Bab 27

1.6K 47 0
                                        

JARI rancak menari di papan drawing keyboard. Kaca mata yang hampir terlucut ke bawah terus di naikkan dengan jari telunjuk. Aisy leka sangat melukis sampai tidak sedar ada bungi chat whatsapp masuk.

Sebaik sahaja kedengaran telifon tersebut melalak lagu ost Naruto-Bluebird, terus terjatuh pen yang dipegang Aisy. Terkejut.

Kus semangat! Aisy mengurut dada kemudian membuka kaca mata sambil sebelah tangan mencapai telifon bimbit.

Nama Raffy tertera di kaca telifon bimbit, membuat panggilan. Terus Aisy tersenyum dan jari menekan button hijau.

“Assalamualaikum.” suara Raffy dihujung talian kedengaran romantis!

“Wa’alaikumussalam. Awak, kenapa call saya?” soal Aisy terus.

“Kenapa, tak boleh ke aku call awek aku?” soal Raffy kembali, bernada memerli.

Aisy senyum. “Tak la. Tapi jarang kot awak call saya waktu-waktu tengah hari ni. Awak ada masalah ke apa?”

Soalan Aisy membuatkan Raffy tersenyum kelat. Tanpa bagitau pun, aweknya itu sudah dapat meneka. That’s my girlfriend!

“Uh-huh. Hari ni tak berapa bagus.”

“Yee? Kenapa?”

Aisy duduk di katil. Dia mengalihkan telifonnya di sebelah kanan.

“Awak, kongsi la dengan saya. I’m a good listener y’know..” kata Aisy lagi setelah lelaki itu lama senyap.

“Aida, bakal isteri aku yang tak jadi tu. Datang lagi serbu pejabat aku. Aku tak tahan lagi dengan perangai minah tu! Seriously, she’s ruin my day!” kedengaran Raffy mengeluh kasar di hujung talian.

Aisy diam, mendengar aduan Raffy. Dia turut rasa bersimpati dengan keadaan Raffy.

“Awak boleh saya tanya sesuatu?” perlahan, Aisy menyoal. Berhati-hati agar Raffy tidak menempelaknya nanti.

“Sure,dear. What is it?” lembut suara Raffy membalas. Kembang kempis hidung Aisy.

“Kenapa awak tak terima dia je? Dia kan lebih cantik dari saya?”

Raffy mengeluh perlahan. “I don’t need all that Aisy. What I want is, someone yang terima aku seadanya. Bukan kerana rupa atau harta. Yes aku admit yang dia lebih cantik dari kau, tapi kau kena tahu bahawa aku cuma nakkan kau dalam hidup aku ni”

Talian mati.

“Huh?” Aisy kerut dahi. Dia memandang telifon bimbitnya.

“Dia hang up macam tu saja? Menyampah! Kalau marah tak payah lah jawab pun soalan aku tu! Ugh!” bebel Aisy sambil melemparkan telifon bimbitnya tepi katil.

Dia bangun dan keluar dari bilik. Mahu membuat nescafe yang jarang di minumnya sejak dia kena halau dari rumah arwah abah.

Teringat arwah abah, terus Aisy membacakan al-fatihah buat abahnya dalam hati. Perasaan rindu masih ada dalam dirinya pada arwah abahnya itu. Setiap sujudnya sentiasa doa dititipkan untuk arwah. Begitu juga setiap kali dia teringat akan si arwah.

“Siapa kau?” tegur seorang lelaki dari belakang.

Aisy yang mengacau air nescafe terus menoleh. Seorang jejaka tinggi di muka pintu dapur merenungnya.

Ni mesti, Mirul. Adik Ziyad nombor dua desis Aisy dalam hati.

“Saya Aisy. Awak Mirul kan?” Aisy tersenyum. Namun lelaki itu cuma senyum sinis.

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang