AISY meneguk air liur, sebaik sahaja kakinya menjejak ke dalam rumah yang besar kepunyaan suami ibunya itu. Mata meliar memandang semua perabot-perabot dalam rumah. Semuanya nampak mahal!Kalau aku jual kat tauke kedai, confirm duit masyuk kan? Oh no, Aisy. What were you thinking. Kau nak mati jual perabot bakal bapak tiri kau? Please lah! Aisy menggaru tudungnya yang tidak gatal.
"Aisy, meh sini. Buat apa tercongok kat situ? Jangan malu-malu. Tempat ni rumah Aisy juga." Ku Zera mendekati Aisy. Kemudian tangan mencapai tangan Aisy.
Sejuk. Nervous betul budak ni, desis ku Zera seraya tersenyum.
"Ibu, Aisy segan la." Kata Aisy meluahkan apa yang terpendam dalam dirinya sejak tadi.
Walhal tadi bukan main dia bersemangat mahu berjumpa dengan anak-anak tiri ibunya. Lagi-lagi dia nak jumpa dengan si kembar.
Langsung ku Zera tergelak. Tercuit hatinya dengan tingkah Aisy.
"It's okay. You have me. Okay? Brave your self."
Aisy mengikuti ibunya sampai ke satu tempat.
Woaaaah!!! Mulut Aisy melopong kecil. Matanya terbuka luas melihat ruang tamu yang punya bermacam-macam permainan. Eh, tempat ruang tamu ke apa ni?
"Ni ruang tamu anak tiri ibu yang kembar. Tempat dia orang bermain. Babah mereka sediakan bilik tamu ni hanya untuk mereka bermain. Ye la. Mereka walaupun budak, tapi kalau bab-bab bermain, lasak!" cerita ku Zera sambil tergelak.
Aisy turut gelak. Lasak? Ayy..
“Come. Ibu tunjukkan bilik Aisy. Beg tu letak dulu, biar pembantu bawakkan. Mak Siti! Oh Mak Siti..” jerit ku Zera dan keluar seorang wanita gemuk dari dapur mendekati mereka.
Aisy tersenyum tatkala mata bersambung dengan wanita itu.
“Ya Puan.. ada apa?” tanya Mak Siti. Matanya memandang seorang gadis di sebelah ku Zera, lalu dia tersenyum.
“Ni la anak saya yang saya cerita kat mak Siti malam tu..”
“Oh, Aisy ye. Aisy, jangan segan-segan dengan mak Siti ye. Anggap je mak Siti ni macam ibu kandung kamu juga..” ramah mak Siti bersuara membuatkan Aisy tersenyum tersipu malu.
“Terima kasih mak Siti.” balas Aisy tersengih.
“Mak Siti, tolong bawakkan beg Aisy karang kat bilik dia ye.” arah ku Zera dan Mak Siti mengangguk.
“Jom”
Aisy mengikuti ibunya naik ke anak tangga. Tidak jauh dari anak tangga mereka sampai ke satu bilik. Ku Zera mengeluarkan kunci, lalu dia membuka pintu yang berwarna hijau itu.
Pintu dikuak luas.
“Welcome Aisy, your new room. Ibu dan babah yang decorate semua perhiasan bilik ni..sesuaikan?”
Aisy perlahan berjalan masuk ke dalam bilik itu. Matanya membulat. Mulutnya hampir terlopong kecil dek terkejut, teruja melihat bilik yang luas dan punya decoration yang unik.
Kalau dibandingkan dengan bilik tidurnya sebelum ini, tidaklah sebesar yang macam sekarang. Perabot-perabotnya semua nampak mahal. Datok weh!
Aisy mengangguk. Air mata tetiba mengalir tanpa dipinta..
“Thanks. Ibu..Aisy suka bilik ni. Aisy suka sangat..” Aisy terus memeluk ibunya. Dia menangis dipelukkan ibunya.
“Alaa.. dear, janganlah menangis. Ibu buat semua ni hanya untuk Aisy. Please, jangan nangis sayang..” pujuk ku Zera sambil menggosok belakang tubuh Aisy lembut.
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...