Bab 26

1.7K 47 0
                                    


“HI baby..seorang ke?”

Aida tersenyum sinis memandang seorang lelaki yang sedang cuba mengacaunya. Dah terang-terang dia duduk seorang, mesti la dia berseorangan. Cawan kaca panjang berisi air kencing syaitan itu di angkat. Lalu disisipnya perlahan.

“If I’m alone, why? You nak temankan I?” duga Aida sambil senyum menggoda.

Lelaki kacak itu tersenyum nakal. Dia duduk sebelah Aida dan memeluk bahu gadis itu. Aida tidak menepisnya.

“Well of course. Itu pun kalau you nak..” perlahan suaranya berbisik di tepi telinga Aida.

Aida gelak manja. Kepalanya yang terangguk-angguk mengikuti musik yang sedang dimainkan. Matanya kejap melirik ke arah sekumpulan remaja yang menari di tengah-tengah kelab.

Dia tersenyum sinis tatkala melihat ada pasangan yang bercumbu tanpa segan-silu. Memang tempat ini banyak pengunjung yang majoritinya dari perumuran remaja. Termasuk dirinya.

“May I know your name, baby?” suara lelaki itu kedengaran kuat tatkala musik terlebih nyaring dari suaranya.

“Aida.” Aida terus hulur tangan.

“Mirul..” tangan Aida disambut kemas Mirul. Dia tersenyum tatkala gadis itu mula melentokkan kepala atas bahunya. Dia yakin gadis itu sudah mabuk tidak sedar.

“Mirul! Abang kau panggil kat luar!” jerit seorang lelaki tidak jauh dari tempat Mirul.

Mirul mengerutkan dahinya. Dia mendengus sebelum berdiri.

“Eh, you nak ke mana?” soal Aida dengan suara mabuknya.

“Be right back..” Mirul mengucup pipi gadis itu sebelum meninggalkannya.

Aida tersenyum suka.

“Kau pehal? Tak dapat tengok aku senang ke?” soal Mirul kasar, sebaik sahaja dia keluar dari kelab.

Ziyad mendengus sambil mencekak pinggang. “Kau ni, bila nak berubah? Kalau babah tau kau masih lepak kat kelab ni, mahu mengamuk babah tu!”

“Kau ni bising lah! Suka hati aku la nak buat apa. My life! Not yours! Kau.. berhambuslah weh!” bentak Mirul dan dia ingin berlalu sebelum Ziyad menarik lenggannya.

Dia menoleh sekilas tanpa suara.

“Balik. Aku tau kau belum jumpa anak ibu. Dia pun nak sangat jumpa kau.” perlahan Ziyad memujuk adiknya itu agar pulang.

“Tengoklah, keadaan.” Mirul tersenyum sinis sebelum menepis tangan abangnya.

Sikit pun dia tidak hairan anak ibunya tirinya, ada dalam rumah tu. Dia benci wanita itu. Dan dia takkan bagi muka pada anak wanita tu. Wanita itu permusnah segala-galanya!






“AISY, meja nombor 4. hantarkan pesanan ni.” arah Ren sambil menghulurkan dulang pesanan customer.

“Roger!” sambut Aisy kemudian melangkah ke tempat meja nombor 4. seorang gadis membelangkanginya.

“Here your order’s miss..” Aisy meletakkan pesanan gadis tu kemudian dia mengangkat muka dan dia terkejut. “Tasha!”

Tasha tersenyum kelat. “Assalamualaikum, Aisy..”

Aisy menjawab salam Tasha dalam hati sambil menutup mulutnya. Terkejut dia melihat Tasha yang dulu kini sudah berubah. Penampilan gadis itu ditatap dengan pandangan yang sukar dipercayai. Tasha nampak lebih.. anggun!

April Love✅Where stories live. Discover now