Bab 19

1.7K 50 0
                                        


AISY menopang dagu di atas pagar. Matanya leka memandang udara, kepulan awan yang gelap. Dia tersenyum tatkala melihat beberapa bintang kecil yang bertompok atas awan.

Angin yang sempoi-sempoi menampar lembut ke pipinya. Aisy terbuai seketika, sebelum perhatiannya beralih mencari suara lelaki sedang menyanyi di bawah rumah.

Dia berjalan mencari mana datang suara itu. Dan kelihatan,  Raffy sedang memegang gitar lapok. Tanpa berlengah, Aisy masuk ke dalam bilik lalu laju kakinya turun mahu melihat Raffy menyanyi.

Sebelum turun, sempat juga mata Aisy mencari kelibat Sabrina dan Rafiq namun nampaknya suami-isteri itu sudah masuk ke dalam bilik. Aisy kembali melangkah ke luar.

Woah! Dia tengah duduk atas buaian lah. Aisy gelak kecil. Dia kemudian menyorok tubuh kecilnya di belakang dinding. Mata memandang Raffy yang sudah meluruskan gitarnya ke posisi yang betul.

Raffy bereham sambil jarinya mula bergerak pada tali gitar.

Aisy setia menanti.

     katamu cintaku berlebihan..
     cemburuku tak beralasan..
     membuat dirimu tak nyaman..
     maafkan aku sayang..

Gulp! Aisy terkejut mendengar suara Raffy yang sedap. Padahal dahulu, Raffy pernah mengatakan yang dia tidak pandai menyanyi. Katanya suara macam katak.

     aku takut kehilangan dirimu..
     aku takut takut kehilanganmu..
     aku takut kehilangan cintamu..
     aku takut hidup tanpa dirimu..

Muka Aisy berubah tatkala bait-bait lagu itu mengusik tangkai hatinya. Dia takut kehilangan siapa?

     aku tak akan bisa, aku yang bisa gila..
     bila kau pergi meninggalkanku..

Suara Raffy makin perlahan. Kemudian, lelaki itu menghentikan pergerakkan jarinya. Aisy kerut dahi.

"Sampai bila kau dok tercongok kat situ, Aisy?" Raffy bersuara kuat,  membuatkan Aisy terkejut.

Alamak, kantoi!

Perlahan Aisy keluar dari sorokkannya. Dia menggaru tudungnya yang tidak gatal sambil tersengih. Raffy merenungnya tajam.

"Umm.. Sedap suara awak. Awak bekas band penyanyi ke?"ujar Aisy, sedikit menggelabah.

Raffy tidak menjawab soalan Aisy. Sebaliknya tangan menggamit Aisy supaya duduk di sebelahnya. Aisy akur dan duduk sebelah Raffy. Tapi Aisy sengaja menjarakkan dirinya.

"Kenapa kau tidur lagi?" Soal Raffy sambil meletakkan gitar lapoknya bawah kaki.

"Night still young, bro" Aisy menoleh kepada Raffy.

"Banyaklah kau punya young!" Raffy menggeleng sambil tersenyum. Kemudian dia mendongak ke langit. Seperti memikirkan sesuatu. "Aisy.."

"Ya?" Sahut Aisy sambil turut mendongak ke langit.

Raffy diam. Aisy terus menoleh kepadanya semula. Lelaki itu leka dengan pandangan atas.

"Awak tengah fikirkan apa?"

"I'm just trying to decide which is more brighter, you or the stars?"

Eh? Wajah Aisy terus berona merah. "And what did you conclude?"

Raffy mengalihkan pandangan dan memandang Aisy. Wajah Aisy kelihatan merah. Malu sebab dia kena compare? Raffy senyum nipis.

"It's you." Jawab Raffy sambil merenung wajah segan Aisy.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang