“MORNING!” Aisy menyapa master yang sedang mengelap cawan yang baru sahaja di cuci.
“Morning sleepy kid!” Master tersenyum memandang Aisy yang seperti tidak cukup tidur. Kelihatan gadis sembilan belas tahun itu seperti dalam kepenatan.
“Why.. why my eyes still feels heavy master..” keluh Aisy lemah. Dia dah mula dah, buat drama.
“Bets me.” master jongket bahu, tidak tahu.
Aisy memuncungkan bibirnya. Semalam dia sudah adjust waktu tidurnya. Dia tidur pukul lapan malam, sehinggalah pukul enam pagi. Dah kira panjangkan waktu tidur dia? Tapi kenapa masih terasa ngantok yang sangat menyebalkannya.
“Yaw, Aisy!” sapa Zen, tetiba muncul dari dapur dengan muka tersengih.Nasib baik kacak. Kalau tak, Aisy patut bagi gelaran sengihnya itu sengih kambing!
Aisy angkat tangan sambil senyum nipis. “Nii-san(abang), nak ovaltine.”
“Amboi.. lagak boss kecil ye..” Zen sengih dan diikuti gelak kecil Master.“Mana ada. Saya cuma mintak tolong buat kan minuma je..” bidas Aisy dengan senyumannya yang tidak lekang.
Zen mencebik. Tangan laju membuat air minuman Aisy.
Kring, kring. Bunyi lonceng berbunyi sebaik sahaja pintu utama di tolak dari luar. Mei dan Raffy serentak muncul.
“Ohayo(Morning) master!” sapa Mei, terlebih energy.“Oha(morning), Mei-chan.” balas master dengan senyuman kecil.
Aisy yang baru menoleh, terus berpusing ke depan semula. Jantungnya tetiba berdegup kencang apabila bertemu mata dengan Raffy.
Raffy tersenyum sinis. Dia mendekati Aisy yang duduk depan kabinet cashier. Dia tahu Aisy menghindarinya.
“First day work ni, relax saja ye.. Raffy.” Kata master dan Raffy mengangguk faham.
“Mei, sambung kerja saya.” arah master kemudian berlalu.
“Yes, master!” Mei mengambil tempat master. Kemudian dia sekilas memandang Aisy yang membeku di tempat duduk. Raffy di sebelah, hanya tidak di endahkan. “Kau dah kenapa Aisy?”
“Huh?” Aisy pandang Mei.
“Aku tanya, kau dah kenapa?” ulang Mei sambil mengerutkan dahinya.
“Tak kenapa, kenapa. Asal kau tanya aku camtu?” tanya Aisy balik. Wajahnya di maintainkan habis.
“Macam patung je aku tengok kau ni” jawab Mei.
Aisy tidak membalas soalan Mei. Habis idea..
Zen meletakkan cawan hijau di depan Aisy.
“Arigatou, Nii-san(thanks brother).” ucap Aisy perlahan.
Raffy yang terdengar panggilan tersebut terus menoleh ke arahnya. Nii-san, Abang? Wah, wah. Nampak rapat je..
“Aisy, lepas ni Aisy kena pantau Raffy.” kata Zen tetiba.
“What?!” soal Aisy terkejut.
Raffy turut terkejut. Takkan dia di pantau oleh Aisy?
“You've heard me dear. Aisy kena pantau Raffy.” ulang Zen sambil menahan gelak, dengan wajah terkejut Aisy.
“But why? Master ada, Mei kan ada..” Aisy buat muka. Namun sikit pun dia tidak menoleh ke sisi kanannya. Malu plus tak berani.
“Ni arahan dari master sayang..” Zen bersuara sambil tangan selamba mencubit pipi Aisy.
Raffy terkejut melihat tingkah Zen yang nampak terlalu mesra tu. Rasa lain pulak dalam hati. Apakah ini..
“Haih.. tapi..”
“No tapi, tapi my friend. Cuma kau je yang suka arah itu-ini. So goodluck ajar budak baru belajar ni..” Mei tersengih sambil mengenyitkan mata pada Raffy.
Aisy mengeluh perlahan sebelum menoleh sekilas pada Raffy yang merenungnya.
“Fine. Korang memang tak kesiankan aku!” Aisy bangkit dari kerusi. Konon, merajuk.
“Hok olo. Dia merajuk pulak adik kita tu.” usik Zen kemudian terkekeh-kekeh diikuti Mei.
Raffy menahan gelak dari terlepas. Baru hari ini dia melihat wajah masam Aisy. Dan mulai hari ini juga dia akan sentiasa bersama Aisy si gadis misteri yang berkawan dengannya selama dua tahun lalu.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
AcakPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...