“We’re here..” Raffy bersuara sebaik sahaja keretanya di parkir depan D’Lepak Cafe. Break ditekan sebelum dia menoleh kepada isterinya.....yang tidur.
Raffy tersenyum nipis melihat isterinya itu. Tidak sampai sejam dari rumah, isterinya itu sudah terlelap. Katanya tidak cukup tidur semalam, walhal isterinya itu tidur awal.
Kalau diikutkan hatinya, dia ingin menyuruh isterinya itu tidak payah berkerja, memandangkan cuti perkahwinan mereka masih panjang.
Tapi dia tahu isterinya itu takkan ikut kata-katanya.
“Aisy..” jarinya mencucuk pipi Aisy.
Namun,tiada respon dari gadis itu.
Raffy cuba lagi. Kali ni pipi Aisy dicubit perlahan. “Bunny, wake up. Kita dah sampai..”
Masih tiada sahutan.
Ayy.. isteri aku ni. Takpe, takpe. Bunny tak nak bangun ek..Raffy kemudian senyum ‘evil’. Dikepitnya hidung kecil isterinya itu sehingga memaksa isterinya itu membuka mata dan Aisy terus memegang hidungnya yang penyek.
Dia menoleh ke arah Raffy, tajam. “Apa Fy buat ni? Ish! Kacau orang mimpi indah saja!”
“Tu la siapa suruh tidur? Dah la tidur mati. Susah betul orang nak kejut.” balas Raffy sambil mencebik.
“Excuse me, pembetulan. Bukan tidur mati, tapi tak nak bangun sebab mimpi indah, okey?” laju Aisy menjawab, membidas telahan suaminya. Ee.. geram betul aku kat dia ni.
“Oh yea? Mimpi apa? Mimpi lelaki lain selain Fy ke?” sarkastik Raffy bersuara.
“Hmph! Of courseeee..nak tau siapa Aisy mimpi?” cabar Aisy sambil angkat kening.
Melihat Raffy yang sudah mendengus kasar itu, membuatkan Aisy hampir tergelak namun ditahan.
“Tell me who’s the men and I’ll punch him. Tell me Aisy..”
Buhahaha! Dia marah la. Aisy menahan gelak.
Aisy menyandarkan tubuhnya sambil buat gaya ‘sombong’. “Dia ni kacak tau. Lagi kacak dari Fy. Dia tinggi, lagi tinggi dari Fy. Well summarynya, dia sangat perfect la. Tak macam Fy.”
What? Raffy mengetap giginya. Terasa dirinya sedang dicabar secara terang-terang oleh isteri sendiri. Aisy…fuh, sabar Fy.
“Mana Aisy tau dia sangat perfect? Dia berak, Aisy pernah hidu ke bau dia?” sinis Raffy bersuara. Muka kerek habis!
“Ei, apa sebut pasal berak ni? Kotor la Fy ni..” Aisy menjeling Raffy.
“What ever. So tell me who is he.”
Omo. Muka Raffy betul-betul nampak tegang. Rahangnya suaminya bergerak-gerak, menandakan dia menahan marah. Aisy telan air liur. Kecut.
“Lee dong wook.”
“Eh?” Raffy kerut dahi. “Lee dong wook, pelakon korea bukan?”
Aisy mengangguk. Mukanya selamba habis.
Terus Raffy menepuk dahinya. Tahu lah dia bahawa dia sedang dipermainkan. Kemudian dia memandang Aisy dengan pandangan muka minta penampar.
“Apa? Aisy cakap yang betul apa.” kata Aisy berani. Padahal dalam hati dia sudah menggelabah melihat muka nakal suaminya itu.
“Saja nak memainkan Fy ek..” suara Raffy perlahan namun kedengaran menakutkan bagi Aisy.
Aisy mendekati tepi pintu. Dia ingin keluar, namun terlock oleh Raffy. Dia cuba buka lagi, tapi masih tidak dapat dibuka.

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...