Bab 33

1.5K 50 0
                                        

RAFFY duduk sambil menolak lidahnya ke pipi. Matanya tunak memandang kedua orang ibu-bapanya yang memandangnya dengan pandangan tajam. Dan dia tahu apa sebabnya dan hari ini juga dia akan menyelesaikan masalah antara mereka semua termasuk si bengang dan ibunya.

Yare~yare~(my, my) siapa lagi kalau bukan Aida dan ku Amira. Mereka la  si bengang.

“Raffy, tolong jelaskan apa yang sudah berlaku. Bagitau kami dengan jujur. Apa kamu sudah menconteng arang kat muka papa dan mama?” ku Aliyuddin memulakan bicara. Isterinya di sebelah sudah memeluk tubuh sambil tajam memandang Raffy.

“Conteng arang?” ulang Raffy selamba.

“Ha’ah! Raffy dah buat Aida, mengandungkan anak yang haram.” ku Rafna mula bersuara.

Raffy senyum senget. Dah agak!

“So ma dan pa percaya kata-kata mereka tu?”

“It’s not about believe or not Raffy. Just tell me. Are you really..”

No, i have never.Saya berani bersumpah pa, yang saya tak buat semua tu. Kalau betul saya buat, sebab apa? Sebab memuaskan nafsu saya? No, I won't do that. Dah terang-terang saya tak suka minah tu, takde maknanya saya nak sentuh dia.” kata Raffy dengan muka seriusnya.

Ku Aliyuddin melepaskan keluhan lega. “I know you son. Sebab tu papa nak dengar dari mulut kamu sendiri.”

Raffy tersenyum.

Namun ku Rafna cepat memanaskan kembali keadaan yang pulih jadi tegang semula.

“Kamu jangan tipu Raffy. Habis tu, Aida mengandungkan anak siapa?” tempelak ku Rafna.

“Might be someone else, and definitely it’s not from me ma. As you know me, I’ve already have someone. Takkan saya nak curang ? Nak kahwin dengan dia pun saya tak sudi. Ini kan pulak nak sentuh dia..” wajah Raffy bengkek.

Kesian buah hati aku. Aku berjanji takkan sekali-kali curang dengan dia. Minda Raffy terbayang-bayangkan wajah merah Aisy.

“Dengar tu Na. Anak kita bukan macam tu okey? Lain kali, jangan percaya sangat dengan kata-kata sohabat 'baik' awak tu. Kang awak sendiri yang kena back stabbed..padan muka.” bebel ku Aliyuddin membuatkan ku Rafna terdiam.

“Dah dia tunjukkan gambar bayi kat saya. Nak buat macam mana..”

“Tu la awak. Percaya sangat!” tempelak si suami lagi.

Raffy mengalihkan muka. Dia ingin tergelak melihat wajah sayu mamanya yang di marah oleh papanya. Mama seperti budak kecil. Yala, kalau papa dah marah, mesti mama kecut. Walaupun Raffy akui yang mamanya lebih garang dari papanya.

“Disebabkan awak tuduh Raffy rosakkan anak si Mira tu..abang nak kahwinkan Raffy dengan pilihan hati dia.”

Raffy angkat muka.

Ku Rafna terkesima. Abang nak satukan Raffy dengan budak tu? No!

“Tak boleh bang! Saya dah--”

“Na diam. Abang akan guna kuasa veto abang sebagai suami mulai sekarang ni. Nak tak nak, Na kena ikut cakap abang. Abang kepala keluarga dalam keluarga ni, so.. Na jangan pandai-pandai nak ingkar.” suara ku Aliyuddin mula tegas.

Terdiam ku Rafna dengan arahan suaminya itu. Dia menahan rasa disebabkan dia tidak mahu ingkar dengan suaminya.

“Raffy, papa nak kamu sedia berkahwin awal bulan April ni. Pesan kat Aisy terus. Mulai sekarang kamu kena siap sedia apa yang patut. Faham?” arah ku Aliyuddin dan tanpa isterinya sedar, dia sempat mengenyitkan mata pada Raffy.

Raffy tersenyum lebar dan mengangguk. Thank’s a lot pa..







We’re getting married babe!
Tk sabar aku nak jadikan kau isteri aku. Sayang Aisy!xoxo

Aisy tergelak dengan message Raffy itu. Terlalu yakin sangat yang mereka bakal berkahwin. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi bulan April bakal tiba.

Mengingati hari itu Aisy terus rasa resah. Dia sendiri tidak yakin dengan keputusannya.

Dia tahu mama Raffy tidak merestui hubungan mereka. Tapi Raffy pulak, tidak kisah semua tu asalkan mereka bersatu. Tapi tidak pada Aisy. Dia takut perkahwinan mereka tidak akan diberkati.

Ya Allah.. bagilah aku kekuatan. Macam mana aku nak hadap semua ni.. Aisy mengeluh perlahan. Dia mula merebahkan kepalanya atas meja.

Master, Faid dan juga Mei keluar. Sementara Fatin, Ren dan Zen sibuk membersihkan halaman luar. Hari ini cafe mereka tutup. Masing-masing sibuk, kecuali Aisy yang sudah santai sebaik sahaja tugasnya membersihkan dalam cafe selesai.

Kring..kring.

Fatin masuk dan menghampiri Aisy yang menekup muka ke meja. Bahu gadis itu ditepuk perlahan sebelum Aisy mengangkat wajah dan memandangnya.

“Kau dah kenapa? Penat ke?” soal Fatin kemudian melabuhkan punggung depan Aisy.

“Aku tengah tension fikirkan boyfriend aku.” kata Aisy jujur.

Fatin tersenyum senget. “Tension pasal, kahwin ke?”

Soalan Fatin membuatkan Aisy tersenyum hambar.

Perlahan dia mengangguk.

“Kalau nak kahwin, kahwin je la Aisy. Buat apa lagi kau nak was-was dengan dia? Korangkan dah settle pasal hubungan korang ni?”

“Yea I know. Tapi macam mana dengan penerima mama dia? Yknow mama dia tak suka aku..” perlahan suara Aisy seakan-akan sedih.

“Aku tak nak weh, sebab dia kahwin dengan aku..hubungan dia dan mama dia rosak. Kalau aku dibagi pilihan, aku takkan kahwin dengan Raffy.” sambung gadis itu dengan muka sedih.

Fatin terus menggosok bahu Aisy perlahan. Cuba membagi semangat buat sahabatnya itu.

“Give it some time Aisy. Nanti-nanti mama dia tu terima juga kau jadi menantu dia.”

“Masalahnya, masa aku dah suntuk. Tinggal seminggu je lagi bulan April dah masuk.” Aisy mengeluh.

“Hm. Susah juga masalah kau ni. Susah sangat mengalahi solving maths!” seloroh Fatin membuatkan Aisy tergelak kecil.

“Apa la kau ni. Tak relevant langsung!”

“Langsung tak langsung, tapi kau gelak.” Fatin kemudian gelak. Dia rasa senang hati tatkala melihat Aisy tergelak. Dia paling tidak suka apabila Aisy kelihatan murung.

“Thanks Fat. Kau la sahabat aku till Jannah!” Aisy peluk Fatin tetiba.

“Yeaa. Same goes to you.. my friend till Jannah.” belakang tubuh Aisy ditepuk perlahan.

Kring..kring..

“Woah! Lesbo sedang berpeluk!” jerit Zen tetiba , sekaligus membuatkan pelukkan mereka terlerai.

“Kau cakap apa?” soal Fatin keras sambil matanya mencerlung tajam memandang Zen.

Zen tergelak sambil mengangkat kedua tangannya ke udara. “Sorry, aku gurau je.”

“Bergurau pun tak bertempat!” ujar Ren selamba tanpa memandang Zen. Dia masih malu sebab lamaran Zen tempoh hari.

Aisy dan Fatin tergelak. Wajah Zen bertukar sedih.

“Ren, kau pun marah aku? Betul apa aku gurau..”

“Shut up and continue your work. I'm your supervisor tau?” suara tegas Ren mula bergema.

“Yee la sayang. Aku ni kuli kau. Tapi takpe, bukan orang lain pun. Bakal isteri aku juga” usik Zen dan wajah Ren berubah merah seperti buah epal.

Gadis itu berlari pantas meninggalkan Zen yang sudah tersengih nakal. Aisy dan Mei masih dengan gelak mereka yang takde henti.

Cute couple as ever!

(Edited:06/04/25)

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang