Bab 18

1.7K 64 0
                                    


"SAYA nak teh-c pink saja. Thank you." Aisy menyerahkan semula buku menu kepada pelayan Jezzy Cafe. Aisy makan seorang diri tanpa bertemankan siapa-siapa. Dia mahu sendirian. Lagipun cafe ni bukannya jauh sangat dari cafe master dia. Dekat je. Jalan kaki pun tidak sampai sepuluh minit.

Aisy meliarkan matanya bebas memandang sekelilingnya cafe tersebut. Tidak ramai orang membuatkan Aisy berasa selesa. Memang tempat cafe ni jarang betul orang datang,  disebabkan harganya yang mahal. Hanya orang mampu saja datang ke sini. Gi-hii.

"Oh,  mampu juga kau datang sini ek.."tetiba suara sinis perempuan menegur Aisy. Aisy menoleh dan bibirnya terus mencebik.

"Kau lagi." Keluh Aisy sinis. Matanya berpaling dari memandang kakak tirinya itu.

Sudah lama dia tidak bersemuka dengan keluarganya. Keluarga? Entahla. Keluarga ke, seorang ayah membuang anaknya? I don't think so, desis Aisy.

"May I?" Tanpa menunggu jawapan gadis itu, Tasha selamba melabuhkan duduk depan Aisy.

Aisy tersenyum sinis. Perempuan tidak tahu malu.

"Kau apa khabar? Dah lama aku tak nampak muka kau. Waima berita pasal kau."tanya gadis itu sambil lama merenung Aisy.

Aisy pelik. Cara Tasha bercakap,  macam tidak ada nada sinis,  atau jahat ataupun seumpamanya. Pantas Aisy bersatu mata dengan kakak tirinya itu.

"Asal kau tanya? Bukan ke selama ni kau tidak kisah pasal aku? Eh,  don't tell me you're already care for me, Puteri Tasha. "Sarkastik Aisy bersuara dan muka Tasha ,keruh.

Tasha tunduk. "Aisy. Aku nak minta maaf."

Dan Aisy terkedu. Puteri Tasha minta maaf? Like seriously?

"Selama ni aku jahat kat kau. Aku selalu cari pasal dengan kau. Dan aku selalu jerat kau supaya abah marah kat kau. Lagi-lagi ibu aku." Sambung Tasha sambil mata redup memandang Aisy.

Sungguh,  dia sudah rasa kesal selama dia hidup dengan Aisy. Adik angkat yang selalu dipersalahkan atas sebab yang tidak musabab. Dia juga rasa bersalah kerana membuatkan gadis itu dibuang oleh abah mereka. Tasha sangat kesal.

"Ap-apa kau cakap ni Tasha? Kau berlakon ke apa? Kalau kau nak berlakon, maaflah. Aku tak hadap. Kau blah, sebelum aku sendiri yang blah." Marah Aisy tanpa mahu menerima apa yang dicakapkan gadis tu.

Dia takut, gadis itu hanya mempermainkannya. Selama dia hidup dengan gadis itu,  dia tidak pernah dengar Tasha meminta maaf.

"Please,  dengar dulu apa yang aku cakap ni.. Aku-" kata-kata Tasha terhenti sebaik sahaja pelayan datang meletakkan air minuman Aisy.

Aisy mengangguk dan pelayan itu beredar. Dia kemudian menyisip air teh-c nya perlahan. "Continue."

Tasha ukir senyuman kecil.

"Seriously aku jujur Aisy,  aku nak minta maaf. Aku khilaf. Aku kesal. Aku dah bertaubat."

Aisy pandang Tasha,  seperti membaca air muka gadis itu. Tasha hanya tersenyum hambar.

"It's okay,  kalau kau tak maafkan aku. At least aku dah mintak maaf awal-awal Aisy. Aku tak nak bila aku mati, bertemankan dosa yang aku pernah lakukan pada kau." Sebak suara Tasha di telinga Aisy.

Bebola mata Aisy tetiba bergerak. Kata-kata Tasha, menusuk ke tangkai hati. Jauh di sudut hatinya,  dia mula rasa sebak.  Cara Tasha bercakap macam ikhlas. Tapi jujur Aisy kata, dia masih was-was nak menerima kemaafan gadis itu.

"Kenapa kau nak minta maaf?"soal Aisy perlahan.

"Well,  sebelum terlambat aku just nak minta maaf. Plus we don't even know when we will die. That's why I need to say it,  before it's too late.. My little sister." Balas Tasha sebak.

Aisy terus angkat kepala. Matanya redup memandang Tasha yang tersenyum nipis padanya. Kelihatan mata gadis itu seperti ingin menangis. Langsung hati Aisy rasa lembut. Ingin sahaja dia memeluk gadis itu namun separuh jiwanya membentak. Hanya senyuman kecil sahaja diberikan.








"MAMA, abang Fy datang!!!"

Sabrina dan Rafiq terkejut mendengar jeritan Dania di luar. Tanpa berlengah, mereka terus keluar dari ruang makan. Dan tiba depan pintu rumah,  Dania sudah dipeluk erat oleh adik Rafiq. Terkekeh-kekeh budak itu digeletek oleh Raffy.

"Yo, Raf. Pehal kau datang mai?" Soal Rafiq terus sambil mendekati adiknya itu.

"Yo bro. Geez.. Is that how you greet your best-handsome-little brother after all we haven't seen each other?" Raffy buat muka.

Rafiq gelak dan diikuti Sabrina.

"Sentap pulak mamat ni. Meh la masuk. Dah lama kau tak datang kat sini. Busy kerja ke apa?" Rafiq melangkah ke ruang tamu. Begitu juga Raffy.

"Taklah. Busy jaga kambing kat villa tu!" Jawab Raffy, geram. Melihat wajah bengang abangnya,  terus dia gelak.

"Dayumm. Aku tanya betul-betul dia memain pulak.." Rafiq turut gelak. Isterinya Sabrina datang membawa dulang.

"Jemput minum Raf." Sabrina duduk sebelah Rafiq.

"Thanks akak."ucap Raffy sambil senyum nipis.

"So, apa cer kat villa? Ada berita baru?" Soal Rafiq bertanyakan pasal keluarganya. Sudah lama dia tidak mengunjungi mereka.

Bukan dia tidak mahu datang melawat keluarganya itu, tapi setiap kali dia datang pasti mamanya akan memaksanya agar menerima jawatan papanya. Rafiq tak nak. Dia sayang akan kerjanya sebagai doktor.

"Well, still the same. Cuma.." Ayat Raffy terhenti.

"Cuma apa?" Sambung Rafiq, ingin tahu.

"Nia,  masuk. Jangan main kat luar. Hari dah panas." Jerit Sabrina tetiba dan kedengaran Dania menyahut.

"Biasalah. Marriage arrangement things and perletakkan jawatan papa."

"Wait. So siapa ganti tempat papa? Kau?"

"Sebabkan kau bang,  aku yang kena. Yeah, aku dah dapat pun title papa tu." Ucap Raffy seraya senyum sinis.

Dia terpaksa.

"Sorrylah. But at least nanti hidup kau nanti senang. Pangkat CEO, derk." Rafiq tersengih. Dan Raffy mencebik.

"Not my thing la jadi CEO ni. Dah common sangat."bidas  Raffy kemudian menolak lidah ke pipi. Kaki  kiri, disilang atas kaki kanan.

"Just deal with it,  Raf. Dah rezeki kau dapat semua tu. Kalau akak,  memang nak sangat terima jawatan tu." Sampuk Sabrina sambil tersenyum.

"Jangan jadi macam dia ni.Tolak rezeki!"perli Sabrina sambil menjeling suaminya.

"Ala yang.. Elek la.. Kan elok aje abang sebagai doktor? Dapat rawat awak, Nia.. " balas Rafiq sambil  menggosok  telapak tangan Sabrina. Persis memujuk bini.

Raffy tersengih melihat perangai manja abangnya itu.

"Hmph! Yee la tu." Balas Sabrina acuh tak acuh. Malas dia nak bahasakan, sebab tak kisah pun. Janji hidup mereka bahagia.

"Bang, malam ni aku tidur kat sini ek. Malas aku nak hadap muka kawan aku tu. Kat villa pulak, aku dengar mama ada buat party. And aku assume bakal isteri tak jadi aku pun ada kat situ. Boleh ye?"

Rafiq pandang Sabrina sekejap. Kalau Raffy tidur sini,  macam mana dengan adik angkat mereka? Rasa-rasanya Aisy tak kisah kot,  kalau adiknya tidur sini.

"Boleh, boleh. Tapi.. " belum sempat Rafiq ingin mengatakan sesuatu pasal Aisy, gadis itu sudah terpacak depan ruang tamu dengan mata sepetnya yang membulat.

"Awak!" Jari gadis itu tepat menunjuk pada Raffy.

"Kau.. "Raffy terus berdiri.

April Love✅Where stories live. Discover now