Bab 21

1.7K 49 0
                                        

AIR hujan jatuh perlahan membasahi bumi. Semua orang yang berada di situ, terus mengangkat punggung dan meminta diri untuk pulang. Tapi tidak gadis itu. Sikit pun dia tidak terganggu walaupun hujan sudah pun membasahi baju kurungnya. Mata lama merenung batu nisan yang baru itu.

"Aisy, jom balik. Hujan dah nak lebat ni." Bahu Aisy disentuh perlahan. Namun gadis itu tidak memberi sebarang respon.

"Biar saya pujuk dia, auntie." Kata Raffy sambil membuka payung. Payung tersebut di angkat atas kepala Aisy.

Ku Zera mengangguk dan beredar. Dia akan menanti anaknya dalam kereta.

"Aisy, jom balik. Nanti Aisy demam macam mana? Aku la yang paling susah nanti." Seloroh Raffy kemudian gelak kecil.

Namun, Aisy masih diam tidak berkutik. Air matanya sudah kering. Hanya tinggal bekas kesan bengkak saja di mata Aisy.

Raffy mengeluh perlahan. Tanpa berkata apa-apa, tangan gadis itu digenggam kemudian ditarik tubuh itu supaya berdiri.

Aisy yang berada dalam dunianya sendiri, langsung terkejut. Dia menoleh kepada Raffy.

"Apa kau nak?! Aku nak duduk sini. Kau blah boleh tak!" Tempelak Aisy kemudian menepis tangan Raffy, kasar.

Raffy tersentak dengan perbuatan Aisy. Lebih kasar daripada biasa. Dengan kesabaran yang ada, Raffy tetap menarik Aisy mengikutnya. Aisy yang meronta tidak dipedulikan.

"Lepaslah! Saya tak nak tinggalkan abah... Tolonglah Raffy.."Aisy menangis lagi.

Langkah Raffy terhenti. Tangan yang mengenggam, terus dilepaskan. Kemudian dia tatap Aisy dengan pandangan yang geram.

"Fine! Kau pergi lah duduk kat sana sampai hantu makan kau. Jangan menangis sudah!" Marah Raffy kemudian dia berlalu meninggalkan Aisy yang sudah kembali duduk di atas tanah.

Sikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Raffy yang berbaur ugutan itu.

"Eh, tak dapat pujuk ke?" Tanya ku Zera apabila Raffy berjalan seorang diri.

"Dia tak nak. Saya give up!" Getus Raffy kemudian berjalan menuju ke keretanya.

Ku Zera hanya memandang kelibat Raffy sehingga hilang di bawa kereta. Dia kemudian tersenyum hambar dengan tingkah lelaki itu. Dia tahu apa hubungan jejaka itu dengan anaknya.

Young blood, must be hard to control.. Monolog ku Zera dalam hati.




"RAFFY, ke mana saja kamu tadi?" Tanya ku Rafna sebaik sahaja kelibat Raffy muncul di ruang tamu sambil melabuhkan duduk di sofa. Ku Rafna mendekati Raffy. Di tubuh anaknya itu lengkap dengan pakaian cara melayu.

Raffy membuka songkoknya lalu diletak tepi. "Abah Aisy, meninggal."

"Huh, bapak budak kecik tu?" Soalnya terkejut. Macam mana boleh meninggal? Desisnya dalam hati.

"Ma, she's my girlfriend. Don't call her budak kecik." Suara Raffy perlahan namun tegas.

Whatever. Ku Rafna jongket bahu.

Di matanya, Aisy sama saja seperti budak kecil.

"Saya naik atas dulu ma. Penat." Ujar Raffy kemudian berdiri. Baru sahaja beberapa langkah, namanya diseru lagi. Dia menoleh tanpa bersuara.

"Papa pesan besok kerja. Jangan mengular setiap hari."

"Yee lah." Balas Raffy acuh tak acuh.

Sebaik sahaja tiba di bilik, Raffy merebahkan tubuhnya kasar ke atas tilam empuknya. Tangan kiri naik ke dahi. Fikirannya melayang memikirkan Aisy.

Mesti Aisy masih sedih kan? Hilang abah yang disayangi walaupun abah dia tu pernah sakiti dia. Hai.. Raf, Raf. Patutnya kau berada di sampingnya. Ini tak. Kau blah macam tu saja!

Raffy memusingkan tubuhnya ke kanan. Dadanya terasa sempit dek kerana Aisy.

Ah! Aku patut bawak dia balik! Kesian dia sorang-sorang kat tanah kubur.

Raffy bingkas berdiri kemudian membuka baju cara melayunya dan dicampak ke bakul. Almari di buka kemudian baju t-shirt hitam dikeluarkan bersama seluar jean lusuh.

Tidak lama kemudian, dia siap berkemas.

Tunggu aku, Aisy... Raffy keluar dari bilik dan bergegas turun ke bawah.





"Amin, amin..Ya Rabbal 'alamin.. "Aisy menghapus kedua tangannya ke muka. Seketika dia termenung sambil memandang sejadah.

Dia masih tidak dapat menerima pemergian abahnya, tapi dia akan cuba sedaya-upaya agar menerima segala dugaan ini.

Aisy tahu. Dia sepatutnya tidak boleh meratapi permergian abahnya kerana terlalu sayang akan lelaki itu. Tapi sebaliknya dia kena jadi kuat dan menerima dengan hati yang redha.

Abah pergi sebab Allah sayang abah. Aku patut redha dengan pemergian Abah. You can do it, Aisy!

Aisy ukir senyuman kecil. Walaupun hatinya masih bersedih, dia janji akan jadi kuat lepas ni.

Semasa Aisy melipat sejadahnya, kedengaran deruman kereta memasuki perkarangan rumah. Aisy terpaku sebentar sebelum dia kembali menyibukkan dirinya.

Pintunya kena ketuk dari luar.

Laju kaki Aisy membuka kunci dan pintu dikuak dari dalam. Sesaat matanya membulat. Wajah Raffy terpampang di ruang mata.

"Alhamdulillah.. Kat sini rupanya Aisy." Raffy melepaskan keluhan lega.

Aisy kerut dahi. Wajah Raffy yang kelihatan basah dipandang lama. "Awak dari mana?"

Awak? Alhamdulillah, dia dah normal Raffy tersenyum lega.

"Aku cari kau tadi kat tanah perkuburan. Tapi kau takde, so aku bergegas ke sini sebab nak pastikan, kau kat sini." Jawab Raffy sambil lama merenung gadis tu.

Aisy tersentak. Dia kemudian mengetap giginya, menahan rasa.

"Maafkan saya. Sebab saya.. Awak.."

"I don't mind Aisy. For you, I'll do anything." Potong Raffy dengan senyuman.

(Edited: 31/03/25)

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang