Bab 25

1.7K 53 0
                                    

“What?Aisy dah pindah? Kat mana? dengan siapa dia tinggal?” soal Raffy bertalu-talu. Dia kemudian melabuhkan duduk sebelah Rafiq.

Keluhan kecil dilepaskan. Sampai hati Aisy, tak bagitau aku.

“Relax bro. Dia selamat je. Aisy tinggal dengan ibu dia.” jawab Rafiq sambil menahan gelak dengan gelagat kalut Raffy.

Jelas di matanya, Raffy sedang risau.

Raffy melepaskan keluhan panjang. “Kenapa dia tak inform kat aku? Aku kan boyfriend dia..”

Terus Rafiq gelak. Raffy pandang abangnya tajam.

“Asal kau gelak?” soal Raffy dengan muka bengkek.

“Since when..dia jadi awek kau?” kata Rafiq dengan sisa tawanya.

Setahunya, Aisy tidak pernah pun mention Raffy sebagai boyfriend gadis  tu. Habis-habis pun, Aisy kata Raffy sebagai kawan rapat. Tak lebih tak kurang. Perasan betul adik aku ni! Rafiq menggeleng.

“Bang, kau gelak aku tumbuk kau.” ugutnya serius. Dia geram dengan abangnya yang gelak seperti mengejeknya. Memang Aisy tidak mengatakan mereka ada hubungan istimewa. Tapi bagi dia, Aisy dia punya!

“Cool bro. Aku gelak je.. lawak der..” Rafiq angkat kedua tangan, menyerah.

Cukuplah sekali dia pernah merasa tumbukkan padat dari adiknya itu. Dia takkan mahu mengulanginya lagi.

“Huh!” Raffy angkat punggung kemudian melangkah keluar.

“Kau nak ke mana?” jerit Rafiq kuat tatkala adiknya berdiri di muka pintu.

“Jumpa Aisy!” jawab Raffy sebelum beredar.

“Apa yang pekik-pekik tu? Malu la bang, orang jiran dengar..” tegur Sabrina sambil melabuhkan duduk sebelah Rafiq.

Rafiq tersengih sambil memeluk pinggang isterinya, dekat dengannya.

“Raffy kalut cari awek dia.” ujar Rafiq dan Sabrina tergelak kecil.

“Seriously? Macam hilang bini saja!” sahut si isteri dan mereka serentak tergelak besar.









AISY keluar dari kereta Ziyad. Sebelum pintu di tutup, Ziyad memanggil namanya. Dia tunduk memandang abangnya itu.

“Balik siapa hantar? Nak abang ambik?”

Aisy menggeleng kemudian tersenyum. “Raffy kot, hantar adik.”

Mendengar nama Raffy, terus Ziyad berdecit. Dia hampir sahaja terlupa bahawa Raffy kawan ‘rapat’ dengan adiknya. Kalau bukan kerana Aisy kerap bercerita mengenai lelaki itu, sudah tentu dia akan melupakannya.

“Okey la. Hati-hati. Jaga pergaulan ek..” pesan Ziyad sebelum keretanya berdesup meninggalkan taman permaianan yang dikunjungi oleh orang ramai.

Tempat yang sesuai buat riadah berkelah ataupun tempat budak bermain.

Aisy memperbetulkan lipatan tudungnya yang ditiup angin. Kemudian dia meliarkan kepalanya mencari kelibat Raffy yang tidak kelihatan di mana-mana.

Kemudian dia melangkah mencari lelaki itu.

Penat mencari, dia pun duduk di kerusi yang tersedia di bawah pondok kecil. Jarinya laju menaip text buat Raffy dan mengatakan di mana dia berada. Biarlah dia cari aku, daripada aku cari dia. Penat! Desisnya dalam hati.

Roger, wait me babe! - 9:30 am

Aisy tersenyum membaca text whatsapp dari Raffy. Telifon bimbitnya di masukkan ke dalam beg. Kemudian di memandang ke depan, di mana ada dua orang budak kecil sedang berkejaran. Suara mereka bergelak sakan, mencuit hati Aisy.

April Love✅Where stories live. Discover now