Bab 4

2.5K 84 0
                                    



                                            “AISY!” Aisy menoleh sebaik sahaja namanya di seru. Kelihatan Raffy sedang melangkah menghampirinya. Seketika, Aisy terpaku dengan kekacakkan Raffy yang makin terserlah di matanya. Aduhai Raffy. Kau ni, kenapalah kau kacak sangat? Sampaikan aku yang benci kau pun, dah jadi ter-suka semula Aisy menolog dalam hati.
        “Dah seminggu kau tak masuk kerja. Kau buat apa dalam seminggu tu ek?” tanya Raffy tetiba. Wajah gadis itu juga ditatap lama. Sungguh, dalam waktu Aisy tidak ada, ada perasaan rindu hadir dalam dirinya. Inikah dinamakan sebagai, orang angau bercinta? Raffy tidak pasti.
        “Aku kerja lain.” Jawab Aisy acuh tak acuh.
        “Oh,” Raffy tersenyum kelat.
        “Aisy, aku nak tanya sesuatu ni.”
        Aisy angkat muka pandang Raffy. Wajah Raffy kelihatan serius. “Apa dia?”
        “Betul ke kau ada cerita tentang kita kat kawan kau?” Raffy renung Aisy.
        Aisy alih pandangan. Malu siot!
        “Ha’ah.” Tch! Dia orang ni. Aku kan dah kata jangan bagitau orang, termasuk crush aku ni! Huh, tidak boleh di harap tiga ekor tu.. gerutu Aisy mengenangkan rakan kerjanya.
        Raffy senyum kelat lagi. Tanpa bersuara dia memegang kedua belah bahu Aisy dan Aisy terkejut.
        “Kenapa tidak bagitau hal sebenar?”
        “Perlu ke?” Aisy angkat kening.
        “Of course. Aku yang bersalah dalam hal ni.” kata Raffy, perlahan.
        Aisy tersenyum sinis sambil menepis tangan Raffy kasar.
        “Sorry bro. Aku kan dah kata, kita bukan siapa-siapa lagi. Sejarah antara kita pun sudah tiada. Which mean aku dah lupakan. Kau faham?” suara Aisy kedengaran dingin.
        Terkedu Raffy seketika.
        Kalau dulu, sekalipun dia tidak pernah menerima sikap dingin Aisy. Aisy yang dia kenal bukan begini. Tapi Aisy yang dia kenal seorang yang suka ‘clingy person’ dan sangat lembut orangnya.
        “You’re really hate me, Aisy..” Raffy meraup rambutnya yang panjang. Sudah tiada daya lagi dia mahu berbicara lembut pada Aisy yang sudah jelas bersikap degil.
        “Tau takpe!” balas Aisy dengan senyuman sinis. Padan muka. Siapa suruh kau memainkan aku? Kan dah kena!
        “Well! It’s okay. As I said before..” Raffy diam seketika sebelum mendekati diri dekat Aisy.
        “Eh! Kau nak buat apa ni..” tanya Aisy mula menggelabah. Wajah nakal Raffy sangat menakutkan dirinya.
        Dahlah keadaan sunyi. Berduaan pulak tu! Aisy cuba menjauhkan diri namun tiada tempat lain lagi dia nak lari.
        Raffy tersenyum nakal. Baru acah sikit dah menggelabah. Raffy tahan gelak.
        “I’m your shadow. Ke mana kau pergi pun, aku akan tetap bersama kau. Please keep it, in your smart brain, dear..” bisik Raffy perlahan ke telinga Aisy sehinggakan membuatkan gadis itu meremang bulu.
        Aisy langsung menjauhkan diri. “Pervert!”
        Raffy terkekeh-kekeh gelak.
        Sudah lama dia tidak di katakan ‘pervert’ oleh Aisy semenjak mereka putus kawan. I really miss the way she treat me like before.. Raffy lama merenung Aisy.
        “Aisy..jadi girlfriend aku, nak?” soal Raffy tetiba.
        “Huh?” Aisy tercengang. Aku salah dengar ke? Pantas Aisy menggosok telinganya.
        Raffy tersenyum. Tangan kiri di masukkan ke dalam poket seluar. “I said, jadi girlfriend aku.”
        Langsung Aisy terkaku. Jadi girlfriend Raffy? Aku mimpi ke apa ni? Kalau tak, why so drastic? Ah! Jangan percaya dia Aisy. Dia tu cuma nak memainkan kau je! Aisy menggeleng.
        “Aisy?” seru Raffy pelik dengan perbuatan Aisy yang tetiba.
        “Apa?” suara Aisy garang. Terkejut Raffy seketika.
        “Kau cakap apa tadi?” soal Aisy dengan suaranya kembali perlahan.
        “Jadi awek aku.”
        “Aku tak nak.”
        “Ayy, why?” tanya Raffy tidak puas hati.
        “I don’t like you.”
        “But you love me.”
        Aisy merengus. “I’m not, anymore.”
        “Yes, you still. Don’t deny it Puteri Aisy!”
        Tanpa mereka sedar, Zen dan Mei baru muncul. Mereka tercengang melihat dua ekor merpati sejoli sedang bertekak di depan cafe master yang belum di buka.
        “Masha-Allah. Mereka bertekak depan cafe. Dah takde kerja lain ke mereka ni?” Mei menggeleng kepala sambil tersenyum.
        Zen tersengih. “Biarlah. Dia orang kan dah seminggu tak jumpa. Tu yang melepas rindu masing-masing.”
        “Setuju. Tapi takde la melepas rindu macam tu Zen.” Mei gelak diikuti Zen.
        “Shut up Raffy! I really hate you..” Aisy tidak mahu mengalah. Begitu juga dengan Raffy yang sememangnya jenis pantang di lawan kata-katanya.
        “Kecik besar, kecik besar saja aku tengok kau ni.” ujar Raffy, geram. Matanya beradu satu dengan mata tajam Aisy.
        Aisy mula mencekak pinggang. “Oh is that so?
        Raffy ketap bibir, menahan geram. Ini kah sifat sebenar Aisy? Bukan kah dia dulu seorang yang pemalu? Ke itu semua cuma olok-olok je?
        “Weh,weh.. dah, dah. Master dah nak sampai ni. Nanti ada yang kena halau dari sini sebelum sempat korang masuk.” sampuk Zen meleraikan pergaduhan dua ekor merpati.
        “Shut up!” serentak Aisy dan Raffy bersuara.
        Zen terkedu. Wajah dua orang manusia itu garang sehinggakan membuatnya terdiam.
        Mei menahan gelak. Lawak siot muka kau Zen!! ke ke..










April Love✅Where stories live. Discover now