Bab 40

1.7K 44 0
                                    


EKOR mata Aisy memerhatikan ku Rafna yang sedang menyiram bunga-bunga kesayangannya. Wajah wanita itu nampak gembira. Yosh! Aisy.. kau kena jalankan tugas kau sebagai menantu yang baik. Jangan biarkan diri kau jadi macam penakut! Come on, you can do it Aisy!

Dengan semangat yang dikumpul sejak tadi, Aisy melangkah mendekati ibu mertuanya.

“Morning mama. Ada apa-apa yang boleh Aisy bantu?” tegur Aisy sambil bibirnya tersenyum.

Ku Rafna terkejut dan mengalihkan pandangannya kepada Aisy.

“Morning.” balas ku Rafna pendek, kemudian kembali menyibukkan diri. Dia tidak tahu apa nak buat, bila berdepan satu mata dengan Aisy.

Aisy ketap bibir. Well, at least, mama balas kata-kata aku. Aisy senyum dalam kepahitan.

“Wah! Mama ada pelihara bunga orkid. Cantiknya..” ujar Aisy tetiba sekaligus menarik perhatian ku Rafna yang sudah menoleh ke arahnya yang sedang menyentuh bunga orkid.

“Tu hadiah dari papa. Masa anniversary kita orang yang ke lima.” ceritanya tanpa sedar.

Hoo.. sweet nya papa!” puji Aisy dan ku Rafna mengangguk, mengiyakan. Tanpa sedar dia mengukirkan senyuman pada Aisy.

Eh! Aku tersenyum ke? Aduh.. pandai budak ni trap aku! Desis ku Rafna dalam hati. Dia sudah tersedar akan layanannnya pada Aisy. Dan dilihatnya Aisy tersenyum lebar, menampakkan giginya yang tersusun rapi.

“Mama.. boleh Aisy cakap sikit?” Aisy mula berdiri sebelah ku Rafna.

“Kejap. Duduk kat sana dulu.” arah ku Rafna dan Aisy mengangguk, akur.

Aisy melabuhkan duduk atas kerusi yang tersedia. Dia memerhatikan ku Rafna yang menutup air pili. Sebaik sahaja semua kemas, wanita itu melangkah dan duduk di hadapannya. Glove di tangan di buka. Wajah ibu mertuanya tetap serius.

Okay, speak.”

Aisy tersenyum.

“Dah lima hari Aisy jadi menantu mama. Mama masih tak terima Aisy sebagai menantu ke?” soal Aisy tanpa berbunga.

Wow, straight to the point bini anak aku ni, omel ku Rafna dalam hati. Tapi dia memang suka kalau orang jenis ‘terus cakap’ tanpa ada ‘ayat berbunga’. 40% untuk budak ni.

“Kalau mama cakap mama masih tak terima Aisy, Aisy nak buat apa?” duga ku Rafna sambil senyum sinis. Dia cuba membaca reaksi menantunya itu.

Aisy cuma tersenyum nipis. “Aisy akan berusaha kuat lagi, untuk mama terima Aisy. Tak kira la berapa lama, I will still try for it.”

Hmph! Jawapan santai. 60%!

“Sejak bila Aisy berkawan dengan Raffy?,” soal ku Rafna tetiba.

“ 3 years ago.” jawab Aisy laju.

“Hn.” jeda. “Berkawan, lepas tu siapa yang mula dulu?”

“Maksud mama?” soal Aisy sambil angkat kening.

“Siapa yang confess siapa?”

“Aisy, mama.” Aisy kemudian senyum hambar.

Melihat senyuman itu buat ku Rafna diam seketika. Dia masih ingat lagi tiga tahun lalu. Raffy jadi murung setelah ditinggalkan oleh girlfriendnya yang disukainya sejak sekolah menengah. Sampai dua minggu juga anaknya itu berkurung dalam rumah. Tahu makan, tidur dan bermain game 24 jam. Masa tu juga ku Rafna hampir memaksa anaknya itu pergi ke hospital, takut anaknya itu ada penyakit kemurungan yang merbahaya.

April Love✅Where stories live. Discover now