Puan Aminah tidak mahu beri tapi dia masih lagi mempunyai sifat simpati dan perikemanusiaan.

"Sekejap."

Dapat sahaja apa yang Lisa mahu cepat-cepat Lisa meminta diri mahu pulang. Lisa memberi alasan bahawa banyak lagi perkara yang harus dia selesaikan di sini sebelum berangkat ke Makkah.

"Terima kasih aunty. Maafkan segala salah dah silap Lisa ye aunty. Lisa pergi dulu assalamualaikum," pinta Lisa. Dia menyalam tangan Puan Aminah dalam keadaan terpaksa.

Masuk sahaja ke dalam kereta, tudung di kepala ditanggalkan dan dicampak ke seat belakang. Aircond keretanya dibuka ke level paling sejuk panas ! Macam mana la orang yang berpurdah yang bertudung labuh tu pakai lama-lama tak panas ke. Tangan Lisa ligat mengipas-ngipas bagi mengurangkan rasa panas.

Satu kad kecil yang tertulis alamat rumah Isyhad dibaca berkali-kali. Niat Lisa datang ke rumah Puan Aminah bukannya ikhlas tapi ada udang di sebalik mee eh silap ada udang di sebalik batu. Lisa memang manusia yang licik !

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now