"AYAH !"Sapa Ariana kepada Encik Yusof yang duduk berehat di ruang tamu. Dia mengambil tempat di sebelah ayahnya senyuman Ariana tidak lekang dari bibir.
"Ni asal ni senyum-senyum happy la tu ?"
"Ayah ni suka usik Ariana mesti la Ariana happy, ayah tu tak happy ke ?" kepala dilentok di bahu Encik Yusof lalu lengan dipaut kemas.
"Pernah ke ayah tak happy tengok anak-anak ayah mengukir kejayaan sendiri along dengan angah dah success now it's your turn," diusap dengan kasih tangan mulus Ariana.
Puan Hawa dari dapur sambil membawa dulang air tersenyum melihat momen indah suami dan anak gadisnya.
"MSU kan tawaran universiti yang Ariana dapat tu. Ariana mohon sendiri ke ?" air jus mangga dihulur kepada Encik Yusof sebelum duduk.
"Haah, Ariana ada mohon jugak dekat universiti lain but alhamdulillah Ariana dapat dekat situ. MSU memang Ariana dah target education dekat sana superb !" nampak keterujaan di wajah Ariana.
Telefon rumah tiba-tiba berdering, Puan Hawa bingkas bangun untuk mengangkat panggilan itu.
"Ayah setuju, MSU education dia memang bagus so puas hati la sebab banyak kemudahan yang disediakan. Pasal ni kamu dah bagitau Isyhad ?"
"Dah tengah hari tadi Ariana chat dia. Ariana malas nak call takut ganggu pulak."
Encik Yusof mengangguk kepala walaupun Ariana sudah menjadi tanggungjawab Isyhad tapi sebagai seorang ayah mesti ambil tahu juga tambahan Ariana masih muda.
Puan Hawa kembali sertai mereka setelah lama menjawab panggilan telefon.
"Along call cakap tahniah untuk kamu. Phone ibu mati so tadi dia call tak dapat angah pula malam nanti dia call along kata."
Tanda 'okay' ditunjuk kepada Puan Hawa. Tv dibuka petang macam ni cerita apa yang ada sinetron ? Rasa dah habis jari Ariana ligat menekan butang remote mencari rancangan tv yang menarik.
***
TEKSI betul-betul berhenti di hadapan pintu pagar rumah agam yang tersergam indah. Kaki melangkah masuk ke dalam kawasan rumah yang lama ditinggalkan.
Pintu utama rumah 2 tingkat itu dibuka tak berkunci ? Ada orang ke kat rumah. Kaki menapak masuk ke dalam rumah haaa home sweet home masih seperti yang dulu tiada apa yang berubah. Sama kemasnya dan bersih sentiasa tapi di mana penghuni dalam rumah ini.
Beg bagasi diletak di tepi sofa, tubuh badan hanya mengenakan skirt dan jeans jacket. Kaca mata yang berjenama dipakai tadi pula diletak atas kepala.
"Mummy ! Daddy ! Anybody home !" panggilnya 2 orang insan yang amat dirindui tetapi tiada sahutan malah sunyi sepi sahaja rumah agam itu. Mana semua orang ?
Handphone dikeluarkan dari handbag berjenama Gucci dan didail nombor seseorang.
"Lisa ?"
Perbuatan terus terhenti apabila ada suara yang dikenali memanggil terus sahaja kepala memandang sekujur tubuh yang berumur di tingkat atas. Wajah wanita tua itu masih cantik dan terbit satu senyuman di bibir kedutnya.
Wanita tua itu dengan pantas turun dari tingkat atas untuk mendapatkan anak gadis yang sungguh dirindui dan sentiasa ada dalam doanya supaya gadis itu pulang ke pangkuannya semula.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...