Bab 22

1.7K 46 0
                                        

"KAU tu yang jual mahal Aisy. Kalau aku di tempat kau, aku terima je dia jadi suami aku. Aku cinta dia, dia pun cinta aku. So, settle kan? Why not kau terima cadangan aku ni. Kang, jangan pulak sampai kau melolong patah hati sebab dia dah dimiliki orang lain." Suara Fatin kedengaran sarkastik di hujung talian.

"Aku bukan apa Fat. Aku.. Belum ready." Kata Aisy sambil melepaskan keluhan berat.

"Eleh! Belum ready konon. Aku tau sebenarnya kau pun nak Raffy tu jadi suami kau. Kau tu je tak confident dalam diri kau " Tempelak  Fatin. Dia  kenal  Aisy. Seorang yang suka berfikiran negative dari positive.

Sejak sekolah menengah lagi perangai  Aisy tidak pandai berubah! Aisy, aisy!

"Huh, jadi kau nak aku kahwin dengan mamat tu la?"

"Yes! Mestilah and I know you'll be happy with him!" Kata Fatin, yakin. Dia yakin bahawa Raffy bakal membahagiakan sahabatnya itu.

"Hmm. Nanti la aku fikirkan lagi. " Kata Aisy seperti orang tidak bersemangat.

"Yee la. Bawak solat istikharah,  minta petunjuk Allah. Semoga Raffy tu memang jodoh buat kau." Kata Fatin, perlahan.

"Hm. Okey la Fat. Aku hang up dulu. Nak turun bawah, tekak haus. Kau pesan kat master, aku masih cuti ek.. "

"Roger!"

Sebaik sahaja suara Fatin menghilang, talian dimatikan. Begitu juga telifon bimbitnya di turn off. Buat masa ini dia tidak mahu orang menganggunya.

Hampir sebulan berlalu, setelah arwah abahnya meninggalkannya. Aisy pun sudah dapat menerima dengan redha pemergian abahnya.

Nasib baiklah dia ada Raffy, ibu dan keluarga abang Rafiq. Dia tidak sunyi dengan kehadiran mereka.

"Akak Aisy! Abang Fy panggil. Dia dekat buaian." Kata Dania sebaik sahaja Aisy menuruni anak tangga.

"Oh, thank you sayang.. " rambut Dania diusap perlahan. Dania tersenyum manja.

"Aisy!" Panggil Raffy sebaik sahaja kelibat Aisy keluar dari rumah. Tangan melambai gadis itu untuk duduk sebelahnya.

Aisy tersenyum nipis.

"What's up?" Soal Aisy sebaik sahaja duduk sebelah Raffy. Raffy tersenyum-senyum memandang Aisy.

Oh Raffy, stop smilling like that. Your vampire teeth dah nampak der! Aisy mengalihkan pandangan. Tidak sanggup bersambung mata dengan Raffy.

"How's your day today?," tanya Raffy.

Aisy tersenyum. Hampir setiap hari lelaki itu bertanyakan soalan yang sama. Dan hampir hari-hari juga Raffy selalu datang ke rumah Rafiq. Macam tidak ada kerja saja jejaka itu.

"Same ol same." Balas Aisy seraya sengih.

"Alhamdulillah, that's good." Raffy mengangguk.

"Awak tak masuk kerja?" Aisy kemudian pandang pakaian Raffy yang hanya berpakaian t-shirt bersama seluar jean lusuhnya. Simple tapi tetap segak!

"No-uh. Aku sober datang kerja hari-hari. Dah la tak seronok. Busy 24 hours pulak tu!" Adu Raffy sambil buat muka.

Sumpah! Aku penat menghadap bermacam-macam kertas bina bangunan tu. Fuh! Nasib la..

Aisy ketawa kecil. Wajah Raffy yang penat dipandang lembut. "Kesian awak ek.. Dah nama pun cari rezeki. Susah senang, awak kena hadapi."

"Awww... Didn't know you care for me, babe." Sakat Raffy sambil tersenyum nakal.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang