“UWAA..” Aisy mengeluh panjang. Matanya melirik ke dinding jam yang menunjukkan tepat pukul sebelas malam. Sebelas malam?! waa..dahsyatnya. Mana taknya. Majlis kena buat sekaligus. Tidak ada rehat, melainkan mengerjakan solat berjemaah masa nikah.
Tapi alhamdulillah. Majlis nikah mereka berjalan dengan lancar. Dengan hanya sekali lafaz, dia pun telah disahkan menjadi isteri Raffy. Diikuti dengan majlis persandingan,bergambar dan melayan jamuan di hotel lima bintang. Semuanya meletihkan dan sekarang tubuhnya merengek untuk direhatkan. Penat!
Aisy merebahkan tubuhnya ke atas katil selepas mandi. Dia tersenyum tatkala merasakan tubuhnya sudah tenggelam dalam keempukkan tilam itu.
Aisy mengguling-gulingkan tubuhnya ke kiri, ke kanan. Seketika dia kaku sebentar. Otaknya ligat berfikir.
Malam ni, aku bukan tidur seorang. Aku kan dah kahwin? So..maknannya aku akan tidur dengan Raffy? “Kyaaa!”
Aisy menjerit dalam bantal busuknya. Kemudian tetiba kepalanya rasa berdenyut. Ah, migraine aku datang. Lantas Aisy menutup kelopak matanya, dan tanpa sedar dia tertidur dengan berteman kan kepalanya yang sakit.
PINTU diketuk sebelum daun pintu dikuak. Raffy memasukkan sikit kepalanya menjenguk kelibat Aisy. Namun kelibat isterinya itu tidak kelihatan. Dia melangkah masuk dan menutup pintu perlahan. Dia menoleh ke kanan.
Matanya jatuh pada sekujur tubuh yang sedang tidur lena.
Perlahan-lahan Raffy melangkah menghampiri katil itu. Ditundukkan tubuhnya rapat dengan wajah gadis yang masih lena itu. Jarinya menyelak anak rambut yang jatuh menutup muka gadis itu. Aisy.. serunya dalam hati sambil tersenyum.
Wajah gadis itu diteliti lagi. Wajah Aisy nampak comel bila dia tidur. Macam baby. Perlahan, Raffy mengucup dahi gadis itu sebelum kaki panjangnya melangkah masuk ke bilik air.
Selama dua puluh minit berlalu, Raffy siap mandi. Dia melangkah keluar sambil menggosok rambutnya dengan tuala untuk mengeringkannya. Seluar pendek paras lutut dan sehalai baju t-shirt disarungkan ke tubuhnya. Dia melangkah ke pintu dan menguncinya. Dia kemudian melangkah ke katil. Dilabuhkan punggungnya ke katil dan tangannya mengurut-urut kakinya yang sengal. Confirm, kakinya penat!
Hari yang memenatkan, patut la Aisy aku ni k.o. sedap betul dia tersadai atas katil ni. Dia mengerling Aisy yang masih nyenyak tu.
Aisy, kan ke malam ni malam hari perkahwinan kita? Patutnya kita.. aih Raf! Jangan nak gelojoh sangat. Kang, belum sampai 24 jam, status kau dah bertukar duda. Tak nak aku!
Raffy menggeleng sambil merebahkan tubuhnya ke katil. Dia mengiringkan tubuhnya memandang Aisy. Dia cuba melelapkan matanya. Namun beberapa saat berlalu, Raffy mula gelisah. Dengan kakinya yang terasa penat. Dia pun bangun dan duduk sambil mengunjurkan kakinya. Kakinya diketuk-ketuk untuk menghilangkan penatnya.
Henyakkan perlahan itu mengusik lena tidur Aisy.Otaknya mula berjaga walaupun matanya masih berat untuk dibuka. Pergerakkan katil itu memaksa Aisy supaya membuka matanya.
Saat Aisy membuka mata.. “Woi! Kau siapa?tolong!!”
Raffy tersentak dengan jeritan itu, terus dicekupnya mulut Aisy dengan kuat. “Aisy ni dah kenapa?”
“Ughh!uh!” Aisy meronta-ronta.
Raffy mengeluh perlahan. Tubuh kecil gadis itu ditolak sehingga terlentang ke tilam.
Aisy tergamam dengan tindakan Raffy. Akal warasnya kembali berfungsi seperti sediakala. Perlahan-lahan dia sudah faham dengan situasi yang mereka hadapi.
“Fuh.. diam pun kau.” kata Raffy sebelum melepaskan mulut Aisy.
Aisy cepat bangun dan duduk bersila. Baju tidurnya yang senget sehinggakan menampakkan bahunya terus dielokkan. Dia perasan Raffy sempat memandang ke situ.
“Ke-kenapa awak masih belum tidur ni?” soal Aisy sikit menggelabah.
Serius! Dia malu sebab dia tidur dengan gaya entah apa, mungkin buruk dipadangan Raffy. Waaa.. aku harap takde la air liu meleleh..Aisy menyentuh tepi bibirnya, takde. Nasib!
Raffy merangkak ke sebelah Aisy. Dia menyandarkan tubuhnya sambil memerhatikan Aisy yang tunduk. Malu?
“Kaki aku penat. Tu yang susah nak lelap.” adu Raffy sambil tangannya mengurut kakinya.
“Nak saya urutkan?” Aisy pandang Raffy.
“Boleh ke?” soal Raffy dengan kening terangkat.
“Boleh la.” Aisy bingkas bangun melangkah menuju ke meja belajar. Dia mengambil minyak gamat lalu dia kembali ke katil. Dia merangkak bawah kaki Raffy. “Can I touch?”
“Mo-chiron(of course), Im yours.” jawab Raffy dengan senyuman nakalnya.
Aisy melarikan pandangan. Pipi sudah berona merah, dan jantungnya bergetar kuat.
Saat tangannya menyentuh kulit kaki Raffy, Aisy rasa gementar. Uwaa. Kali pertama aku sentuh kulit lelaki! Eh, dia suami kau la ngek. Aisy berdeham, menenteramkan hatinya.
Hampir saja Raffy tergelak dengan gelagat isterinya itu, tapi di tahan. Kakinya yang penat kini beransur pulih tatkala tangan kecil itu mengurutnya.
Raffy tersenyum sambil merenung wajah Aisy yang samar-samar yang diterangi dengan lampu kecil bilik mereka.
“Babe, dah la tu. Dah baik dah.” kata Raffy apabila kakinya sudah pulih dan matanya sempat melirik jam yang dah menunjukkan pukul 12 pagi.
“Come..” Raffy menggamit Aisy untuk mendekatinya.
Aisy akur sebelum meletakkan minyak gamat atas meja kecil dan dia membaringkan tubuhnya di sisi Raffy.
“Ayy.. buat apa jauh-jauh tu. Meh la dekat.” panggil Raffy lagi namun Aisy menggeleng.
“Why?” soal Raffy dengan muka tidak puas hatinya.
“Saya malu.” kata Aisy tanpa memandang Raffy.
Raffy tersenyum senget sebelum menarik tubuh kecil itu dan kemudian dipeluk kemas. Aisy terkaku di dalam pelukkan Raffy.
“Tidur la. Aisy mesti dah penatkan? Don’t worry. I won’t touch you yet..” ucap Raffy lembut kemudian dia mengucup dahi Aisy lama.
Kyaaa…Aisy membenamkan kepalanya ke dada Raffy. Dia rasa bahagia, dia rasa tenang dalam pelukkan suaminya. Aku harap, hubungan kita akan kekal sampai ke jannah..amin, doa Aisy dalam hati sebelum mataya terkatup rapat dalam pelukkan encik suaminya.
YOU ARE READING
April Love✅
RandomPUTERI AISY, seorang gadis yang setia pada crushnya, yang baru saja dikenalinya dalam facebook. Suatu hari Aisy putus asa sebab lama menunggu balasan cinta lelaki itu. Selama setahun mereka tidak berhubung. RAFFY pulak seorang jejaka paling cool dan...