Bab 10

2K 75 0
                                    



                                            AISY berdebar. Jam berwarna hitam-pink di tangan kanan di pandang sekilas. Baru pukul tujuh pagi. Semangat betul aku datang awal hari ni. Fuh.. nervous pulak dah hampir seminggu tak masuk kerja. Apalah reaksi master ek.. mesti minah Japan tu marah gila kat aku!
        Aisy menampar kedua pipinya tetiba. Memberi semangat pada dirinya agar tidak mengundurkan diri, dalam masa yang sama menyedarkan dirinya dari menahan ngantuknya yang mula hadir.
        “Aisyy!!!!” suara perempuan menjerit dari jauh membuatkan Aisy terus menoleh. Mei bersama Ren sedang berlari ingin mendekatinya.
        “H-Hi..ak-”
        Belum sempat Aisy menuturkan kata tubuhnya sudah dipeluk erat oleh kedua orang gadis itu. Terkedu Aisy di dalam pelukkan mereka.
        “Aisy, mana kau pergi dalam minggu ni? Kita orang risau gila kat kau tau, tak?” Ren mengetatkan pelukkannya.
        “Girls, kalau ye pun nak peluk.. jangan lah sampai aku rasa nak mati..” Aisy bersuara sekat-sekat, nafas sesak.
        Langsung Ren dan Mei melepaskan pelukkan sambil tergelak kecil.
        Aisy mengemaskan tudungnya.
        Seketika, dua orang gadis itu mengerutkan dahi. Mereka kemudian memandang Aisy lebih dekat.
        “Wha-what?” soal Aisy sambil mengundurkan diri.
        “Aisy pakai tudung weh?!” serentak dua gadis itu menjerit, terkejut.
        “Salah, ke?” soal Aisy sambil tersipu malu. Jari menggaru pipi.
        Tadi pagi, hampir sejam juga dia cuba memasang tudung ‘empat-segi’ ke kepalanya. Nasib baiklah ada Sabrina membantunya dan mengajar dia cara memakai tudung.
        Ren berkali-kali menggosok matanya.
        “Aku tak mimpikan?” Mei menkedip-kedipkan matanya.
        “No la. I think dah masanya kot, aku berubah. Right?” ujar Aisy seraya tersenyum nipis.
        Selama ni dia ‘free hair’. Jujur Aisy mengatakan yang dia makin hari makin segan apabila ada mata memandang dirinya yang tidak menutup ‘aurat. Sedangkan dia tahu dia seorang wanita islam yang wajib menutup ‘aurat.
        Mei dan Ren turut tersenyum.
        Mereka sebenarnya suka dengan penampilan Aisy yang menutup ‘aurat. Lagi cantik dari sebelum ni.
        “Much better, Aisy.” Ren memeluk bahu Aisy.
        “Kalau kau nak, aku boleh ajar kau cara pasang shawl lagi.” Mei sengih.
        Langsung Aisy menggeleng. “No beb. Pasang shawl, susah. Nanti berbelit kepala aku jadi mummy..”
        Terus Mei dan Ren terkekeh-kekeh gelak.
        “Melampau!” sahut Ren.
        Tetiba kedengaran siulan nakal dari jauh. Serentak tiga orang anak dara itu memandang ke arah suara nakal itu. Dan kelihatan Faid dan Zen berganding berjalan. Gaya macam model pun ada.
        “Ada awek baru masuk kerja weh!” suara nyaring Faid bergema.
        “Ha’ah. Cantik pulak tu!” sahut Zen sambil menahan gelak. “Kau rasa nak ke dia kat aku?”
        kaki mereka sudah berpijak di hadapan ketiga-tiga gadis.
        Aisy senyum senget. Dia tahu dua orang lelaki itu sedang mengusiknya.
        “Tak weh.” Faid menggeleng.
        “Asal, pulak?” Zen angkat kening.
        “Sebab antara kau dan aku, aku lagi hot. Which mean, dia mesti nakkan aku.” Faid mengedipkan mata pada Aisy.
        Aisy gelak kemudian diikuti dengan Ren dan Mei.
        Zen pulak mencebik. Perasan hot! Tak sedar diri dah berpunya. Ceh!
        “Nak tak, jadi awek aku.. young lady..” suara Faid begitu lembut di telinga Aisy. Dan lelaki itu sudah siap melutut sambil menghulurkan tangan. Lagak romeo.
        “Sorry weh! Budak hot macam kau.. aku tak nak! Awek kau Fatin mana kau nak letak?” tolak Aisy sambil menahan gelak.
        “Itu semua bisa diberesin sayang. Fatin tu, aku campak je ke dalam kotak.. lepas tu hantar kat korea. Biar dia berpakwe kan lelaki korea.” ujar Faid dengan suara romeo.
        Yang lain tergelak sebelum  terdiam melihat belakang Faid.
        Wajah garang seorang gadis sudah berdiri di belakangnya.
        “Nak campak aku kat mana By? Dalam kotak?”
        Faid membulatkan matanya sebelum menoleh. Wajah Fatin kelihatan memerah, menahan geram.
        “Uh, sayang. Ta-tak.. aku just kid- ..aduh!” Faid mengaduh sakit tatkala bahunya dipukul kuat oleh Fatin.
        “Feel it. Ni lah rasa sakit aku. Hang ambik!” Fatin memukul-mukul bahu boyfriendnya bertubi-tubi.
        “Sorrylah sayang..”
        “Sorry naik ferrari lah kau!”
        Aisy dan lain gelak melihat babak romantis Fatin dan Faid. Sehinggalah master datang, mereka diam.
        Dan perbuatan master juga sama seperti perbuatan Ren dan Mei tadi. Sampailah kemunculan Raffy, barulah reunion mereka bubar.









“TAK boleh ke tunggu waktu, break?” soalan Aisy dibiarkan berlalu. Sebaliknya dia duduk di sebelah gadis itu sambil memandang bangunan kecil cafe di depan. Dia perasan Aisy sedang memerhatinya dan dia terus menoleh ke arah gadis itu.
        Aisy memalingkan wajah. Pipi terasa membahang tatkala mata eagle itu merenungnya.
        “Saya tak nak jadi kawan atau bestfriend awak.” tutur Raffy tetiba tanpa mengalihkan pandangannya.
        “Huh?” tanya Aisy, tidak faham.
        “Apa maksud, awak?”
        “As I said I don’t want to be your friends neither bestfriend. What I want is I want you to be my girlfriend.”
        Aisy pandang Raffy semula. Wajah lelaki itu cuba dibaca. Namun sikitpun tiada maklumat. Dia betul-betul tidak faham.
        “Kan saya dah bagitau yang saya..”
        “awak tau ke perasaan saya, Aisy?” cantas Raffy membuatkan Aisy terkedu.
        Wajah Raffy kelihatan tegang.
        Suasana yang sunyi semakin tegang dalam keadaan mereka yang berdiam diri.
        “Mestilah saya tahu. Dari dulu lagi awak memang takde perasaan kat saya.” balas Aisy sambil mengalihkan pandangannya, sedikit malu dengan pertanyaan itu.
        Raffy tersenyum sinis.
        Perangai Aisy, masih sama macam dulu. Still tak berubah!
        “You still Aisy yang dulu. Suka sangat buat assumption sendiri tanpa mengetahui hal sebenar. Dan disebabkan itu juga.. awak..” Raffy mematikan ayatnya.
        Aisy menanti tanpa menyampuk.
        “Uh, malas lah saya bahas pasal lalu.”
        Eh? Langsung Aisy memandang Raffy yang sudah memandang ke depan. Lelaki itu menyandarkan tubuh ke kerusi sambil memasukkan tangan kiri ke poket seluar. Cool mamat ni! Puji Aisy dalam hati.
        “Anyway, awak nampak cantik pakai tudung.”puji Raffy ikhlas.
        Kyaaa! Aisy tunduk sambil menggaru pipinya yang terasa panas. Cantik ke aku pakai tudung ni?
        “Th-thanks.. saya biasa je.” ucap Aisy, menggelabah.
        Raffy gelak kecil. Kemudian memandang Aisy yang tunduk, tersipu malu.
        “Rendah diri pulak.. memang betullah awak cantik. Natural.” tokok Raffy, masih mahu membuatkan Aisy bertambah segan.
        Ternyata pipi gadis itu kelihatan merah seperti buah epal. Merah semacam.
        “Erk.. Okeylah! Jom masuk. Master kata bagi kita 30 minute je kan? We should get to work now.” Aisy berdiri. Baru beberapa langkah, namanya diseru Raffy.
        “I assume you accept my offer, Aisy.”
        Tubuh Aisy berpusing separuh. Mata pandanya merenung Raffy yang  selamba.
        “Did I say, yes? No right?
        “Well..” Raffy tersenyum sinis. “Told ya. Nak tak nak, you’ll be my girl. And y’know me don’t like being rejected. Remember?”
        Gah! Aku benci mamat ni. Dia dah tunjuk perangai sebenar dia. Aisy merengus kasar sebelum melangkah laju meninggalkan Raffy yang masih tersenyum sinis.
        “No matter what. You’ll be mine.” Raffy membuntuti Aisy masuk ke dalam cafe.














“DIA dah kena halau dari rumah. Dan sekarang dia tinggal kat rumah orang lain yang dia tidak kenal.”
        Lelaki itu meletakkan sekeping sampul surat atas meja, depan seorang wanita. Lalu wanita itu terus membuka sampul surat dan kelihatan sekeping gambar seorang wanita bersama seorang budak kecil dan di samping wanita itu seorang lelaki. Wanita itu mengukirkan senyuman.
        “Siapa mereka ni?” tanyanya sambil lama meneliti gambar tersebut.
        “Tengku Sabrina dan Tengku Rafiq. Dan budak kecil itu anak mereka bernama Dania.”
        Wanita itu mengangguk.
        “Well, saya nak kamu perhatikan dia selalu. Jangan buat apa-apa asalkan dia tidak di dalam keadaan bahaya.”
        Lelaki itu mengangguk.
        “Oh ya. Pasal dua orang perempuan tu, saya nak kamu bagi mereka pengajaran. Saya tak nak dia terseksa macam tu saja. Bagi dia orang pengajaran agar tidak menganggu dia lagi. Faham?” arah wanita perlahan namun kedengaran tegas.
        “Faham Tengku!”
        “Kamu boleh pergi..”
        Lelaki itu tunduk hormat sebelum beredar. Tinggallah wanita itu seorang diri di ruang bilik kerjanya.
        Dia bingkas bangun dan berlalu menuju ke arah meja kerja.
        Bingkai gambar seorang budak perempuan di pandang. Redup matanya memandang gambar yang tidak hidup itu.
        “It’s been a long time dear. Ibu minta maaf. Tiba masanya nanti, ibu akan dapatkan kamu semula. Ye, Puteri Aisy?” gambar tersebut, di usap perlahan sebelum terasa pipinya basah dek air yang tetiba mengalir.




....

April Love✅Where stories live. Discover now