Bab 3

2.8K 101 3
                                        

RAFFY memasang apron berlambangkan nama cafe iaitu 'D'lepak Cafe' di tengah-tengah apron tersebut. Sebaik sahaja dirinya kemas, barulah dia keluar dari staff room.

Tetiba langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat Aisy berjalan ke arahnya.

Keadaan tegang. Raffy berdeham sebelum tersenyum nipis buat Aisy.

"Morning, master.." ucap Raffy, perlahan.

Eh, master? Aisy mengangkat wajahnya. Senyuman Raffy tidak dibalas.

"Mo-morning." lambat-lambat Aisy menjawab sebelum menyambung langkahnya.

"Let's renew our relationship Aisy.." Kata Raffy sebaik sahaja Aisy melepasinya.

"Huh! As if!" kata Aisy mendatar, menolak pelawaan Raffy. Gila apa, nak terima dia lagi dalam hidup aku? huh!

Raffy ingin menuturkan kata lagi, namun namanya sudah diseru dari luar. Tanpa berlengah Raffy berjalan keluar.

"Raf, tolong sapu kat luar tu. Ada budak-budak buta suka campak bekas makanan kotor kat depan tu. Heh..menyusahkan orang saja budak-budak ni.." bebel Mei sambil menghulurkan penyapu.

Raffy tanpa membantah menyambut huluran tersebut.

Saat dia mahu keluar, dia hampir saja melanggar seorang gadis. Gadis itu nampak terkejut. Raffy kerut dahi.

"Sorry.." ucap Raffy kemudian menyambung langkah.

Gadis terpingga-pingga seketika.

"Ossu! Ren! Dah habis bercuti ke?" Aisy menepuk bahu Ren dan Ren tersentak.

"Aisy!" seru Ren sambil memegang kedua belah tangan Aisy.

"Kau ni dah kenapa?," soal Aisy, pelik. Dahinya juga sudah berkerut-kerut dengan gelagat Ren yang pelik.

"Tu.."Ren memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah ke luar.

Aisy turut menoleh ke arah yang ditunjuk Ren. "Kenapa?"

"Newcomer ke?"

"Ha'ah. Why?"

Ren tetiba melompat-lompat. Gaya teruja.

"Handsome weh!" puji Ren sambil tertoleh-toleh memandang ke luar.

"Ha-handsome?" ulang Aisy sambil merenung ke luar.

Raffy sedang sibuk menyapu kotoran di luar. Tanpa dia sedar dirinya sedang diperhatikan.

"Kau suka dia ke?" tanya Aisy mendatar.
Jauh sudut di hatinya, terasa perasaan aneh yang menjalar di ruang hati. Ya Allah, he's no one. Aisy mengetap rahangnya.

"Yee. Aku rasa.. aku dah jatuh cinta kat dia. Bukan setakat suka, tapi cinta!" ujar Ren teruja, tanpa terkesan dengan wajah Aisy yang berubah.

"Oh ya ke.." Aisy melepaskan tangan Ren perlahan. Dadanya terasa sesak.

"Nama dia siapa?" soal Ren lagi.

"Raffy.." jawab Aisy perlahan.

"R and R ye. Nampaknya dia bakal jodoh aku!" Ren kemudian berlalu dengan hati yang riang.

Manakala Aisy tunduk memandang lantai yang bercorak cantik namun kelihatan kosong di mata Aisy.

Dia bukan siapa-siapa lagi bagi kau Aisy. So stop feeling something tu. Bentak Aisy dalam hati.

"Aisy, tugas aku kat luar dah siap." suara Raffy kedengaran, pantas Aisy mengangkat muka.

Mata Aisy redup menatap wajah Raffy yang bersih.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang