Bab 57

1.8K 47 0
                                        

“FY, please. Just bagi je tugas tu kat PA Fy. Beberapa hari lagi, Aisy dah nak beranak tau? Who know’s maybe besok ke..lusa ke..” Aisy merayu agar suaminya tidak pergi outstation dalam beberapa hari ni. Tapi malangnya, Raffy tidak dapat menolak tender tu. Katanya tender tu adalah impian papa mertuanya. Sejak dulu lagi mereka nakkan tender tu. Jadi, mahu tak mahu.. suaminya terpaksa juga pergi.

Aisy sangat sedih tika tu.

Raffy memandang redup wajah isterinya. Kedua tangannya sudah mencengkam lembut bahu Aisy.

“Bunny..please. Fy janji akan buat kerjanya as soon as possible. No worry. Fy cuma tengok je tempat tu. Pastu, Fy balik cepat. Just for one day okay?” pujuk Raffy yang sememangnya rasa bersalah mahu meninggalkan isterinya di rumah seorang diri.

Sejak beberapa bulan lalu, mereka telah pun berpindah rumah sendiri yang dihadiahkan oleh datok Zhariff sempena hadiah perkahwinan mereka.

Walaupun sudah berbulan tinggal di rumah baru, Raffy masih memerlukan beberapa orang gaji untuk menjaga isterinya yang sudah hampir hari. Hanya beberapa hari lagi, isterinya bakal bersalin.

“Fine. Lepas tu balik cepat ye?” kata Aisy manja. Air mata ditahan dari mengalir.

Raffy angguk sekali sebelum tubuh Aisy dipeluk erat.

“In Sha Allah bunny. I’ll try my best. So in return, Aisy kena jaga diri bebaik ek? Jangan buat kerja. Biar orang gaji kita je berkerja. Faham?”

“Faham.” jawab Aisy sambil mengangguk.

Bunyi hon dari luar menyentakkan mereka. Raffy mendengus sebelum memandang jam tangan dan dia terkedu saat waktunya sudah terbabas. Langsung dia melepaskan pelukkan sebelum mencium dahi dan pipi Aisy berkali-kali.

“I love you bunny. Fy akan balik as soon as possible. Please be safe and wait me..okay?” ucap Raffy sambil kakinya berundur ke belakang perlahan.

Aisy mengangguk dan tangan melambai ke arah Raffy. Kelihatan wajah suaminya itu keruh. Namun Aisy buat muka senyum agar suaminya itu juga turut senyum.

Senyum, paksa.

Sebaik sahaja kereta pemandu Raffy menghilang di perkarangan rumah, Aisy terus menutup pintu rumah sebelum tubuhnya perlahan duduk atas lantai.

Air matanya mengalir lebat. Esakkan kecil juga mula kedengaran.

“Ak-aku tak sanggup tengok dia pergi..” tuturnya bersama esakkan.

Tatkala itu, muncul pembantunya Hawa.

Hawa terkejut dan merapati Aisy. Dia tunduk sambil memegang bahu Aisy. Risau hatinya melihat puannya menangis.

“Puan.. kenapa ni? Puan rasa sakit ke? Nak saya panggil driver hantar puan ke hospital?” soal Hawa lembut dan Aisy makin kuat menangis.

Hawa terkedu. Jarinya laju menggaru rambut keritingnya.

Apa patut aku buat ni?

“Call Puan Ku. Mungkin dia dapat reda kan tangisan puan Aisy.” satu suara kedengaran dan Hawa menoleh memandang Lara yang sudah berdiri tepi anak tangga.

“Betul juga kata kau. Kejap ye puan..” Hawa terus bingkas bangun dan melangkah ke ruang tamu ingin menelefon ibu Aisy.

Lara mendekati Aisy. Jatuh rasa kasihannya melihat Aisy yang menangis. Macam budak-budak.

“Puan, meh la masuk dalam bilik. Puan belum rehatkan? Saya yakin.. Tuan Raffy akan balik awal besok. Jangan risau ye?” pujuk Lara seperti seorang kakak. Tangannya sudah menepuk lembut bahu Aisy yang terhinjut menangis.

“Saya takut..ka-kalau dia ta-tak balik kak Lara.. saya..”

“Shusssh. Kita doakan je keselamatan dia ek.. dah dah. Tak baik ibu mengandung menangis. Nanti baby kat perut tu, rasa sedih sama macam ibu dia.” potong Lara lalu memeluk tubuh kecil Aisy.

“Saya rindu dia kak Lara..”

“Saya tau. Kita berdoa untuk dia ye..”







“AKU nak balik weh. Kau tolong gantikan tugas aku.” Raffy pandang muka Qawi. Rakan sekerja yang dipercayainya seratus-peratus.

Qawi mengerutkan dahi sebelum tersenyum penuh makna. Dia tahu sebab apa lelaki itu ingin pulang awal. Padahal baru beberapa jam mereka berada dalam hotel. Tak sampai lima jam, lelaki tu dah macam cacing kepanasan.

“Fine. Kau pergi la. Aku boleh handle semua ni.” lambat-lambat Qawi membalas sebelum muka Raffy kembali ceria.

“Betul ni?” soal Raffy tidak percaya.

“Betul la. Takkan aku memain pulak. Pergi la. Aku pun ada isteri juga. I know how you feel boss..” ujar Qawi sambil tersenyum.

Raffy tersenyum sebelum memeluk Qawi. Qawi menjerit sebelum mereka berdua gelak.

“Thanks man. Nanti aku up kan gaji kau ek..” Raffy mula mengemas barangnya semula.

“Ha’ah. Kau memang patut pun.” Qawi gelak kecil.

“Wi, aku tinggalkan driver aku ngan kau ek.. biar kau berteman. Tak la kau awkward dengan Shae balik nanti..”

“That’s better. Thanks!”

“No hal.”











PADA malam itu, Aisy terkejut apabila bunyi guruh berdentum kuat di luar rumah. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar dan kakinya laju berjalan menuju ke bilik yang ditiduri ibu dan babahnya.

“Ibu!” Aisy ketuk pintu kuat.

“Kenapa ni Aisy?” soal ku Zera sebaik saja pintu dikuak dan kelihatan wajah pucat Aisy.

“Aisy takut ibu!” rengek Aisy sambil memeluk tubuh ibunya. Datok Zhariff yang berdiri di belakang tersenyum melihat tingkah anak tirinya itu.

“Why not malam ni biar sayang tidur ngan Aisy? Kesian dia..” ujar datok Zhariff membuatkan Aisy memandangnya.

“Betul babah? Babah tak kisah ke?” soal Aisy perlahan.

Rasa bersalah pulak, desis Aisy dalam  hati.

“It’s okay. Sekali ni je.” jawab datok Zhariff sebelum gelak kecil.

Ku Zera tersenyum. “Okay ibu tidur ngan Aisy malam ni. Sorry ye bang..”

“Takpe..” sahut datok Zhariff sebelum menghantar kelibat mereka hingga masuk ke bilik.

“Aisy, phone Aisy berdering tu..”

“Ha’ah la.” Aisy mendekati meja dan menyambar telefon bimbitnya yang sudah banyak kali kena call oleh panggilan yang Aisy tidak kenal.

“Hello? Ye saya isteri dia..”

Satu saat..

Dua saat..

“Ya Allah!” telifon bimbit Aisy jatuh ke lantai.

Ku Zera terkejut melihat Aisy yang sudah memegang perutnya. Lalu dia merapati Aisy.

“Kenapa ni Aisy? Dah rasa lain ke?” soal ku Zera cemas.

Wajah berkerut-kerut Aisy kelihatan. Peluhnya juga sudah timbul di dahi.

“Fy ibu..Fy..urgh!” tak sempat teruskan bicara, perutnya sudah terasa sakit. “Aisy dah nak bersalin ibu!”

“Ya Allah.. abang! Aisy dah nak bersalin!!” jerit ku Zera sambil memapah Aisy keluar bilik.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang