RAMAI tetamu serta jiran tetangga yang hadir pada kenduri kesyukuran pada malam ini. Mereka mula memenuhi khemah dan ruang di dalam rumah.Ariana sibuk menyiapkan suaminya di dalam bilik. Dia hanya mengenakan baju kurung kedah dan tudung bawal. Hujung tudungnya disimpul sedikit simpel sahaja tapi cukup menawan hati Isyhad.
Ariana pakai apa pun cantik sebab tu lah kalau Ariana mahu keluar pergi ke mana-mana Isyhad mesti ikut sebab takut isterinya itu kena ngorat dengan anak teruna di luar sana. Ramai yang masih single itu yang rasa tercabar tu.
"Kacaknya suami Ariana ni," Ariana membantu Isyhad membutang baju melayunya.
Isyhad mula tersimpul malu, tersenyum-senyum macam kambing. 'Aduh dah kembang la tu ni la sebab tak nak puji, pantang. Tapi kenapa senyum macam tu ni yang lemah ni' kata Ariana dalam hati.
"Sweetheart baru tau ke yang abang ni kacak dan bergaya orangnya," Isyhad buat muka bangga keningnya pula dinaik-naikkan ke atas. Ariana membuat muka jelik Ya Allah riaknya.
Sibuk mahu membutang baju Isyhad, terasa sesuatu melingkar pada pinggang rampingnya. Mulut Isyhad dimuncung untuk mencium dahi Ariana tapi gadis itu pantas mengelak.
"No kiss-kiss, dah jom orang dekat luar ramai, " tangan moleknya menekup mulut Isyhad. Ariana mengajak Isyhad keluar.
Ariana berada di halaman rumah. Dia mencari sesuatu, dengan keadaan ramai manusianya menyukarkan carian Ariana. Ariana memegang pinggan Isyhad orangnya pula entah ke mana 'hishh suka sangat merayau' decit Ariana.
"Ariana," ada satu suara memanggil namanya.
Dia mencari suara itu. Ariana menoleh ke kiri dan kanan tiada juga tiba-tiba terasa bahunya dicuit.
"Mama !"
Wanita yang amat dia rindui terus memeluknya. Bibirnya tersenyum lebar.
"Mama, mama sihat ? Sorry Ariana tak dapat balik rumah mama. Ariana sibuk dengan exam lepas tu terus honeymoon. I miss you so much."
"Takpa, mama faham. Ni Isyhad mana ?" soal Puan Aminah.
Ariana menjongketkan bahu dia pun sedang mencari lelaki itu. Takkan sesat kut bukan besar mana kawasan rumah ni.
"Takpa jom kita masuk. Pandai-pandai la dia cari kamu nanti, siapa suruh tinggal," Puan Aminah menarik lengan Ariana, mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
Mereka berborak panjang. Puan Aminah nampak sahaja tegas dari luaran tapi kalau dah sembang tak ingat dunia. Encik Azman banyak kali mengajaknya pulang tapi dia tak nak katanya seronok bersembang dengan menantunya.
"Sweetheart, penat abang cari. Kan abang suruh tunggu tadi." Isyhad yang dari luar masuk-masuk terus membebel kepada Ariana.
Ariana tidak mendengar bebelan Isyhad dia tengah seronok bersembang dengan ibu mertuanya. Isyhad dibiarkan sahaja seperti tunggul kayu yang tunggu masa nak reput.
"Sweetheart !" Isyhad mula merengek.
"Eh abang, sorry Ariana tak perasan," Isyhad memeluk tubuh ceh merajuk konon.
"Mama la ni sembang aje, kan isteri tercinta Isyhad tidak menyedari kehadiran anak terunamu ini." Ucap Isyhad.
Puan Aminah hanya mencebik 'dia yang tinggal salahkan kita pulak' desisnya.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...