CHAPTER 7

19.8K 683 22
                                    


SELEPAS pulang dari pantai, Isyhad dan Ariana masing-masing mendiamkan diri. Ariana sudah lama masuk ke dalam bilik, tinggal Isyhad sendiri dengan opah dan mertuanya, yang lain sudah bertolak pulang lepas isyak tadi.

"Kamu gaduh dengan Ariana ke Isyhad ?" tanya opah Mariam. Pelik selalunya cucunya itu ada je benda nak disembangkan tapi lepas balik dari pantai terus mengurungkan diri dalam bilik keluar makan pun tidak.

"Eh takda lah opah, dia penat kut." Hadui masalah betul la Ariana ni kan opah dah syak.

"Kalau tak gaduh baguslah. Kalau kamu ada berselisih faham dengan dia bincang elok-elok. Ariana tu masih muda lagi mungkin susah dia nak sesuaikan diri dia sebagai isteri. Jadi kamu kena faham la karenah dia. Opah masuk dulu ye." Panjang opah Mariam memberi nasihat, tak salah kan dia nak bagi nasihat bukan siapa pun cucu menantunya juga.

Isyhad masuk ke dalam bilik, tengok-tengok Ariana tiada di atas katil, mana pulak dia pergi ni takkan lari kot. Ariana kau jangan buat hal kalau mama atau opah tau ni mampus aku. Tiba-tiba Isyhad mahu membuang air kecil dia pun pergi ke bilik air. Pintu berkunci eh dia dekat dalam ke ?

'Mungkin sukar untuk aku sukakan kau'

'Aku kahwin dengan kau sebab mama bukan sebab aku suka atau cintakan kau' . Ayat itu masih terngiang-ngiang dalam kepala Ariana. Dia serabut kenapa Isyhad sanggup buat dia macam ni.

"Ariana kau dekat dalam ke ? Aku nak guna toilet ni emergency." Ariana tersedar daripada lamunan lalu dia pun keluar. Isyhad terus masuk untuk melepaskan hajat.

Lama Isyhad dalam bilik air apa dia buat pun entah kemudian dia keluar lega agaknya dapat membuang. Dia nampak Ariana sudah lena di atas katil. Dia still marah dengan aku ke ? Kejap, bukan kau tak kisah kalau dia nak marah kau. Tapi kalau tak bertegur sapa pun susah jugak dibuatnya ibu dengan ayah atau opah perasan habis.

"Ariana aku ada benda bincang ni. Kau dah tidur ke ?" Isyhad mencuit pinggang Ariana.

"Saya takde mood nak cakap dengan awak, saya nak tidur," balas Ariana. Malas aku nak bercakap dengan dia buat sakit hati je !

"Ouh, okay."

Isyhad baring di sebelah Ariana, macam mana aku nak pujuk dia ya.

'Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku. I will make you mine'. Isyhad teringat kata-kata yang Ariana cakap masa dekat pantai tadi. Kenapa aku rasa dia macam serius ? Atau memang betul dia akan buat ?

Keadaan di dalam kereta agak sunyi, mereka berdua senyap. Hari ini Ariana dan keluarganya pulang ke Kuala Lumpur, mereka bertolak selepas bersarapan.

"Apa yang awak nak bincang malam tadi ?" Ariana bersuara.

"Ouh aku nak cakap pasal kita, tak payah lah kau nak bermasam muka atau tak bertegur sapa dengan aku. Aku tak kisah cuma aku takut family kau or family aku perasan so aku nak kau buat macam biasa."

"Okay," balas Ariana sepatah.

Perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur mengambil masa yang agak lama, penat jangan cakaplah nasib baik Isyhad apply cuti seminggu boleh la rehat. Ariana sudah terbuai diulit mimpi kesian Isyhad kena drive sorang-sorang.

"Wei Ariana bangun, dah sampai ni." Digoyang badan gadis itu.

Ariana membuka mata, matanya terbeliak apabila nampak muka Isyhad betul-betul di depan mata. Dia menolak muka Isyhad kuat dengan tapak tangannya.

"Awak nak buat apa ni ? Nak ambil kesempatan !" Ariana memandang Isyhad tajam.

"Hei, takkan aku nak buat dekat sini tempat ni sempit. Kalau aku nak buat dah lama masa dekat rumah opah tak payah nak tunggu sekarang ni," ucap Isyhad selamba. Ditinggalkan gadis itu sendiri di dalam kereta.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now