Bab 35

1.5K 47 0
                                        




BEBERAPA tahun lalu..

“AISY!” jerit Fatin sambil mata mencari kelibat Aisy.

Rakan kelas Aisy terdiam seketika dan memandang Fatin. Kemudian mereka kembali bising, sibukkan diri masing-masing.

Aisy mengangkat wajah tatkala namanya dipanggil. Dilihatnya Fatin melambaikan tangan memanggilnya.

“Kau la ke sini!” arah Aisy selamba.

Fatin buat muka malas. Orang panggil dia, dia panggil kita. Huh! Nak tak nak, kaki Fatin melangkah juga ke arah Aisy.

“Pehal?” soal Aisy sambil mendongak pandang Fatin. Sekilas dia memandang kawan kelasnya yang bising buat kerja masing-masing. Sementalah cikgu sukan tidak hadir hari ni dan mereka di arahkan buat kerja masing-masing.

“Semalam kau okey tak? Masa aku nak balik, aku sempat dengar suara nyaring abah kau. Dia marah kat kau ke?” soal Fatin, risau.

Aisy tersenyum nipis. Tudungnya yang ke depan, ditarik ke depan lagi.

“Tak la. Kau salah dengar tu.” kata Aisy menafikan. Padahal abah marah kepadanya disebabkan mengoyak buku maths kakak tirinya. Sampai naik tangan abahnya itu marah.

“Tipu..habis ni apa? Bukan ke sebab abah kau pukul kau?” jari Fatin tepat menunjuk ke arah tepi dahi Aisy yang berplaster.

Aisy terkedu. Aduhai nampak pulak.

“Sikit je..dah la. Kau balik ke kelas kau semula. Nanti cikgu kau datang..” halau Aisy tidak mahu lagi sahabatnya itu bertanya lebih.

Dia sudah malas mahu berbicara tentang keluarganya.

Fatin buat muka tidak puas hati.

Walaupun Aisy sering menapukkan kisah keluarganya, tapi Fatin tau. Aisy sangat menderita tentang keluarganya. Sampaikan Fatin sanggup stalker Aisy yang sering dipukul oleh mak tiri gadis tu. Apa yang Fatin dapat buat, hanyalah menyaksikan sahabatnya menangis.

Bila datang ke sekolah, Aisy pulak tidak mahu menceritakan. Aisy bukan jenis suka bercerita mengenai dirinya mahupun keluarganya.

“Okey la. Kalau ada apa-apa nak cerita, kasi tau aku ek.. aku sentiasa ada untuk kau.” bahu Aisy ditepuk perlahan sebelum dia beredar meninggalkan kelas Aisy.

Aisy hanya memandang sahabatnya sehingga hilang.

Kemudian dia menopang dagu sambil memandang keluar jendela. Sekumpulan pelajar lelaki pangkat seniornya sedang bermain bola di tengah padang. Tetiba matanya terpandang seorang lelaki tinggi yang memakai cap hitam di kepala.

“Huh, dah terang-terang rule sekolah kata tak boleh pakai cap, dia pakai juga. Ingat sekolah ni bapak dia punya?..” bebel Aisy sendiri sebelum matanya beralih memandang kawannya yang makin bising.

“Dib, aku nak pergi tandas kejap.”

Adibah, ketua kelas memandangnya kemudian mengangguk.

Aisy melangkah keluar dari kelas dan berjalan menuju ke tandas yang tidak jauh dari kelasnya.

Baru nak masuk ke dalam, satu tangan menghalangnya dari masuk. Kepala di angkat dan matanya melihat seorang pelajar perempuan yang tersengih memandangnya.

“Hai Cik Cinderella. Dah lama aku tak jumpa kau.” kata gadis tu dengan muka sinis. Kedua tangannya sudah bersilang ke dada.

Aisy mengeluh dan membuat muka malasnya. “Kau nak apa, Lily?”

April Love✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang