Bab 36

1.5K 40 0
                                    

Bab 36

“AISY! Bakal suami kau dah datang.” Aisy mengangkat wajah tatkala Ren mengatakan bahawa Raffy sudah sampai. Kepalanya di angkat dan kelihatan Raffy baru masuk sambil wajahnya penuh dengan senyuman bahagia. Aiseeh, senyum bahagia ye Raffy.. Aisy bingkas bangun dan mendekati Raffy.

“Morning, Raffy!” sapa Aisy sambil tersenyum.

“Morning, Babe!” balas Raffy sambil tangannya ingin memeluk Aisy, namun Zen cepat-cepat menghalang sebaliknya tubuhnya yang dipeluk oleh Raffy.

“The fuk!” carut Raffy kemudian menolak tubuh sasa Zen menjauh.

Aisy dan Zen terkekeh-kekeh gelak dengan muka masam Raffy.

Mei dan Ren menggeleng dari jauh.

“Gay!” kata Fatin yang melepasi mereka.

“Huh! Kau ni Zen..tak boleh ke aku nak sweet-sweet dengan kekasih aku? Kalau kau cemburu, kau buat la dengan Ren!” marah Raffy dengan muka masamnya.

Ren di belakang kabinet terus tersentak dan pipinya mula berona merah.

“Well, after halal..maybe aku buat.” Zen tersengih sambil menjeling manja pada Ren yang memerhatikannya. Gadis itu cepat saja melarikan wajahnya. Aww..dia blushing deeer.

“Tch! Aisy, jom breakfast..” Raffy menarik lengan Aisy.

Eh mamat ni. “Jangan la pegang lengan saya awak. Kita bukan ajnabi okey?” kata Aisy sambil menarik lengannya perlahan.

“Fine, what ever.” Raffy menjulingkan matanya kemudian berlalu duduk di kerusi kosong. Aisy mengikutinya dari belakang.

“Awak nak makan apa? Saya buatkan.”

“Huh, awak pandai masak ke?” soal Raffy sambil angkat kening.

Setahunya Aisy seorang yang pemalas dalam bab-bab dapur. Itu yang pernah diberitahu oleh Aisy la.

“Well, before this saya ada belajar masak sikit-sikit. Mentor saya, master. Hehe” Aisy angkat dua jari, ‘Peace’.

“Oh, really..well then, aku nak nasi goreng kampung! Dengan campuran ayam goreng sekali! Onegai(please)” pinta Raffy sambil mengenyitkan matanya.

Amboi! Demand! Aisy angguk kepala kemudian berlalu.

“Fat!” panggil Raffy sebaik sahaja kelibat Aisy hilang di balik dapur.

Fatin yang sibuk mengangkat cawan terus menoleh dan dia mengangkat kening pada Raffy.

“Betul ke, kekasih aku tu pandai masak?” soal Raffy masih tidak percaya.

Fatin tersenyum sinis. “You’ll see! Dia pandai ke tak, kau tunggu je.”

Kemudian gadis itu blah. Raffy mengerutkan dahi tidak faham. Aku tanya soalan, dia buat jawapan ‘berbunga’ pulak. Aik.. pelik betul kawan-kawan Aisy ni.

Well, maa-ikka(whatever) . Aku pun curious juga nak tahu air tangan Aisy ni. Sedap ke tak, aku tunggu je. Getus Raffy dalam hati.

Sementara menunggu Aisy, Raffy bermain dengan Iphone 7 dia. Jarinya laju menari-nari di skrin telifon itu. Apps Insta di buka.

Dia memang seorang kaki Insta. Tak banyak upload gambar sendiri, tapi dia banyak followers. Famous tak famous, jangan pelik. Satu gambar pun boleh menarik beberapa followers yang sememangnya dari perempuan.

April Love✅Where stories live. Discover now