Bab 17

1.7K 56 0
                                        

Aisy  P. O. V

LANGKAHKU makin perlahan mengikuti Raffy dari belakang. Tetiba pulak aku rasa berdebar yang amat. Jantung berdetak kuat. Perut aku pulak,  rasa macam ada kupu-kupu kat situ. Fuh..

"Awak.. "Hujung baju Raffy aku tarik dan dia menoleh ke belakang. Kami berhenti depan pintu Villa.

"Apa?"soalnya tanpa riak. Tubuhnya berpusing menghadapku.

Aku mendongak memandang Raffy yang tinggi. Dah la tinggi, handsome giler pulak tu. Apa pasal lah dia ni ralat sangat suka kat aku? Huh, kau pun bukan lawa sangat Aisy! Sedarlah sikit! Aku mendengus perlahan.

Tanpa aku sedar,  Raffy lama merenungku.

"Kau nak apa, Aisy?" Tanyanya perlahan. Mata lembap itu lama merenung mataku.

"Umm.. Kita ke sini,  sebab apa?"soalku tertanya-tanya.

Raffy ukir senyuman. Aku buat muka blur.

Perlahan dia mendekati wajahnya ke wajahku. Aku berundur sikit.

"Personal space please!" Marahku tapi dia tetap tersenyum.

"Then jangan banyak tanya,  just ikut je. Faham?" Suaranya kedengaran tegas.

"Fine!" Aku mengalah.

Banyak kali tanya pun, belum tentu dia nak bagitau. Baik aku diam saja dan tengok. Apa dia nak buat. Jangan buat benda tak baik, sudah!

Raffy membuka pintu yang tidak terkunci. Kemudian dia membuka kasut sneakersnya dan aku mengikuti melepaskan kasut sport aku yang sudah lasak. Jimat der.

Dia berjalan dan aku mengikutinya dari belakang. Aku mencengkam tali begku. Berdebar betul jantung aku.

"Raffy!" Seorang wanita muncul dari ruang tamu. Mula-mula dia senyum. Tapi sebaik sahaja matanya terpandang aku, dia kerut dahi.

"Siapa budak sekolah ni?"soal wanita  itu. Dia  pandang  aku  atas  bawah  dengan  pandangan  yang  kurang  menyenangkan.

The heck. Budak sekolah? Excuse me. I'm nineteenth year's old duh! Marahku dalam hati.

"Girlfriend saya, ma." Balas Raffy membuatkan aku terkejut giler. Dan paling mengejutkan aku lagi, wanita itu mama dia? Oh noo..

Apa agenda dia?

"What? Jangan main-main Raffy. Mama dah arranged perkahwinan Raffy dengan Aida.. "Suara mama Raffy kedengaran tegas. Namun Raffy macam tidak kisah je. Air muka pun selamba.

"Well,  kan saya dah cakap. Mama tak bagi saya pilihan. Saya terpaksalah ingkar kata-kata mama. Saya dah ada kekasih ma. Takkan saya nak kahwin dengan orang lain? Sedangkan cinta saya kat dia. " Raffy menarik tali beg ku agar rapat sikit dengannya.

Terpingga-pingga seketika. Tak tahu nak buat apa, aku hanya tunduk.

"Kamu jangan Raffy..."

"Please ma. Saya bukan macam abang. Yang kena ikut cakap mama selalu. Just let me be free, for once.. "Suara Raffy seakan-akan merayu. Hiba rasa ku seketika.

Mama Raffy mengeluh kasar. Matanya tajam menikam ke jantungku.

"Sebab perempuan ni,  mama yang kempunan bermenantukan Aida!" Pekik mama Raffy kuat.

Aku terdiam. Tak mampu untuk bersuara.

"Not her fault mama." Perlahan Raffy bersuara namun kedengaran tegas.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang