Bab 60

2.3K 45 0
                                    

“UGH..” Raffy perlahan membuka kelopak matanya. Matanya meliar memandang ruangan yang asing baginya. Dinding buruk. Bau hanyir yang mula masuk ke rongga hidung. Ni bukan tempat biliknya. Dia cuba menggerakkan tangannya namun tidak dapat bergerak. Matanya turun memandang tubuhnya yang sudah terikat satu dengan tali ke kerusi.

Ya Allah! Raffy cuba mengingati kejadian sebelum dia pengsan.

Di mana ketika itu dia mahu pulang menuju ke keretanya. Belum sempat dia membuka pintu kereta, mulutnya sudah kena tutup menggunakan tuala yang sudah dibubuhi bau yang boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Dan lepas tu..

Raffy mula pening. Matanya kejap-kejap tertutup dek menahan pening di kepala yang mula terasa.

Tetiba pintu kayu dibuka dari luar. Raffy pantas mengangkat wajah dan matanya membulat.

“Ziyad!” seru Raffy, tidak percaya.

Ziyad merapati Raffy. Senyuman sinis terpamir di wajahnya yang sudah tidak terurus. Jambangan juga sudah lebat memenuhi mukanya.

“Hello my bro in law. ‘s been a long time since that day. dah puas bahagia dengan bakal isteri aku?”

“Siapa bakal isteri kau? Dia isteri aku la bodoh!” lantang Raffy bersuara sambil dia cuba menggerakkan tubuhnya untuk menghampiri Ziyad, supaya dapat ditendangnya.

Malangnya Ziyad terlebih dahulu mula langkah, menumbuk muka Raffy sehingga muka Raffy terteleng ke kiri. Darah pekat, keluar dari mulut Raffy.

“Kau tak layak pun jadi suami dia Raffy. Patutnya dari dulu lagi dia tu aku yang punya. Tapi kau! Hancurkan harapan aku sial!”

Sekali lagi muka Raffy ditumbuk beberapa kali. Raffy yang tidak tahan, pengsan dek peningnya yang makin parah.

“Huh? Pengsan? Hm! Lelaki macam ni jadi laki kau Aisy? Memang bodoh la kau! Ha ha ha!” Ziyad kemudian gelak seperti tidak sedar diri.


“IBU.. polis ada call tak?” soal Aisy risau akan kehilangan suaminya sejak semalam. Semua keluarga Raffy juga berada di rumah ibunya. Begitu juga dengan Zen,Faid, Fatin dan Ren ada kat situ. Mereka tersangatlah risau, selepas mendengar berita dari pengawal yang mengatakan Raffy diculik  sejak pagi tadi. Yang tinggal hanyalah kereta kunci Raffy yang jatuh bersama beg kerjanya di parkir kereta.

Ku Zera menggeleng perlahan. Wajahnya tidak seceria seperti sebelum ni.

Apatah lagi ku Rafna yang sudah menangis-menangis risaukan anak keduanya.

“Ma, in Sha Allah.. saya yakin, Fy baik-baik saja.” pujuk Rafiq di sebelah ku Rafna. Ku Aliyuddin juga cuba memujuk isterinya itu tapi ku Rafna tetap saja menangis sampai tak sudah.

“Kita berdoa je la agar dia selamat. Aku pun dah call orang-orang aku, cari Raffy.” datok Zhariff bersuara sambil memandang ku Aliyuddin.

“In Sha Allah. Terima kasih Rif.” ucap datok Aliyuddin lemah.

“Saya rasa saya tahu siapa culik Bro Fy.” tetiba Mirul muncul dari sebalik pintu utama. Semua orang terkejut dan memandangnya.

“Siapa?” soal Zen bagi pihak semua.

“Siapa lagi kalau bukan abang aku, Ziyad.”

“Ya Allah..” datok Zhariff sudah tunduk memandang lantai. Tergores hatinya jikalau apa yang dikatakan anaknya itu benar.

“Babah..” si kembar serentak memegang tangan datok Zhariff.

Semua orang diam sebelum Aisy ingin bergerak keluar.

April Love✅Where stories live. Discover now