CHAPTER 41

10.4K 382 23
                                    


"ASSALAMUALAIKUM."

Ariana membuka kasut dan kasut itu diletakkan pada rak sebelum masuk ke dalam rumah.

"Sweetheart," sapa Isyhad.

Ariana menyalami tangan Isyhad, suami yang amat dia cintai.

"Kaki abang dah okay ke ?" tanya Ariana.

"Sakit jugak tapi abang still boleh naik turun tangga. Lepas tu abang boleh jalan ke dapur so kira okay la ni," digerak-gerakkan kakinya.

Ariana melihat kaki Isyhad yang bengkaknya masih kelihatan. Terbit rasa risau dan serba salah dalam hatinya.

"Ariana minta maaf."

"Kenapa nak minta maaf pulak, abang okay lah. Ariana tak salah apa-apa pun. Dah, pergi naik atas berehat abang nak pergi ke dapur kejap abang nak minum," Isyhad tau Ariana risau tapi Isyhad lagi khuatir kalau Ariana berterusan berasa serba salah.

"Tapi Ariana kan penyebab kaki abang sakit," nada suara Ariana mula mengendur dan air matanya mula bertakung.

"Hei, kenapa nak sedih ni ? Kan abang kata abang okay. Terseliuh sikit je lama-lama nanti baiklah. Abang lagi risau kalau sweetheart sedih macam ni. Abang takda niat pun nak salahkan sweetheart but abang rasa bersyukur sebab bukan sweetheart yang kena. Kalau sweetheart sakit siapa nak jaga abang ? Siapa nak masak ? Lepas tu, siapa nak layan abang nanti tak tercapai la target abang nak anak 10 orang," Isyhad tersengih sempat lagi dia bergurau time Ariana tengah sedih.

Ariana menumbuk dada Isyhad perlahan.

"Gatal," Ariana menahan senyum.

"That's my girl. Dah pergi naik atas," Isyhad memegang kedua bahu Ariana dan menolak gadis itu ke arah tangga.

"Jangan rindu Ariana tau."

Isyhad membuat tanda 'okay'. Setiap hari dia merindui gadis itu dan setiap hari cintanya terhadap Ariana makin bertambah. Ya Allah, terima kasih.

***

ARIANA mengemas buku dan notanya. Perut sudah berbunyi menandakan waktu untuk diisi.

"Laparnya," omel Ariana sendiri.

Ariana cepat-cepat bergegas untuk ke kafe.

"Ariana !" panggil seseorang.

Langkah Ariana terhenti dan menoleh ke arah si pemanggil. Lelaki itu termengah mengejarnya.

"Ni ada surat untuk awak," sehelai kertas putih dihulur.

"Siapa yang bagi ?" tanya Ariana kepada lelaki itu yang merupakan rakan sekelasnya.

"Dia kata rahsia," peluh yang merinik di dahi dilap.

"Ouh, terima kasih."

Selepas rakan sekelasnya beredar, Ariana membuka surat itu dan membaca isi dalamnya.

Jumpa saya dekat taman. Saya tunggu awak dekat sana :")

P/s : Just you jangan bawa orang lain.

-Hadif-

Hadif nak jumpa aku ? Tapi kenapa dekat taman ? Baru niat nak ajak Arissa teman. Nak jumpa dia dulu ke or pergi makan tapi aku lapar.

Ariana ambil keputusan pergi bertemu dengan Hadif. Ariana mula perasan kelakuan Hadif berubah. Dia rasa Hadif bukan saja mahu berkawan tapi Ariana merasakan Hadif ada perasaan terhadapnya. Ya Allah elakkan perkara itu berlaku.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now