SEPARUH bakul pinggan plastik telah selesai dilap tinggal lagi suku sahaja lagi pinggan yang harus dibersihkan. Isyhad berdiri dia menggeliat menghilangkan rasa lenguh dan kebas di seluruh tubuh badannya.Isyhad sampai di Terengganu lewat petang lepas tu pergi lepaskan rindu pada Ariana balik dari pantai mak long buat masalah malam pulak lap pinggan bila masanya dia mahu berehat. Walau badan terasa letih tapi tak rasa mengantuk mungkin sebab dah jumpa geng sembang atau rasa seronok ramai-ramai dekat kampung.
Ariz sudah dekat 10 kali dia menguap dia pun letih tapi digagahkan la jugak mata tu tahan nak habiskan 1000 pinggan plastik dalam masa 1 malam walau apa pun kena siapkan. Boleh je kalau nak buat esok pagi tapi takut tak sempat nanti tambahan esok pagi lagi banyak benda nak siapkan. Even dah bahagikan pun tapi still tak menang tangan nak menyiapkannya.
"Ngantuknya lahai," ujar Ariz dan dibuka mata sebesar alam supaya tak ngantuk. Beberapa kali juga air kopi kaw diteguk sedikit pun tidak memberi kesan tambah ngantuk lagi ada la.
Isyhad dan Arif masih lagi steady bukan macam Ariz dah macam pokok layu kalau dibiarkan tersengguk-sengguk macam burung belatuk.
"Hawa tak sangka bang kak long sanggup kata kita macam tu. Hawa bukan siapa-siapa adik dia juga Ariana tu pun anak sedara dia juga bukannya orang lain tapi gaya dia cakap macam kami ni orang luar !" sekali lagi amarah Puan Hawa terlepas tapi kali ni dalam bilik Ariana.
"Sabarla sikit Hawa abang pun sama terkejut dengan tingkah laku kak long tu, tak sangka pulak abang yang dia ada dendam dengan kita. Yang pasal arwah Amirul tu dia masih tak boleh terima ke sebab itu juga ke dia masih tak maafkan Ariana," pujuk Encik Yusof supaya isterinya itu tenang semula.
Ariana hanya membisu dia mendengar sahaja perbualan kedua orang tuanya. Hatinya sebak apabila mak long Sakinah masih tak mampu untuk menerimanya disebabkan kematian Amirul anak sulung mak long Sakinah. Arwah Amirul meninggal sebab menyelamatkan Ariana daripada dilanggar kereta tapi dah takdir Allah Amirul yang kena langgar dan meninggal dunia.
Masa kejadian tu berlaku Ariana dan Shima masih lagi kecil mereka bermain bola tapi entah bagaimana bola yang ditendang Shima terkeluar terus ke jalan raya. Ariana keluar ke jalan mahu ambil semula bola itu tanpa sedar ada kereta meluncur laju dan Amirul selamatkan Ariana. Lepas kejadian itu bekas suami mak long Sakinah iaitu Sulaiman ceraikan mak long sebab hidup diorang jadi susah. Jadi sebab itu la mak long anggap Ariana tu pembawa sial sebab dia rasa sebab Ariana lah dia hilang anak dan suami.
"Ibu, ibu dengan ayah boleh keluar tak ? I need some space please," pinta Ariana kepada kedua orang tuanya.
Encik Yusof terus menarik Puan Hawa keluar dari bilik. Sebelum keluar sempat lagi Puan Hawa mengucup dahi anak gadisnya itu.
"Awak pergi masuk bilik dulu saya nak pergi panggil Isyhad masuk, dah masuk sana," diarahnya Puan Hawa masuk ke dalam bilik mereka kemudian Encik Yusof pergi ke luar untuk memanggil menantunya.
"Isyhad !"
Terus sahaja Isyhad menoleh ke arah suara yang memanggil namanya gulp ! Ayah yang panggil, jarang bapa mertuanya memanggil rasa gerun mula terbit lantas Isyhad pergi ke arah Encik Yusof.
"Kenapa ayah ?" jawab Isyhad sopan tapak tangan dah mula rasa lembap hadui ketar siaa.
"Tolong tengokkan Ariana dalam bilik, kamu pun terus rehat sekali kamu sampai sini lewat petang mesti kamu penat."
"Dah settel ke ayah ?" Isyhad bertanya lagi alahai Isyhad takut dengan pak mertua ke.
Encik Yusof menarik nafas panjang, "Ayah tak tau nak cakap macam mana patutnya discuss pasal Ariana tapi jadi lagi teruk."
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...