"HUARGHHH..ngantoknya.." Aisy menggosok matanya yang sudah berair dek menahan ngantok yang bermaharajalela sejak tadi. Nak dikatakan tidur lewat semalam, tidak juga. Tapi itulah, Aisy kalau pepagi buta mesti kerap menguap. Sampaikan orang panggil dia 'Sleepy kid'.
"Aisy! Master panggil kau." jerit Mei dari jauh.
Mei seorang perkerja yang lebih lama dari Aisy. Merangkap kawan baru Aisy, sejak dia mula berkerka di situ.
Aisy yang hampir terlelap di meja makan terus membuka matanya dengan luas. Sekilas dia memandang Mei yang sibuk melayan pelanggan yang awal datang."Puteri Aisy!!" tetiba suara wanita yang digelar Master itu lantang menyeru namannya.
Semua orang terkejut, termasuk Aisy yang masih tidak mahu bergerak bangun dari kerusi.
"Apa lagi master ni nak.. Aku nak rehat pun tak senang" rungut Aisy perlahan, sebelum melangkah malas menuju ke bilik pejabat master mereka yang bernama Riko.
Pintu diketuk sebelum suara dalam mengarahkan masuk.
"Haii, nani ga mondaidesu ka? (ada masalah ke)" tanya Aisy sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan masternya yang berkerut-kerut memandang sekeping kertas.Wajah wanita itu kelihatan bengang tahap pelik.
"Look. Who drew this anime?" soal master dengan mata yang teruja. Macam first time je tengok lukisan orang.
Aisy mendekati master memandang kertas berlakaran muka seorang perempuan. Kemudian dia tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"I'm the one yang lukis anime tu" sengih, Aisy.
"What?! seriously, Aisy?" wajah master terkejut, seperti tidak percaya.
Berkali-kali dia memandang lukisan tersebut. Terkejut bukan kepalang disebabkan lukisan itu sangat menarik. Kagum pun ada.Tak sangka gadis pemalas itu pandai melukis juga rupanya.
"Haii. Dua rius!" jawab Aisy, malas.
Dah aku cakap betul, takkan memain pulak? Desis hati kecil Aisy. Dia kemudian menyandarkan tubuhnya yang sudah terasa enak dek sofa yang lembut. Tidur pun sodap ni.
"So selama ni betullah you pandai melukis manga?" tanya master lagi.
Aisy cuma mengangguk perlahan. Kedua belah matanya, separa buka. Rasa makin berat dohh.
"Oh..not bad. You memang ada bakat Aisy.." puji Master ikhlas dan Aisy tersenyum nipis.
"I know." Aisy berkata, bangga.
"Why not you buat manga, then publish kat media?" ujar Master, teruja.
Namun tidak ada respon dari Aisy.
"Nani! Tidur pulak sleepy kid ni!" Master menggeleng kepala perlahan sebelum tersenyum dengan gelagat selamba si Aisy.
Aisy seorang gadis yang hardworking sebenarnya. Namun walaupun begitu, tetap sahaja ada keburukkan pada gadis itu. Tapi dia tidak kisah.
Aisy lah seorang perkerja yang disayangi daripada perkerjanya yang lama dari Aisy.
"Tidur lah Puteri Aisy.." perlahan, Master membetulkan posisi tidur Aisy.tak serupa macam perempuan! tidur pun gaya macam orang nak bersilat..
"RAFFY, dah fikir masak-masak ke? Kerja kat sana tu apalah sangat. Sekadar hantar minuman, layan pelanggan yang dok lepak tanpa henti. Mana besar gajinya tu Raffy." tutur Ku Rafna seraya memandang anak keduanya, Raffy.
Sejak seminggu lepas sudah dia membebel disebabkan Raffy cuba apply tempat kerja yang tidak besar gajinya sedangkan mereka orang kaya. Apa kelas kerja di tempat kecil macam tu? Huh, takde taste langsung anak aku ni. Ku Rafna rasa geram dek kedegilan Raffy yang mati-mati nakkan kerja kat situ jugak.
Raffy melepaskan keluhan kecil sebelum memandang ke arah mamanya.
"Yee, saya tak kisah lah ma. Lagipun just for 6 month je. Lepas tu saya fikir lah nak cari kerja yang lagi tinggi gaji dia dari kerja kat situ. Okay, ma?" pujuk Raffy lembut, berharap mamanya membenarkannya dia berkerja di situ.
Bukan dia nak melawan atau tidak mengikut cakap mamanya, tapi ini saja perkerjaan yang bagi dia senang dan tidak menyusahkan buat sementara waktu.
Ku Rafna mengeluh sebelum mengangguk perlahan. Kalau itu yang Raffy nak, dia akan menurut. Asalkan lepas ni Raffy akan ikut cakapnya.
"Janji sampai 6 bulan je?"
Raffy mengangguk. "Yee, In sha Allah.."
"Tu kan, tak pasti.." Ku Rafna mengerutkan dahi.
Raffy tergelak kecil melihat wajah tidak puas hati mamanya itu.
"Betul apa? kita merancang, Allah yang menentukan ma.." hujah Raffy perlahan.
"Yelaa.." Ku Rafna, menyerah kalah.
Anaknya itu memang pandai menjawab. Sampaikan dia boleh kalah setiap kali anaknya itu pandai membidas. Keturunan suami dia juga.
"Okay lah ma. Saya pergi dulu. Ada interview.." tangan mamanya dicapai dan dicium. Kemudian dia melangkah keluar.
"Take care Raffy!"
"Yee ma!"

ANDA SEDANG MEMBACA
April Love✅
SonstigesPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya di dalam facebook. Suatu hari Aisy berputus asa disebabkan lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun juga mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka...