“HUARGHHH..ngantoknya..” Aisy menggosok matanya yang sudah berair dek menahan ngantok yang bermaharajalela sejak tadi. Nak dikatakan tidur lewat semalam, tidak juga. Tapi itulah, Aisy kalau pepagi buta mesti kerap menguap. Sampaikan orang panggil dia ‘Sleepy kid’.
“Aisy! Master panggil kau.” jerit Mei dari jauh.
Mei seorang perkerja yang lebih lama dari Aisy. Merangkap sebagai kawan baru Aisy.
Aisy yang hampir terlelap di meja makan terus membuka mata luas. Sekilas dia memandang Mei yang sibuk melayan pelanggan yang awal datang.
“Puteri Aisy!!” tetiba suara Master lantang menyebut namannya.
Semua orang terkejut, termasuk Aisy yang masih tidak mahu bergerak bangun dari kerusi.
“Apa lagi master ni. Aku nak rehat pun tak senang” rungut Aisy sebelum melangkah malas menuju ke bilik pejabat master mereka yang bernama Riko.
Pintu diketuk sebelum suara dalam mengarahkan masuk.
“Haii, dushta master?” tanya Aisy sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan masternya yang berkerut-kerut memandang sekeping kertas. Wajah wanita itu kelihatan bengang tahap pelik.
“Look. Who’s draw this anime?” soal master dengan mata luasnya.
Aisy mendekati dirinya memandang kertas berlakaran muka seorang perempuan. Kemudian dia tersengih sambil menggaru rambutnya yang tidak gatal.
“I’m the one yang lukis anime tu”
“What?! seriously, Aisy?” wajah master terkejut, seperti tidak percaya.
Berkali-kali dia memandang lukisan tersebut. Terkejut bukan kepalang disebabkan lukisan itu sangat menarik. Kagum pun ada.
“Haii. Dua rius!” jawab Aisy, malas.
Dah aku cakap betul, takkan memain pulak? Desis Aisy sambil menyandarkan tubuhnya yang sudah terasa enak dek sofa yang lembut. Tidur pun sodap ni.
“So selama ini betullah awak pandai melukis manga?” master pandang Aisy.
Aisy cuma mengangguk perlahan.
“Oh..not bad. You memang ada bakat Aisy..” puji Master ikhlas dan Aisy tersenyum nipis.
“I know.”
“Why not you buat manga, then publish kat media?” ujar Master, teruja.
Namun tidak ada respon dari Aisy.
“Nani! Tidur pulak sleepy kid ni!” Master menggeleng kepala perlahan sebelum tersenyum dengan gelagat selamba si Aisy.
Aisy seorang gadis yang hardworking sebenarnya. Namun walaupun begitu, tetap sahaja ada keburukkan pada gadis itu. Tapi dia tidak kisah.
Aisy lah seorang perkerja yang disayangi dari perkerjanya yang lama dari Aisy.
“Tidur lah Puteri Aisy..” perlahan, Master membetulkan posisi tidur Aisy.“RAFFY, dah fikir masak-masak ke? Kerja kat sana tu apalah sangat. Sekadar hantar minuman, layan pelanggan yang dok lepak tanpa henti. Mana besar gajinya tu Raffy.” Ku Rafna pandang anak nombor duanya, Raffy.
Sejak seminggu lepas sudah dia membebel sebab Raffy apply tempat kerja yang tidak besar gajinya. Dia orang kaya. Apa kelas kerja kecil macam tu? Huh, takde taste langsung anak aku ni. Ku Rafna rasa geram dek kedegilan Raffy yang mati-mati nakkan kerja kat cafe kecil.
Raffy melepaskan keluhan kecil sebelum memandang ke arah mamanya.
“Yee, saya tak kisah lah ma. Lagipun just for 6 month je. Lepas tu saya fikir lah nak cari kerja yang lagi tinggi dari kerja kat situ. Okey, ma?” pujuk Raffy supaya ibunya tidak menyoalkan lagi perkerjaannya.
Bukan dia nak melawan, tapi ini saja perkerjaan yang baginya senang dan tidak menyusahkan.
Ku Rafna mengeluh sebelum mengangguk perlahan. Kalau itu yang Raffy nak, dia akan menurut. Asalkan lepas ni Raffy akan ikut cakapnya.
“Janji sampai 6 bulan je?”
Raffy mengangguk. “Yee, In sha Allah..”
“Tu kan, tak pasti..” Ku Rafna mengerutkan dahi.
Raffy tergelak kecil melihat wajah tidak puas hati ibunya itu.
“Betul apa? kita merancang, Allah yang menentukan ma..” ujar Raffy perlahan.
“Yelaa..” Ku Rafna, menyerah kalah.
Anaknya itu memang pandai menjawab. Sampaikan dia boleh kalah setiap kali anaknya itu pandai membidas. Keturunan suami dia juga.
“Okey lah ma. Saya pergi dulu. Ada interview..” tangan ibunya dicapai dan dicium. Kemudian dia melangkah keluar.
“Take care Raffy!”
“Yee ma!”
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...