Bab 7

2K 61 0
                                        

TEXT ke tak ek? Aish.. kalau aku tak text, maknannya aku tak terima dia. Kalau aku tak terima dia, I might be regret later. Uwaaaa! Kusutnya! Apa aku nak buat ni?!”

Aisy bergolek ke kiri dan kanan di atas katil. Patung Rilakkuma sebesar badannya di peluk erat. Fikirannyakusut! Ya dia kusut memikirkan tentang permintaan Raffy beberapa jam lalu tadi.

Dia keliru. Nak terima ke tidak? padahal dia sebenarnya ingin bersama lelaki itu. Sementalah Raffy adalah lelaki yang pertama mengajar dia erti cinta sebenar.

Sungguh, sampai sekarang dia masih punya perasaan buat Raffy.

“Oh!” Tetiba Aisy bangkit dan duduk bersila.

Telefon bimbit tidak jauh darinya, di capai kemudian nombor seseorang ditekan.

“Assalamualaikum! Weh geng!” sapa Aisy setelah panggilannya di sambut

“Wa’alaikumussalam. Aisy! Ape mimpi kau call aku malam-malam ni?” suara di hujung talian gelak kecil.

Aisy mencebik bibirnya.

Tahulah dia si kawan sedang memerli.

“Takkan aku mimpi baru nak call kau, Fat?” perli Aisy, sedikit geram. Fatin di hujung talian gelak lagi.

Salah sikit, mesti Aisy sentap. Aiih.. hati tissue betul sahabat aku ni. Fatin dihujung talian menggeleng kepala.

“Sorrylah. Aku berlawak pun nak sentap. Ha, so apa cer? Ni mesti ada apa-apa kan?” soal Fatin sebaik sahaja sisa tawanya habis.

“Hmm..” jeda Aisy panjang. “Kau masih ingat tak.. crush aku?”

“Crush kau.. Yang mana satu ek?”

“Yang baru-baru ni.”

“Ah! Yang nama Rapi tu kan?” tebak Fatin.

“Raffy lah! Bukan Rapi, bukan sapi.” Aisy mendengus, bila Fatin seperti sengaja mengubah nama crushnya. Sakit pulak hati aku!

Fatin terkekeh-kekeh. Dia memang sengaja cari pasal dengan Aisy yang sememangnya sekejap rasa sentap. Lagi-lagi dengan crush poyo dia tu.

“Fine, fine. So, kenapa dengan dia?”

Aisy membaringkan tubuh. Mata memandang dinding yang berwarna putih.

“Dia dah depan mata aku beb.” tutur Aisy perlahan.

“What?! serius kau?” Fatin terkejut.

Tak sangka, tak duga. Apakah ini..

“Yeah, aku serius! Dan sekarang..”

Aisy mula menceritakan dari hari munculnya Raffy sehinggalah ke hari ini. Fatin terlopong kecil mendengar cerita panjang Aisy itu. Tidak sangka, orang yang disukai sahabatnya itu kini muncul di depan.

“Wait. Hold on Aisy!’ kata Fatin tetiba. Kepalanya ligat berfikir seketika.

“What?” Aisy kerut dahi.

“He said, he want you to be his girlfriend, yes?”

Yea and why?” soal Aisy pelik.

“Is that mean.. he loves you?”

Aisy tersentak. Soalan Fatin berulang-ulang macam radio rosak di telinganya. Is he loves me? Dia sayang aku ke? Aish! Puteri Aisy, kau sepatutnya tanya dia hari tu. Kenapa dia nak sangat aku jadi awek dia. Bengang lah! Aisy mendengus. Menyesal kerana lembap dalam berkomunikasi dengan lelaki.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang