CHAPTER 55

11.5K 387 17
                                    


"MACAM mana keadaan Ariana ?" tanya Encik Azman. Dia dan Puan Aminah berdiri berdekatan dengan katil Ariana.

"Macam ni la pa, Ariana still tak sedarkan diri Isyhad tak tau nak buat apa lagi dah," keluh Isyhad. Sungguh berat dugaan yang dia harus tempuhi tika ini.

Encik Azman turut berasa simpati dengan keadaan menantunya dan anaknya sendiri yang dalam keadaan tidak terurus. Tubuh Isyhad makin susut dia tidak mahu makan sejak hari pertama Ariana masuk ke hospital.

Berkali-kali juga Puan Aminah memujuknya untuk makan dan berehat tapi Isyhad berdegil katanya dia takut kalau Ariana sedar dia tiada di sisi gadis itu.

Hampir mahu menitiskan air mata melihat kesetiaan Isyhad dan ketulusan hatinya mencintai Ariana. Sanggup berkorban apa sahaja untuk seorang insan yang bergelar isteri supaya sembuh seperti sedia kala.

"Assalamualaikum."

Terlihat dua orang yang dikenali melangkah masuk ke dalam wad. Isyhad bangkit dan menyalami mereka berdua.

Isyhad takut-takut mahu menatap wajah ibu mertuanya dia merasakan Puan Hawa marah akan dirinya.

"Isyhad, meh dekat ibu," panggil Puan Hawa.

Perlahan Isyhad datang mendekati ibu mertuanya itu. Satu senyuman diberikan.

"Isyhad dah makan belum ni ? Ibu tengok Isyhad macam tak berdaya je ye lah seharian jaga Ariana."

"Hah ? I-ibu tak marahkan Isyhad ke ?" ucap Isyhad.

Puan Hawa ketawa kecil alahai menantu.

"Ibu tak marahkan Isyhad pun. Ibu cuma terkejut dengan apa yang jadi ibu tak sangka ada orang sanggup buat macam tu pada anak ibu. Ibu terkilan juga bila dapat tau yang Ariana keguguran kamu memang tak tau ke yang Ariana mengandung ?"

Isyhad pantas menggeleng, benar dia tidak tahu apa-apa tentang kandungan Ariana.

"Ariana takda cakap apa-apa pun. Dia cuma ada mengadu yang every morning dia rasa mual and dia muntah. Isyhad tak syak apa-apa sebab Isyhad tak berapa tau pasal benda macam tu," terang Isyhad.

"Dah lah yang penting Ariana tak apa-apa. Kita doa supaya Ariana sedar dan sihat macam dulu. Ibu yakin Isyhad kuat hadap semua ni."

Kata-kata daripada seorang ibu untuk menantu yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Puan Hawa menggenggam kuat kedua belah tangan Isyhad, dia yakin Isyhad adalah seorang suami yang baik dan sempurna untuk membimbing serta membahagiakan Ariana.

***

"ABANG, cuba abang nasihat sikit Lisa tu. Balik dari New York ingat dah berubah tapi makin menjadi-jadi tambah lagi teruk jadinya. Ni pulak asyik berkurung dalam bilik je makan tak nak apa tak nak," Puan Sri Halida mula membebel pada suaminya.

Tan Sri Kamal hanya mendiamkan diri. Jarinya ligat bermain di skrin telefon pintar yang dibeli dengan harga ribuan ringgit.

"Abang dengar tak ni ?"

"Ye abang dengar. Nak nasihat macam mana lagi dengan awak pun dia tak dengar apalagi dengan saya. Ni budaknya mana ada dekat rumah atau dah merayap ?"

"Ada dekat bilik, saya dah suruh bibik tengokkan dia," ucap Puan Sri Halida.

Lisa tak pernah nak lekat di rumah. Kerjanya keluar pagi balik tengah malam itu pun kalau balik. Suruh bekerja dengan daddy nya sendiri ada saja alasan yang diberi belum bersedia la nak enjoy lagi la.

Naik berbuih bagi nasihat tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dari kecil dimanjakan bagi semua apa yang diinginkan itulah jadinya.

Hanya keluhan yang dapat dikeluarkan dari bibir. Mereka berdua sudah buntu tidak tahu bagaimana lagi cara untuk mengubah sikap dan tingkah laku Lisa.

"Puan Sri ! Puan Sri !" kedengaran suara cemas memanggil dari tingkat atas.

"Kenapa ni bik ? Ada apa-apa jadi pada Lisa ke ?"

Tercungap dibuatnya pembantu rumah yang berlari turun dari tingkat atas. Ditarik nafasnya dalam-dalam untuk menghilangkan rasa penat di dada.

"Cik Lisa, di-dia pengsan di dalam kamarnya Puan Sri."

"Pengsan ?!" jawab Puan Sri Halida dan Tan Sri Kamal serentak. Mereka memandang antara satu sama lain.

'Ya Allah Lisa !'

Halu kamu² semua. New chapter utk korang😄. Sori sori sori sangat² sebab lama tk update. Author tk berapa nk sihat and ada masalah skit, so hri ni baru berkesempatan utk update😩 sori k? Btw keep vote, comment and enjoy!!

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now