RAFFY melangkah perlahan dengan gaya cool dia. Mukanya yang tidak senyum, tidak juga ketat, di perhatikan oleh beberapa pasang mata. Bagi kaum lelaki, pasti saja mereka rasa cemburu disebabkan boss muda mereka yang punya rupa paras yang bisa membuatkan kaum wanita jatuh tersungkur kepadanya. Bagi wanita pulak, hm. Common. Mereka pasti akan membuka mata mereka luas dan memandang boss mereka tanpa berhenti.Orang segak. Pasti akan jadi perhatian orang ramai.
“Shae, jadual please..” pinta Raffy sambil berdiri depan meja assistancenya itu.
Shae bingkas bangun. Buku nipis yang sering dibawanya kemana saja terus dibuka. Matanya laju mencari tarikh hari ini.
“Er..Encik ada tetamu dengan Cik Aida hari ni. Kejap lagi dalam pukul 8 pagi dia ak-”
“Wait. Her name was Aida?” soal Raffy sebelum sempat Shae habiskan bicaranya. Wanita itu nampak terkebil-kebil seketika, sebelum mengangguk.
Must be her! Raffy mula menyentuh dahinya. “Cancel janji temu dia..”
“Cancel? Kena-”
Sekali lagi kata-kata Shae kena potong, tatkala suara yang Raffy kenal bersuara. Raffy menoleh sekilas ke belakang.
Aida dengan senyuman hipokritnya, melangkah merapati Raffy.
Shae teguk air liur. Keadaan yang tidak berapa ceria tadi, makin tegang dengan kemunculan minah celop bernama Aida tu.
“What are you doing here?” Soal Raffy, agak dingin.
Aida senyum sinis. “I nak bagi you kad jemputan. Kad jemputan celebrate kedatangan I.”
Aida menghulurkan satu kertas kecil. Tapi Raffy cuma memandang kertas tersebut, tanpa mahu menyambutnya.
Kening Aida berkerut sebelum kad tersebut di masukkan dalam poket Raffy, dengan selamba.
“Take it. And come if you want. If you tak nak pun, I akan paksa isteri you datang.”
Raffy tersentak. Matanya tajam merenung Aida.
“Kalau aku tak datang pun, apa kau nak buat kat isteri aku?” suara Raffy kedengaran keras.
“Well..ada la. Secret. Kalau you tau, tak menjadi la plan I tu.” Aida kemudian gelak.
Raffy ketap rahang. Kuat. Sehingga kelihatan urat-urat saraf di dahinya.
Shae yang dari tadi berdiri terus berlalu ke tempat lain. Gerun dia melihat wajah kelat bossnya.
“Kau jangan cabar aku Aida!”
“I’m not. I’m just telling you.. so that you’ll come.” jawab Aida, saja membakar Raffy.
“Kau blah. Lepas ni aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi!” tempelak Raffy, perlahan .
Huh. Aida senyum sinis sebelum merapati Raffy. Raffy berganjak ke belakang.
“You kena datang tau..” bisik Aida perlahan sebelum beredar.
“Fuh.. gila minah ni. Dah la pakaian seksi gila! Semua gila!” bebel Raffy sendiri sambil tangannya sudah menggosok dadanya yang terasa sempit.
“Hi husband. Are you cheating on me?”
Gulp! Mata Raffy membulat. Entah sejak bila isterinya itu berdiri depannya, dia sendiri tidak tahu.
Aisy merapati Raffy. Mukanya tidak ada senyuman. Hanya biasa-biasa saja, yang membuatkan hati Raffy tidak tenang.
“Bu-bunny..don’t misunderstand… mi-minah tu..”

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...