Bab 43

1.5K 45 0
                                    

“ASSALAMUALAIKUM?” Tasha memberi salam di hujung talian.

“Wa’alaikumussalam, akak!” sahut Aisy ceria.

“Akak, dah lama tak jumpa. Akak sihat?” manja Aisy bertanya.

Kedengaran suara Tasha tergelak di hujung talian. Aisy tersenyum nipis.

“Akak sihat, alhamdulillah. Adik pulak macam mana? Okey tak dengan Raffy? Dia tak buli adik akak kan?” suara Tasha kedengaran risau.

Dia takut suami adiknya itu berubah setelah kahwin. Ye la. Muka macam mamat mafia. Garangnya pun boleh buat jantung kecut.

Aisy tergelak kecil. Dia menyandarkan tubuhnya belakang kaunter.

Raffy yang sedang mengelap meja tersenyum melihat isterinya itu sedang berbual dengan kakak tirinya.

“Adik sihat. Dan dia..tak la. Okey je..akak jangan risau lah..” ujar Aisy sambil mata sempat bertembung dengan renungan Raffy. Dia berpaling tatkala lelaki itu mengenyitkan matanya. Segan woo.

“Bagus la. Kalau dia apa-apakan adik, jangan segan-segan bagitau akak ek.. akak akan cincang dia hidup-hidup, kalau dia buat jahat kat adik akak.” seloroh Tasha dan Aisy tergelak lagi.

“He won’t la akak. Jangan risau. Sesungguhnya, Raffy sayang adik tau.” suara Aisy perlahan di hujung ayat. Dia malu kalau Raffy mendengar. Sementalah lelaki itu makin dekat menghampirinya.

“Senang akak dengar. Mudahan hubungan korang sampai ke Jannah..” ujar Tasha, ikhlas.

“Aminn..thank you akak..” Aisy tersenyum nipis.

Terasa pinggangnya dipeluk mesra dari belakang, membuatkan tubuhnya kaku sebentar, sebelum dia menoleh ke belakang. Kening dikerut.

“Fy, malu la orang tengok." ujar Aisy sebaik sahaja telifon bimbit dijauhkan, agar kakaknya tidak mendengar.

Raffy mencebik kemudian melepaskan pinggang isterinya itu. Dia duduk atas kerusi kaunter. Tangan menopang sambil memandang Aisy.

Fuh.. faham pun. Aisy kembali mendekatkan telifon ke telinga. “Hello akak?”

“Ye?”

“Adik hang up dulu. Pelanggan dah makin ramai.”

“Okay, ada masa nanti akak pergi sana ek..”

Talian di matikan sebaik sahaja perbualannya habis. Dia kemudian memandang Raffy yang merenungnya. Kening di angkat.

“Apa?” soal Aisy dengan mata tajamnya.

Raffy menolak lidah ke pipi. Tangan Aisy diraih supaya dekat dengannya.

“Fy bosan.” kata Raffy, manja.

“Dah bosan..kenapa tak balik rumah? Balik rumah Fy boleh main game. Tak pun lepak dengan kawan Fy..”

“Aisy, macam mana Fy nak balik rumah kalau isteri Fy kat sini? Tak best la..” Raffy mengeluh.

Eee, gediknya dia! desis Aisy sambil menggeleng.

“Jangan mengada boleh tak? Macam la Aisy ni tak balik rumah langsung.” jawab Aisy selamba membuatkan Raffy mendengus kasar.

“Aisy ni tak faham langsung dengan Fy kan?”

Dia dah mula dah.

“Apa yang Aisy tak faham?” soal Aisy sambil buat muka dan tangan sudah naik mencekak pinggang.

“Please Aisy, Don’t make that face.” suara Raffy mendatar.

“Ha?” Aisy kerut dahi. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan Raffy.

April Love✅Where stories live. Discover now