Bab 44

1.6K 48 0
                                    

AISY membuka matanya tatkala telinganya menangkap bunyi ayam. Matanya masih terasa kelat dan berat. “Urgh..” Aisy menggeliat lembut.

Tangannya meraba-raba telefon di atas meja lampu. Sudah pukul empat pagi! Uish! Masih awal rupanya! Aduhaiii!! patut la aku masih liat nak bangun. Dia menggosok-gosok matanya.

Perlahan Aisy mengubah posisi badannya daripada melentang pada meniarap. Kemudian kepala di pusing ke kanan. Wajah tidur Raffy memenuhi ruang matanya. Aisy tersenyum nipis.

Dari kening Raffy yang elok dan kemas, matanya turun ke mata. Sumpah dia cakap, dia paling suka mata Raffy. Mata Raffy seperti ‘Oldcat’ atapun ‘sleepy eye’. kemudian jatuh ke hidung Raffy yang mancung. Dan akhirnya..

Aisy menelan air liur. Dia rasa malu apabila teringat kejadian tempoh hari. Ah! Jangan ingat Aisy. Ada baiknya kau bangun, dan pi solat tahajud! Yeap! Tu yang elok.

Dia bangun dan terus berlalu ke bilik mandi.

Tidak sampai lima belas minit, Aisy sudah siap mandi dan bersiap sedia mahu mengerjakan solat sunat.








“OI sleepyhead! Bangun!” suara Aisy naik satu oktaf. Tangannya sudah mencekak pinggangnya yang ramping.

“Ah.. morning bunny..c’mere..” Raffy meraih tangan Aisy sehingga ke sisinya.

“Fy, kan Aisy dah pesan. Tak baik tidur lepas solat subuh. Tak masuk rezeki tau?” bebel Aisy sambil menahan diri dari ditarik oleh Raffy untuk baring sebelahnya.

“I can’t help it sayang. Kepala Fy ni sakit sangat. Tak terdaya Fy nak bangun..” ucap lelaki itu dengan muka kesian.

“Sakit ke? Tu la.. main game sampai lewat malam. Kan tak cukup tidur? Ish.. apa la gamer ni. Aisy gamer tak pun sampai tidur lewat.” bebel Aisy sambil memintal-mintal bantal busuknya.

“Like you’re one to talk.” balas Raffy sambil menolak selimut dari tubuhnya. Dia duduk dari baring. Matanya masih terasa berat. Namun terpaksa juga dia bangun dan dia tidak mahu isterinya itu membebel lagi. Dia tahu Aisy kalau membebel sampai tak ke sudah.

Tapi..

five more minute..” Raffy kembali merebahkan tubuhnya. Sebelum Aisy  mula menarik tubuhnya agar bangun.

“Bangun la Fy! Kan Aisy cakap dah tak baik-”

Cuppp!

Aisy kaget. Terasa darahnya sudah naik ke pipi. Panas!

Raffy kembali baring. “Bebel lagi, I will give you another kisses.”

Ugh! Tak suka la dia ni! Aisy bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik.

“Hn. Bila malu, lari. Takpe la bunny. Lari la ke mana Aisy nak, Fy tetap akan kejar Aisy” Raffy tersenyum sebelum menutup kelopak matanya, menyambung tidurnya.








VROOM!vroom!

Bunyi deruman kereta, mengejutkan Tasha yang sedang tidur lena. Dia membuka kelopak matanya sebelum tertutup tatkala matanya menyapa sinaran matahari yang menebusi tingkapnya.

Dia bangun kemudian melangkah ke jendela. Dibuka perlahan dan bebola matanya terbeliak kerana melihat gerangan yang baru saja keluar dari kereta buruk tu. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang ingin merosaknya semalam.

“Macam mana ni.. apa patut aku buat ni.” Tasha berjalan ke hulur ke hilir. Dia mengangkat kepalanya tatkala satu idea keluar dari otaknya yang tidak berapa berfungsi pagi ni.

April Love✅Where stories live. Discover now