ARIANA duduk bersandar di kepala katil, dia menunggu Isyhad keluar dari bilik air. Ariana berasa lega kerana masalah dirinya dan juga Isyhad telah selesai. Kini dia boleh mulakan kehidupan yang baru bersama Isyhad.Hati Ariana masih gelisah, mungkin ada lagi dugaan yang lagi hebat bakal dia dan Isyhad tempuhi. Ariana memohon agar dia dan Isyhad tidak akan berpisah tapi kalau perpisahan itu telah tertulis, Ariana harus menerimanya dengan hati yang cekal.
Isyhad yang baru keluar dari bilik memandang Ariana pelik.
"Sweetheart okay ?"
Isyhad duduk menghadap Ariana. Lengan baju yang disentengkan diturunkan semula. Ariana hanya diam menunduk, air mata mula bertakung tatkala melihat balutan kain kasa pada tangan kanan Isyhad.
"Ariana ?" panggil Isyhad lembut.
"Isk isk..."
Nangis ? Isyhad pelik, aku ada marah dia ke tadi.
Makin lama esakan Ariana makin kuat. Air mata menitik tanpa henti di atas cadar katil, Ariana menggenggam kuat kedua tangannya.
"Hei, kenapa nangis ni ? Abang ada buat salah ke atau abang ada termarah sweetheart."
Ariana pantas menggeleng dia tidak dapat menahan rasa sebaknya tika ini. Stop menangis Ariana !
"Hei shhh, dah jangan nangis," pujuk Isyhad. Isyhad memegang dagu Ariana supaya gadis itu memandangnya.
Sememeh muka Ariana dengan hidung merah mata merah tambah pulak sedu-sedu halusnya. Bibir mungilnya terjebik-jebik alahai comel ! Isyhad mengelap air mata Ariana dengan kedua belah tangan. Manja sungguh isteri aku ni !
"Tangan abang luka, kesian abang mesti sakitkan ? I'm sorry."
Disentuh kain kasa itu perlahan patutnya aku yang kena bukan Isyhad.
"Takda apa lah sikit je ni, nanti baik la tu. Abang lagi sakit kalau sweetheart diapa-apakan dengan jantan tak guna tu. Now dia dah terima balasannya. Meringkuk la dia dalam rumah sakit jiwa tu tapi abang lagi suka kalau dia kena penjara," ucap Isyhad geram.
"Tak baik cakap macam tu."
Eh eh dia bela lagi mamat tak guna tu. Ariana abang dekat depan awak sekarang ni tergamak sweetheart berkata seperti itu desis hati Isyhad.
"Sweetheart, can I have you right now ?" suara Isyhad berubah agak menggoda sedikit.
Ariana menelan air liur. Alamak, rasa janggal la pulak tapi nak tak nak aku kena tunaikan. Biasa la tak tinggal serumah berkeinginan untuk 'itu' pasti ada.
"Yes, you can," izin Ariana.
Isyhad tersenyum, Ariana dibaringkan sebelum dia menindih gadis itu. Isyhad mendaratkan bibirnya di bibir Ariana sebelum pergi meliar ke kawasan yang lain.
'Bismillah'
Malam itu mereka ditemani dengan nafsu masing-masing senang kata buat 'projek' di antara si suami dan sang isteri.
***
"ALHAMDULILLAH, kenyang. Lama kita tak lepak mamak."
Aiman mengusap perutnya yang kekenyangan itu. Selepas Isyhad dan Aiman pergi ke balai polis untuk membuat keterangan tentang kes beberapa hari yang lepas, mereka berdua singgah dahulu ke kedai mamak sebelum pulang.
Mereka berdua menuju ke kereta, baru Isyhad hendak masuk ke dalam kereta lengannya ditarik seseorang.
"Isyhad !"
Lisa, apa lagi gadis ini mahukan. Ingat dah senyap sekejap takda la nak tunjuk muka tapi wujud lagi rupanya perempuan ni.
"Isyhad tolong terima I balik, I perlukan you. I-I tak boleh hidup tanpa you Isyhad. I tau you tak bahagia pun hidup dengan Ariana and dia tak layak untuk you. I ni perempuan yang terbaik untuk you. Ceraikan je Ariana and you kahwin dengan I."
"Lepaslah Lisa !" Isyhad menepis pegangan Lisa sehingga gadis itu terkebelakang sedikit.
Berani Lisa menyuruh Isyhad menerimanya kembali dan mengarahkan dia untuk melepaskan Ariana. Lisa memang perempuan tak sedar diri.
"Woi Lisa ! Kau ni tak malu ke ? Terhegeh-hegeh sibuk merayu dekat suami orang. Tu la bila orang elok-elok nakkan kau tapi kau buat taik jual maruah kau macam tu je. Nama sedap dah muka pun cantik tapi perangai kau Ya Allah putus selera makan aku setahun tau. Dah la Isyhad jom blah sebelum aku lenyek muka dia dengan tayar kereta aku ni," sindir Aiman habis-habisan.
Tak malu betul ! Masa orang nak dia buat macam sampah. Haa sekarang tengok siapa yang jilat ludah dia balik.
Mereka berdua meninggalkan Lisa begitu sahaja. Ikut hati nak je Aiman tu langgar tapi nanti tak pasal-pasal masuk penjara.
Lisa mendengus kasar eiiii geram !!
"Hello !! Kau dah ikut dia ? Bagus, send location nanti aku sampai."
'Tunggu kau !'
Ariana menolak troli yang penuh dengan barangan dapur ke tempat parkir kereta. Ariana mengangkat satu per satu barang itu lalu dimasukkan ke dalam bonet.
Tanpa membuang masa Lisa datang menyerang Ariana. Dia menarik tudung dan lengan gadis itu. Ariana yang terkejut dengan apa yang berlaku terus menjadi panik.
"Lepas ! Apa ni Lisa ?!"
Pang !
Lisa menampar pipi comel Ariana, terpana Ariana buat seketika.
"Serahkan Isyhad pada aku ! Kau tak layak kahwin dengan dia. Aku yang patutnya kahwin dengan dia bukan kau !!"
Pang !
Satu tamparan kuat melekat di pipi Lisa pula.
"Ni sebab kau tampar aku."
Pang !
Tamparan kali kedua hinggap di pipi kiri Lisa tercengang gadis itu.
"Ni sebab kau kacau rumah tangga aku !!"
Tamparan kali ketiga yang paling kuat hinggap lagi di pipi Lisa. Impak dari tamparan itu membuatkan Lisa jatuh ke tanah.
"Dan yang ini, sebab perbuatan kau ni memalukan kaum wanita !! Kau sanggup gadai maruah kau hanya disebabkan nafsu semata-mata. Kau sepatutnya bijak jangan bagi kaum adam nampak kita ni lemah !! Tapi kau, kau buat kaum wanita ni nampak murah !! Mudah sangat jatuh dalam belaian palsu dari lelaki yang durjana dekat luar sana. Bertaubat lah Lisa pintu taubat masih terbuka untuk kau. Bila ada peluang gunakan sebaiknya jangan kau menyesal di kemudian hari. Kau patut malu dengan diri kau sendiri dan pada yang Maha Esa."
Ariana terus meninggalkan Lisa. Perbuatan gadis itu amat tidak masuk akal seperti orang tiada iman. Ya Allah kau berilah petunjuk kepada Lisa.
Lisa diam tidak terkata, kedua belah pipinya terasa amat pijar dan pedih. Air mata mengalir dengan sendiri.
"Arghhhhhhhh !!!!"
Orang yang lalu lalang di situ hanya melihat Lisa pelik. Gila ke apa, nak tolong ? Sudah tentu tidak.
New chapter🌸. Geram pulak teman dgn si Lisa ni tk abis² nk mengacau rumah tangga org hishh😤. Keep vote, comment and enjoy.
ENJOY JGN TK ENJOY!!! 😂
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...